SEJARAH PENUBUHAN

  Perancangan penubuhan fan club telah bermula sejak pertemuan pertama DJ Lin bersama para peminat di Majlis Berbuka Puasa yang telah diadakan di Adamson Hotel Kuala Lumpur pada 5 September 2010. Seramai lebih kurang 20 orang peminat telah menyertainya. Selepas selesai majlis berbuka, DJ Lin telah membawa para peminatnya  ke konti Suria FM untuk melihat sendiri bagaimana beliau keudarakan rancangan Suria Cinta . Peminat Dj Lin juga diberi kesempatan utk membuat ucapan dan merasa pengalaman 'on air' bersama beliau. Selepas itu, peminat bersama Dj Lin tidak melepaskan peluang untuk berborak dan minum di kedai mamak berhampiran . Perbincangan Dj Lin bersama peminat adalah berkenaan gathering yg ingin dibuat bersama Dj Lin dan para peminat lain. Ternyata Dj Lin sangat ramah dan ingin mendekati peminatnya dan beliau bersetuju untuk mengadakan gathering bersama peminat-peminat suria cinta.
Alhamdulillah dengan semangat  tekad barisan AJK Dj Lin serta kerjasama yang tidak berbelah bagi oleh Dj Lin sendiri, 1st Gathering Kelab Cinta Dj Lin telah berjaya diadakan di Glory Beach Resort Port Dickson pada 27-28hb November 2010. Seramai 30 orang peminat suria cinta telah hadir dan beramah mesra bersama Dj Lin dan sesama ahli fan club.
  Pada 30hb Disember 2010, nama Kelab Cinta Dj Lin telah diubah kepada Fan Dj Lin Cinta Mania. Pada 30hb Disember itu juga sambutan ulangtahun kelahiran Dj Lin telah diadakan di Red Box Sogo Kuala Lumpur dan disertai oleh 50 orang peminat. Kehadiran beberapa orng artis, wartawan, dan rakan kerja Dj Lin turut memeriahkan sambutan hari lahir beliau.
  Sehingga ke hari ini fan club Dj Lin telah dikenali sebagai FAN DJ LIN CINTA MANIA dan fan Dj Lin telah berjaya mengeluarkan t-shirt fan club yang pertama. T-shirt tersebut telah mula dijual sewaktu sambutan hari lahir Dj Lin. Semoga Fan Dj Lin Cinta Mania akan terus maju dan Dj Lin akan terus disokong peminat-peminat suria cinta dari seluruh tanah air,insyaAllah..