Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Jumaat, Mei 20, 2011

FOTO EKSKLUSIF DJ LIN









Foto eksklusif ini adalah dari sentuhan lensa fotografi rasmi Dj Lin, Tebu Photography.... Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Tebu Photography kerana memberikan 'shoot' terbaik untuk Dj Lin. 

Dapatkan sentuhan eksklusif untuk foto anda dari Tebu Photography. Sinari hari bahagia anda dengan foto indah dari tebu Photography

ORGANISASI FAN DJ LIN CINTA MANIA

 Organisasi baru Fan Dj Lin Cinta Mania

Untuk tempahan dan belian t-shirt eksklusif Fan Dj Lin Cinta Mania, sila telefon dan berurusan dengan saudara Badrulhisham A.Rahman (Bad) di talian 012-2567588.

Rabu, Mei 18, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH

Salam suria cinta; Persona Cinta Anda... Alhamdulillah Dj Lin telah berangkat ke Tanah Suci pada hari ini untuk menunaikan umrah. Penerbangan Dj Lin pada pukul 3 petang tadi akan terus membawa beliau ke Madinah. Terima kasih kepada fans dan committee yang sempat meluangkan masa untuk sama-sama menemani Dj Lin di KLIA sebelum beliau menaiki penerbangan beliau tadi. Sama-sama kita doakan moga Dj Lin selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air apabila beliau selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci nanti. Moga Dj Lin dapat melakukan ibadah umrah dengan sempurna, termakbul segala doa dan hajat serta diberikan petunjuk oleh Allah Taala.

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria FM
(exclusive photo by Tebu Photography, Dj Lin's official photographer)


Ahad, Mei 08, 2011

DJ Lin Duta Persona..Sememangnya Lebih Sempurna

Tahniah Dj Lin kerana dilantik sebagai 'Ambassador Proton Persona';Ternyata Lebih Baik dan Sememangnya Lebih Sempurna...
Moga rezeki Dj Lin bertambah lagi, sentiasa diberkati olehNya..salam tahniah dari semua peminat dan pendengar Suria Cinta, " Persona Cinta Anda  "...

 

Kenali Dj Lin

Salam semua..untuk entry kali ni, jom sama-sama kita kenali Dj Lin dengan lebih dekat lagi hasil interview one of committee member dengan Dj Lin. Check it out!!!


 Nama penuh Dj kesayangan ramai ini ialah Roslinda Abdul Majid. Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tanggal 31hb Disember 1975 dan merupakan anak ke 7 dari 10 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Larkin 1 dan SK Tanjung Putri dan menyambung pendidikan menengah di SMK Aminuddin Baki. Tamat alam persekolahan Dj Lin menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dalam pengkhususan kewartawanan.

 Karier Dj Lin sebagai Dj bermula pada tahun 1999 di  radio Best 104 dan beliau berkhidmat sebagai setiausaha kepada Ketua Pegawai Eksekutif. Disember 1999 pula beliau menjawat jawatan sebagai Eksekutif Penyiaran di Red 104.9 sebelum berpindah ke Suria FM pada Jun 2006. Dj Lin berkhidmat sebagai Senior Eksekutif Penyiaran merangkap senior Dj di Suria FM pada mulanya. Kemudian, pada tahun 2007 beliau dilantik sebagai Senior PR dan bermula 2011 hingga kini beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Pengaturcara; 'Assistant Manager Programming' merangkap Senior DJ di Suria FM.

 Nak tau hobi Dj Lin apa? Dj Lin gemar menghabiskan masa lapang dengan karaoke malah kesorangan melayan karaoke pun tidak menjadi satu masalah bagi beliau. Antara lagu-lagu kegemaran yang beliau minat ialah Kenangan terindah nyanyian Samsons, Keluhan Perantau dari Jamal Abdillah dan Kuukir Namamu, Lovehunters. Selain berkaraoke beliau juga gemar melancong dan beriadah bersama keluarga. Makanan kegemaran yang amat beliau minat tak lain tak bukan soto, mee rebus, dan minuman kegemaran tentunya Nescafe panas, 'Hot Chocolate' dan teh tarik.

 Kenangan manis yang tak mungkin dilupakan adalah memenangi dua kategori sekaligus semasa di Anugerah Seri Angkasa bulan Februari yang lalu dalam kategori penyampai radio wanita terbaik dan rancangan interaktif radio terbaik. Antara kenangan manis yang lain adalah semasa menunaikan umrah pada bulan Mac 2010 dan saat melahirkan dua orang cahaya mata yang amat beliau sayangi. Kenangan pahit beliau pula adalah kehilangan insan tercinta iaitu Allahyarham Abdul Majid; bapa Dj Lin yang telah kembali ke rahmatullah tanpa sempat Dj Lin membalas jasanya. Dj Lin juga mempunyai kenangan pahit dimana beliau kehilangan cinta pertama dalam hidupnya. 

  Insan cekal seperti Dj Lin tentunya mempunyai matlamat hidup yang tersendiri iaitu beliau sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan yang baik. Inspirasi cintanya sentiasa terpahat di ingatan pendengar Suria Cinta; ''JADILAH PASANGAN TERBAIK DIKALANGAN YANG BAIK , DAN JANGAN SEKALI - KALI KITA LUPA DARI MANA ASAL USUL KITA''..