Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Sabtu, Mac 12, 2011

JOM BERSANTAI DAN BERKELAH BERSAMA DJ LIN

Salam Suria Cinta untuk semua..salam cinta mania..
AJK Fan Dj Lin Cinta Mania akan menganjurkan aktiviti bersantai bersama Dj Lin bertempat di Rimba Jinbara, Kemensah berdekatan dengan Zoo Negara. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah berkelah sambil BBQ dan Karaoke, juga diadakan 'kongsi makan' atau potluck so bolehlah sesiapa fans yang join sharing sama-sama makanan yang dibawa bersama yang lain. Disediakan juga chalet untuk refresh dan kemudahan untuk anda menunaikan solat Zohor dan Asar. Sesiapa yang berminat sila contact Sue Earthbaby; 016-6320184. Penyertaan dan keutamaan terhad kepada 30 yang terawal sahaja, so jangan lepaskan peluang untuk anda berjumpa dengan kak lin. Event ini akan diadakan pada 2hb April 2011. Jangan lupa tarikh ni ya dan pangkah tarikh ni siap-siap untuk temujanji anda bersama Dj Lin dan Fan Dj Lin Cinta Mania, jumpa anda disana!!!!

Maklumat lanjut mengenai event ini boleh juga disemak di Facebook, sila klik link dibawah,
Bersantai bersama Dj Lin
 

Jumaat, Mac 11, 2011

ANUGERAH SERI ANGKASA

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH buat DJ LIN SURIA CINTA SURIA FM atas KEMENANGAN ANUGERAH DJ RADIO WANITA TERBAIK DAN ANUGERAH RANCANGAN INTERAKTIF RADIO TERBAIK.

Alhamdulillah berkat doa semua peminat Suria Cinta, Dj Lin berjaya meraih dua anugerah dalam kedua-dua kategori yang dicalonkan. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri Dj Lin dan kegembiraan buat semua peminat Dj Lin.

Anugerah Seri Angkasa telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18hb dan 19hb Februari 2011 bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC). Acara bermula pada pukul 8.30 malam . Semua  committee dan fans meluangkan masa hadir sama memberi support pada Dj Lin. 18hb Februari merupakan hari kemenangan pertama Dj Lin dalam kategori Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik dan hari kedua 19hb Februari Dj Lin menang dalam pencalonan Anugerah Dj Radio Wanita Terbaik. Jom view gambar-gambar yang diambil sewaktu kami di Anugerah Seri Angkasa.

 ok ni gambar-gambar hari pertama anugerah 18hb Februari 2011
Committee bergambar dengan Dj Lin sebelum majlis anugerah bermula


Bergambar bersama di pentas kemenangan...



Bergambar bersama Wan Maimunah
Bergambar bersama Bob Ringgo dan krew Suria Wheel
ok yang ni pula gambar-gambar pada 19hb Februari 2011, Check it out...


Antara fans yang hadir pada hari kedua Anugerah
Dj Lin meraikan kemenangan bersama para peminat

Last sebelum close entry ni, all fans dan committee sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Dj Lin atas kemenangan beliau. Moga karier kak lin terus maju di masa hadapan, InsyaAllah...