Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.


Jumaat, November 30, 2012

Ikon Wanita Muda 2012- Anugerah Kesatria Puteri Penyiaran Radio, Dj Lin di Harian Metro 30/11/2012

Hadiah Hari Lahir terindah buat Dj Lin pada tahun ini apabila dinobatkan sebagai Kesatria Puteri Penyiaran Radio. Moga rezeki Dj Lin bertambah murah. Terima kasih kepada wartawan Metro, Nor Akmar Samudi...

Ahad, November 25, 2012

Dato' Siti, Dj Lin & Pandelela antara penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012

Tahniah diucapkan kepada ikon Wanita Muda, Dj Lin Suria Cinta Suria FM atas penerimaan Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio. Dj Lin merupakan salah seorang daripada 12 IKON Wanita Muda yang telah menerima trofi penganugerahan di pentas Dewan Tun Razak PWTC pada hari ini . Majlis penganugerahan yang bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Penganugerahan ini membuktikan kesungguhan...

Sabtu, November 24, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 21/11/2012)

65. Tika ku sendirian, melayang ingatan terimbau kenangan. Indahnya saat itu waktu kau disampingku. Bertahun menyulam cinta kuharungi segala suka dan duka, banyak yang telah kulakukan atas nama cinta.  Ku patri setia, ku pendamkan kecewa, ku telan segala derita yg kau cipta demi menjaga cinta kita. Namun kecundang jua akhirnya! Kau tinggalkan aku demi dia...sampai hatimu hancurkan impianku. Kau terus berlalu dgn nada bisu tinggallah...

Jumaat, November 23, 2012

Dj Lin - Penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio

25hb November ini bertempat di PWTC bakal menyaksikan Dj Lin naik ke pentas bagi menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Majlis penganugerahan yang diadakan bersempena dengan Majlis Himpunan Wanita Muda Negara dan dijangkakan 10 ribu wanita akan membanjiri PWTC pada Ahad ini. Jom beramai-ramai ke sana dan meriahkan lagi Himpunan...

Undi DJ Lin sebagai Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Tahniah Dj Lin kerana tercalon dalam senarai pencalonan Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian!. Kelab Peminat Dj Lin melalui Fan Dj Lin Cinta Mania akan terus menyokong Dj Lin dan mengundi beliau bagi memenangi kategori Penyampai Radio Wanita Popular pada tahun ini. Diharapkan Dj Lin akan dinobatkan sebagai pemenang pada tahun ini dalam anugerah berprestij tersebut. Oleh itu, diharapkan para peminat Dj Lin di luar...

Selasa, November 13, 2012

Jam Dinding Eksklusif Dj Lin

Dapatkan JAM DINDING EKSKLUSIF memuatkan gambar & tandatangan Dj Lin. Harga cuma RM30 sahaja. (harga termasuk kos penghantaran sekitar semenanjung RM38) manakala untuk Sabah & Sarawak RM40. Bank-in kan duit ke akaun Maybank 112214059298 (Tuan Auzan Tuan Kamaluddin). Jika dah bank in, call 013-3862083. Hantarkan alamat lengkap dan nama penuh beserta butiran pembayaran anda. ...