Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Khamis, Jun 30, 2011

Persona Sememangnya Lebih Sempurna - Video Dj Lin Part 5

Saksikan Video Dj Lin Siri 5 ini bersempena Kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. Tahniah kepada 3 ibu tunggal yang telah terpilih sebagai mentee Dj Lin..

Jumaat, Jun 17, 2011

Saksikan Dj Lin sewaktu di Majlis Pelancaran Media Proton Persona

Majlis Pelancaran Media ini telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 April 2011. Dj lin bersama dua duta Persona yang lain iaitu Jack Lim dan Aanantha turut berada bersama-sama dalam sesi pelancaran media ini. Jom saksikan Dj Lin sewaktu majlis tersebut. Proton Persona Sememangnya Lebih Sempurna, Fan Dj Lin Cinta Mania menyokong penuh kempen Persona Dj Lin..

Khamis, Jun 16, 2011

Montaj Suria Cinta

Anda sukakan montaj suria cinta?? Jom dengarkan montaj suria cinta di blog fan dj lin cinta mania. Boleh jadikan sebagai ringtone atau message tone.



Untuk mendownload montaj ini sila klik di sini... : Download

Selasa, Jun 14, 2011

Drama Persona Dj Lin Part 11-12

Fan Dj Lin Cinta Mania menyokong penuh kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. 
Jom dengarkan Persona Dj Lin Part 11-12


Ada lagi tak episod seterusnya ek?? haa nantikan di Blog Fan Dj Lin Cinta Mania

Drama Persona Dj Lin Part 9-10

"Muat untuk ibu, kakak, adik, nenek, paklang,pak usu..ramainye boleh muat!!! " Jom dengarkan Persona Dj Lin part 9-10

Drama bersiri Dj lin ini dibawakan khas oleh Proton Persona. Proton Persona pemenang Frost & Sullivan 2011 untuk nilai wang terbaik untuk kereta Sedan.. 
Tunggu episod yang seterusnya dalam entry akan datang. 
Fan Dj Lin Cinta Mania menyokong penuh kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna.

Drama Persona Dj Lin Part 7-8

"Sekarang ini dengarkan Persona Dj Lin bersama Proton Persona....." 
Drama bersiri Dj lin ini dibawakan khas oleh Proton Persona. Proton Persona pemenang Frost & Sullivan 2011 untuk nilai wang terbaik untuk kereta Sedan.. 
Tunggu episod yang seterusnya dalam entry akan datang. 
Fan Dj Lin Cinta Mania menyokong penuh kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna.

Isnin, Jun 13, 2011

Drama Persona Dj Lin Part 5-6

Jom dengarkan Persona Dj Lin Part 5-6

Tunggu episod yang seterusnya dalam entry akan datang. 
Fan Dj Lin Cinta Mania menyokong penuh kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna.
Proton Persona pemenang Frost & Sullivan 2011 untuk nilai wang terbaik 

Drama Persona Dj Lin Part 3-4

Continue streaming on Drama Persona Dj Lin Part 3-4

Tunggu episod yang seterusnya dalam entry akan datang.
Fan Dj Lin Cinta Mania menyokong penuh kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. 
Proton Persona Pemenang Frost & Sullivan 2011 untuk nilai wang terbaik

Ahad, Jun 12, 2011

Drama Persona Dj Lin Part1-2

Salam Suria Cinta... Blog Fan Dj Lin bawakan khas untuk anda khasnya para peminat Dj Lin; Drama Persona Dj Lin yang ke udara di radio bermula 9 Mei lalu. Mungkin ada antara para peminat yang terlepas peluang untuk mendengar siri drama ini ke udara di radio pada jam 8.15 pagi dan ulangannya pada jam 5.15 petang. Oleh itu Fan Dj Lin Cinta Mania menampilkan Drama Persona Dj Lin ini di blog rasmi supaya para peminat boleh 'stream' di internet. Drama Persona Dj Lin ini dibawakan khas oleh Proton Persona Sememangnya Lebih Sempurna..
Jom dengarkan Persona Dj Lin Part1-2

Tunggu episod yang seterusnya dalam entry akan datang. 
Fan Dj Lin Cinta Mania menyokong penuh kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. 

Rabu, Jun 08, 2011

Persona Sememangnya Lebih Sempurna - Video Dj Lin Part 4

Tersentuh hati mendengar keluh-kesah ibu-ibu tunggal dalam siri kedua Dj lin bersama mereka sempena kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. Walaupun tidak bersama-sama Dj Lin dan ibu-ibu tunggal ini tetapi dapat dirasakan dari riak muka dan titis air mata jelas tergambar kepiluan hati mereka..(hmm tengok video ni pun dah menangis..). Part yang membuatkan hati ni jadi 'touching' dan sebak bila mendengar luahan hati Kak Sara yang rindukan anak-anaknya. Ni antara petikan ucapan beliau; " Pada anak-anak yang dengar keluhan hati ibu ni, tolonglah jaga hati ibu, jangan bagi sedih..Anak-anak janganlah buang mak ke tepi.."



Selesai sahaja menonton siri video Dj Lin yang keempat ni, teringat satu lagu Wanita yang pernah dinyanyikan oleh Salamiah Hassan. Lirik lagu ni ditujukan untuk semua wanita terutamanya ibu-ibu tunggal kerana mereka adalah wanita TERHEBAT...

Bagai pohon tegak berdiri
Terbukti kau tahan diuji

Cabaran datang cabaran pergi
Segalanya tabah kau hadapi

Semenjak lahir ke dunia
Sehingga menutupi mata
Bagai sungai yang terus mengalir
Bebanan tugas tak pernah berakhir


c/o Wanita

Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu


Kerana langkah sering terbatas
Adakalanya engkau tertewas
Namun begitu engkau tetap gagah
Tiada pernah berputus asa
 

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor

Dengarkan lagu Wanita; nyanyian Salamiah Hassan

Khusus kepada para ibu tunggal, sertailah kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna bersama Dj Lin dalam Hari Memperkasakan Diri pada 18 Jun. Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka antaranya sesi motivasi, sesi penampilan dan imej, sesi uji pandu Proton Persona dan pelbagai lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memperkasakan diri dengan program terbaik ini dibawakan khas oleh Proton Persona Sememangnya Lebih Sempurna...


Selasa, Jun 07, 2011

Persona Sememangnya Lebih Sempurna - Video Dj Lin Part 3

Saksikan video Dj Lin berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu tunggal. Hampir sepanjang hari Dj Lin meluangkan masa bersama ibu-ibu tunggal dari Pertubuhan Ibu Tunggal Islam sempena kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. Terdapat sesi motivasi yang disampaikan oleh Pn.Roslina Jantan, sesi pembelajaran dandanan diri untuk penampilan yang lebih anggun, pemakaian tudung, asas solekan dan sebagainya. Dj lin turut menyelami hati dan perasaan ibu-ibu tunggal yang menceritakan pahit getir perjalanan hidup mereka yang mereka lalui sepanjang bergelar ibu tunggal.



Melalui paparan video, jelas tergambar betapa sedihnya ibu-ibu tunggal tadi berkongsi pengalaman dan kisah mereka. Dj Lin dibantu oleh Pn.Roslina Jantan, Pn.Wawa dan semestinya pihak Proton  tampil memberikan galakan dan inspirasi kepada ibu-ibu tunggal ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Proton Malaysia kerana berjaya menganjurkan program murni seperti ini. Diharap para ibu tunggal yang belum lagi mengikuti program eksklusif bersama Dj Lin, anda masih belum terlepas peluang lagi. 

Ikuti Hari Memperkasakan Diri bersama Dj Lin pada 18 dan 19 Jun ini. Untuk mendaftar dan maklumat lanjut layari www.protonpersona.com.my


Isnin, Jun 06, 2011

Persona Sememangnya Lebih Sempurna - Video Dj Lin Part 2



Khusus kepada ibu-ibu tunggal, temui Dj Lin di Hari Memperkasakan Diri pada 18hb Jun 2011 nanti. Dj Lin akan berkongsi cerita dan pendapat dengan ibu-ibu tunggal untuk memberikan semangat serta inspirasi agar mereka tidak berasa rendah diri selain berupaya menempuh kehidupan. Maklumat lanjut layari www.protonpersona.com.my

Sabtu, Jun 04, 2011

Hantarkan madah cinta anda!!!

Anda kreatif? Pandai mengarang madah cinta? Kongsikan madah cinta anda di Blog Fan Dj Lin Cinta Mania dan madah cinta anda akan dipaparkan dalam corner  KALIMAH CINTA di blog. 


Jumaat, Jun 03, 2011

Join eBuddy Cinta Mania

Cara mudah dan cepat untuk login ke semua akaun IM anda dalam satu masa...
Hai guys.. sekarang anda boleh hubungkan kesemua id IM anda dengan eBuddy. Menggunakan perisian ini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk buka kesemua IM social web anda dengan buka banyak windows. Segalanya mudah kerana eBuddy semua dalam 1 !!!!


Bagaimanakah caranya????
Mudah saja..as simple as ABC


1. Create eBuddy id anda .. (Klik disini)
2. Tetingkap baru akan muncul dan isi maklumat ID yang anda mahu, password, email dan umur anda  dalam 2 step mudah
3. Dah siap anda boleh login/sign in di eBuddy yang terdapat di sidebar kanan blog Fan Dj Lin Cinta Mania


Anda boleh pilih samada untuk sign in guna eBuddy ID yang telah anda create sebentar tadi atau pilih mana-mana social network yang anda ada. Jika anda sign in guna eBuddy anda boleh sign in kesemua social network yang anda daftar secara automatik dengan anda hanya perlu manage accounts eBuddy anda...Hmm lihat contoh di bawah ya




Selamat mencuba!!!



Khamis, Jun 02, 2011

Dj Lin berkongsi pengalaman

Bukan senang menjadi seorang ibu tunggal, tetapi ia juga bukan mustahil. DJ Lin menceritakan pengalamannya.... 
DJ Lin telah membuktikan bahawa walaupun menjadi seorang ibu tunggal, ianya tidak menghalangnya daripada mengecapi kejayaan. Jelajahilah cerita DJ Lin sebagai seorang ibu tunggal dan seorang DJ yang berjaya. 


Temui Dj Lin secara dekat, ketahui maklumat lanjut aktiviti Dj Lin

Rabu, Jun 01, 2011

Selamat Kembali DJ Lin...

Alhamdulillah..selesai sudah Dj Lin mengerjakan umrah hampir 2 minggu. Penerbangan beliau tiba dari Jeddah semalam (31 Mei 2011) jam 1.26 tengahari. Beliau seterusnya pulang ke kampung halaman di Johor dan meneruskan cuti beliau di sana. Alhamdulillah kesihatan beliau baik semasa di Mekah walaupun cuaca di Tanah Suci begitu panas dan mencecah 41 darjah!!!. Nampaknya fan suria cinta dah tak sabar-sabar menunggu Dj Lin kembali on air semula. Jom dengarkan Dj Lin kembali beraksi semula di corong radio Suria FM pada Ahad ini semestinya di Suria Cinta...Insprirasi Cinta Anda