Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.

Sabtu, Januari 28, 2012

PLEASE VOTE THIS BLOG!! - BEST CELEBRITY BLOG

Assalamualaikum and salam sejahtera to all fans. Buat pertama kalinya blog rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania me 'nominate' kan blog ini di World Bloggers and Social Media Awards 2012 dalam kategori Celebrity Blog. So, kami amat berbesar hati sekiranya readers2 blog ini,followers juga para peminat/fans Dj Lin Suria Cinta Suria FM VOTE blog ini di web rasmi social media awards 2012..

Cara-cara untuk vote blog ini adalah seperti berikut:

1) Sign up di web rasmi Social Media Awards 2012 : 

2) Selepas sign up check email anda untuk pengesahan/confirmation mail. Klik link yang diberikan dalam email anda.

3) Selepas anda buat confirmation mail/pengesahan klik pada bahagian atau kategori award BEST CELEBRITY BLOG atau klik link ini : http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=11
Cari blog FAN DJ LIN CINTA MANIA dan klik VOTE. That's it... :)


1 email hanya untuk 1 vote..so terima kasih banyak2 dan jutaan penghargaan pada fans yang sudi VOTE blog rasmi kelab peminat Dj Lin.. Boleh ajak rakan2 lain dan promote2 blog ini untuk di VOTE.. Masa yang anda luangkan untuk VOTE blog ini amat kami hargai sebagai tanda sokongan anda pada kami dan Dj Lin..


VOTE please... TQ

Jumaat, Januari 27, 2012

Tahniah BUDIEY.COM

Fan Dj Lin Cinta Mania mengucapkan tahniah kepada Budiey.com yang menyambut ulangtahun ke-5 baru-baru ni. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana turut mengundang Dj Lin sebagai host pada parti ulangtahun tersebut. Tak ketinggalan juga fans dj lin yang sama-sama sertai parti ulangtahun Budiey datang memeriahkan suasana. Jom kita view gambar-gambar menarik yang diambil oleh abam photographer rasmi Dj Lin tak lain tak bukan Mr.TebuPhotography Nazrul..thanks a lot abam.





Tak puas eh tengok gambar-gambar di atas..so nak view yang extra large anda boleh ke fanpage Dj Lin di link ini : Album Parti Ulangtahun Budiey.com

Budiey juga turut menjadi tetamu di segmen Suria Cinta Suria FM pada 18hb Januari yang lalu. Untuk melihat gambar-gambar Dj Lin dan saudara Budiey sewaktu di konti anda boleh ke link ini : Budiey @ Suria Cinta Suria FM

Sebagai tanda sokongan kami; Fan Dj Lin Cinta Mania sama-sama mengajak semua readers blog ini juga fans Dj Lin untuk klik LIKE di fanpage Budiey.com. Jom klik LIKE di sini : BUDIEY.COM 

Dj Lin Suria Cinta Suria FM bergambar bersama saudara Budiey


Tinggalkan komen anda:

Khamis, Januari 26, 2012

Dj Lin & Fanclub di Media Hiburan 14-20 Jan 2012

Ada review story sambutan ulangtahun Dj Lin bersama Fan Dj Lin Cinta Mania di majalah Media Hiburan. So, pada fans jom dapatkan majalah Media Hiburan di mana-mana kedai berhampiran anda..jom cari jangan tak cari!!!




JOM KOMEN-KOMEN:

Dj Lin di Majalah Maskulin 2012 Vol.125

Haaa..bukan di Majalah Wanita sahaja ada artikel mengenai Dj Lin...di Majalah Maskulin pun turut ada sambutan hangat!! Dapatkan majalah Maskulin Vol.125 sekarang! pasti tak rugi..




JOM KOMEN DI SINI:

Rabu, Januari 25, 2012

Ayat-ayat CINTA Dj Lin...

Pada yang mencari madah-madah CINTA tu, special di letakkan di blog Fan Dj Lin Cinta Mania koleksi madah-madah cinta / ekspressi cinta Dj Lin.. Pada fans yang ingin berkongsi madah-madah cinta anda sila taip madah cinta anda di ruangan chatroll blog beserta nama anda.. Jika banyak yang menghantar madah dan ayat cinta, akan ada ruangan khas untuk koleksi madah-madah cinta anda!!

1."Cinta itu amat tinggi nilainya tak terbanding dek semua rasa yang pernah singgah di jiwa. Percikan bahagia yang tercipta menguatkan semangat dalam mengharungi apa jua cabaran yang menanti di depan mata..."
2."BILA SIANG MELABUHKN TIRAINYA
BERMUKIMLAH SEBUAH RASA BERTAUT MENAMPAKKAN SERI
BIARPUN MALAM KU SENDIRI
WALAUPUN KAU TIADA SINI
BAYANGAN MU ADA SINI SEPERTI
MALAM ADA BINTANG Di HATI TETAP
MU SAYANG KUTITIPKAN AZIMAT
KASIHKU HANYA UNTUK MU
BERSEMI DALAM JIWA KUSEMAI
DALAM DADA"
3."CUKUPLAH DENGAN KELUKAAN YANG TAK HENTI HENTI KAU CURAHKAN...TAK TERGAMBAR BETAPA REMUKNYA HATI DAN RASA TERKILAN YANG KUSIMPAN. KU UCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA PENDERITAAN DAN SELAMAT BERTAMU CAHAYA KEBAHAGIAAN YANG MENEMANI PERJALANAN HINGGA KE DESTINASI TERAKHIR HIDUPKU INI..."
4."KECURANGAN ITU AMAT MENYAKITKAN PERASAAN, LURUH HATI DAN PERASAAN TAK TERGAMBAR DEK PERKATAAN...MOGA PENGALAMAN PAHIT ITU MAKIN HILANG DAN BERDOALAH AGAR IANYA TIDAK BERULANG"
5."TEMUKANLAH AKU DENGAN INSAN TERBAIK YANG DAPAT MENYEMPURNAKAN KEHIDUPAN, MENJADI PELENGKAP SEGALA KEKURANGAN, HADIRNYA MENGHADIAHKAN KETENANGAN YANG BERKEKALAN JUGA MENGUKIR KEBAHAGIAAN. HADIRNYA DIA, MENGHILANGKAN SEGALA KEDUKAAN, MELERAIKAN TIAP KEKUSUTAN...."
6."BETAPA SUKARNYA MENDUGA KESETIAAN. TINGKAH DAN LAKU YANG DIPAMERKAN KADANGKALA MENGABURI PANDANGAN MATA HATI. BERTAHUN LAMANYA MENYULAM CINTA, MEMATRI SETIA BUKANLAH PENGUKUR SEJATI TENTANG KEJUJURAN SIDIA. ALANGKAH TERLUKA RASA DIHATI PABILA TERBUKTI SIDIA YANG KITA SANGKAKAN JUJUR DAN TULUS DALAM CINTA RUPANYA HANYA MEMPERMAINKAN PERASAAN SEOLAH TERLALU MURAH NILAI CINTA KITA TERHADAPNYA....MOGA ALLAH MEMBERIKAN JALAN TERBAIK SEBAGAI PETUNJUK KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH TENANG DAN SEMPURNA..."
7."PERPISAHAN ITU BUKAN SUATU NOKTAH BERAKHIRNYA KEBAHAGIAAN. KADANGKALA IA ADALAH TANDA BERMULANYA SEBUAH EPISOD KEHIDUPAN YANG BANYAK MEMBERI PENGAJARAN. MENGENAL ERTI SEPI, MENYEDARI KESILAPAN DIRI, BELAJAR MENJADI INSAN YANG TABAH DAN CEKAL DALAM MENERIMA TAKDIR TUHAN JUA MENGAJAR KITA LEBIH BERHATI HATI DALAM MENYUSURI ARUS CINTA YANG BAKAL DI TITI DI SATU KETIKA NANTI. BERSYUKURLAH DI ATAS APA JUA YANG TERJADI MESKIPUN PAHIT MESKIPUN PERIT NAMUN PERCAYALAH KITA AKAN MENDAPAT JAWAPANNYA DI SATU MASA NANTI."
8."CINTA ITU INDAHNYA PERSIS PELANGI..CINTA ITU DATANG DAN PERGINYA SUKAR DIMENGERTI. HADIRNYA CINTA MENCETUSKAN INSPIRASI NAMUN PABILA HILANG, SENGSARANYA JIWA SEABAD TERASA..."
9."KAU CINTA PERTAMAKU...HADIRMU MENGUNDANG BAHAGIA YANG TIDAK PERNAH KURASA DAN TAK TERGAMBAR DEK KATA KATA. NAMUN TIKA KASIH KIAN MEKAR MENGHIASI TAMAN CINTA..KAU PERGI JUA TINGGALKAN AKU DIULIT SENGSARA. TANPAMU HILANG SEMANGATKU...TANPA KASIHMU SEAKAN TAK BERSERI HARI HARIKU...SAMPAI HATIMU HAMPAKAN HARAPANKU. TEGARNYA DIRIMU BERPALING DARI KASIH KITA...HANYA PADAMU TUHAN KU SERAHKAN HARAPAN MOGA ADA INSAN YANG MERAWAT KEDUKAAN..."
10."HATI INI INGIN SEKALI KU HIASI DENGAN CINTAMU. HASRAT KU INGIN MENJADI SURI DALAM TAMAN CINTAMU BERSAMA BERDUA MENGHARUNGI RANJAU DUKA JUA CERITA NAN BAHAGIA NAMUN APAKAN DAYA KELUARGA TIDAK MERETUI HUBUNGAN KITA MAKA TERPAKSA KU AKUR ATAS PERMINTAAN MEREKA LANTAS KITA BERPISAH JUA...JODOH ITU BUKAN MILIK KITA...."
11."DALAM MENGHAYUN LANGKAH KAKI DI TITIAN KEHIDUPAN INI, PASTI KITA TEMPUHI PELBAGAI ONAK DAN RANJAU BERDURI YANG KADANGKALA BISANYA MENUSUK KEJIWA KERANA RENTETAN CERITA YANG MENGGURIS RASA. KIRANYA KITA INGIN SENTIASA DALAM REDHA SERTA BERKAT YANG ESA...BERSIHKAN HATI..BUANG SEGALA PERASAAN HASAD DAN DENGKI YANG MERAJAI MINDA DAN RUANG DI DADA. JADIKAN KEJAYAAN SESEORANG ITU SEBAGAI PENCETUS INSPIRASI DAN BELAJAR BAGAIMANA DIA BOLEH MENCAPAI KEJAYAAN DALAM HIDUPNYA BUKAN DI RATAPI DENGAN PERASAAN CEMBURU DAN IRI LALU BERUSAHA UNTUK MENJATUHKANNYA. NIAT DI HATI HARUS BERSIH SESUCI KAIN PUTIH DAN PABILA DIIRINGI DENGAN USAHA YANG GIGIH SERTA KEIKHLASAN DIRI PASTI NASIB DAN TUAH KAN TERUS MENYINARI KEHIDUPAN DI DUNIA YANG FANA INI....."
12."KEJAYAAN YANG KITA KECAPI ADALAH HASIL BANTUAN BERBENTUK WANG RINGGIT JUGA DOA SERTA SMEANGAT DARIPADA IBU AYAH SERTA KELUARGA TERCINTA. KIRANYA KITA TELAH BERJAYA MENGEJAR CITA CITA, USAH SESEKALI LUPA AKAN SEGALA JASA BAIK INSAN2 YG TELAH BANYAK MEMBANTU KITA. MOGA HIDUP KITA BERTAMBAH BERKAT DAN KEJAYAAN SENTIASA MEMERCIKKAN CAHAYANYA DI SETIAP KETIKA WALAU DI MANA JUA KITA BERADA....APABILA BERADA DI PUNCAK USAH LUPA MENOLEH KE BAWAH...KERANA HIDUP KITA IBARAT RODA..KADANGKALA KEJAYAAN SERTA KESENANGAN YANG DIKECAPI HANYA SEKADAR UJIAN ALLAH S.W.T KEPADA HAMBANYA...."
13."TAK SIAPA ANTARA KITA INGINKAN PERPISAHAN...SEBALIKNYA KITA IMPIKAN KEBAHAGIAAN SENTIASA MENEMANI PERJALANAN DI ARENA PERCINTAAN. NAMUN LANGIT ITU TAK SELALUNYA CERAH..KADANGKALA MENDUNG BERARAK ..GELAP SEKITAR SUASANA...HASRAT UNTUK BERSAMA TIDAK MUNGKIN MENJADI NYATA ANGKARA ORANG KETIGA MAHUPUN LARANGAN DARIPADA ORANG TUA. BERJUANGLAH SELAGI TERDAYA NAMUN KIRANYA NASIB DAN TUAH TETAP TIDAK MENYEBELAHI KITA. REDHALAH MENERIMA HAKIKAT CINTA. SATU YANG PERLU KITA PERCAYA....APA YANG TERJADI KAN TETAP TERJADI DENGAN KEIZINAN ILAHI...SETIAP EPISOD CERITA DALAM KEHIDUPAN KITA TELAHPUN TERTULIS SEJAK AZALI LAGI..BELAJARLAH MENERIMA KETENTUAN TAKDIR..."
14."SETIAP DARIPADA KITA PASTI ADA KELEMAHAN JUA KEKURANGAN. KIRANYA KITA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN BUANG JAUH SEGALA KEEGOAN..AKUI KHILAF YANG DILAKUKAN DAN BELAJAR UNTUK MENGULANGINYA BUAT KALI YANG KEDUA. KERANA KESILAPAN SERUPA BISA MENCETUS RASA JEMU DI JIWA SIDIA DAN ANDAI DI SATU KETIKA, PERASAAN TAWAR HATI TELAH MENGUASAI RASA CINTA YANG ADA MAKA SIDIA PASTI KAN BERUBAH HATINYA LANTAS MENINGGALKAN KITA YANG TAK PERNAH MENGHARGAI KEHADIRANNYA.."
15."RAJUK ITU TANDA INGINKAN PERHATIAN. RAJUK ITU TANDA TERGURISNYA PERASAAN. RAJUK BIARLAH WAJAR PADA ALASAN KERANA KADAKNGKALA RAJUK YANG BERTERUSAN BISA MENCIPTAKAN KEBOSANAN DI HATI PASANGAN...."
16."IMPIAN PERNAH TERSUNGKUR..HARAPAN PERNAH BERDERAI LANTAS KEKECEWAAN DATANG BERTAMU HILANG SEGALA SEMANGAT UNTUK HIDUP BERSAMAMU..BIARKANLAH CERITA SEDIH ITU BERLALU ..LEPASKAN DIA DENGAN PENUH RELA MESKIPUN CINTA KITA CUKUP HANGAT UNTUKNYA. BELAJAR UNTUK MENERIMA KETENTUAN TAKDIR KERANA PASTI ADA SEBAB YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK APA YANG TERJADI. PUJUK HATI UNTUK MEMBUKA KEMBALI PINTU YANG TERKUNCI...KERANA SELAGI ADA HAYAT INI, KITA WAJAR MENGECAPI BAHAGIA MESKIPUN WAKTUNYA TERLEWAT TIBA..."
17."HARGAILAH INSAN YANG TULUS MENCINTAI KITA SEPENUH HATI. BELAJAR MENGHARGAI TIAP PENGORBANAN YANG TELAH DIA LAKUKAN DEMI CINTANYA YANG TERLALU BERHARGA BUAT KITA. USAH DIGURIS HATI DAN PERASAANNYA KERANA PABILA HATINYA TELAH TAWAR DEK TINGKAH SERTA KESILAPAN KITA YANG BERTERUSAN MAKA RASA CINTA ITU KAN HILANG DARI TAMAN HATINYA. DIKALA ITU, USAH LAGI BERASA SESAL JIKA SIDIA HILANG DARI PANDANGAN KERANA KESABARAN ITU ADA HADNYA MAKA JANGAN SEKALI KALI DIUJI..."
18."KESUNYIAN ITU BANYAK MEMBERI ERTI. MENGAJAR KITA BETAPA PERLUNYA SEORANG TEMAN UNTUK BERKONGSI BICARA JUGA SEBAGAI SANDARAN TIKA DIULIT DUKA. TIKA SUNYI MENGHAMPIRI BARU KITA SEDARI AKAN KELEMAHAN DIRI YANG SELAMA INI TIDAK KITA SEDARI. TERKADANG KITA ALPA DEK SITUASI YANG TERASA BEGITU SELESA SERTA KEJAYAAN YANG DIRAIH HINGGA TERLUPA ADA HATI YANG TERLUKA DEK TINGKAH SERTA BICARA DI BAWAH SEDAR AKIBAT SENTUHAN EMOSI YANG DILUAR JANGKAAN. PABILA TERSEDAR AKAN KHILAF SERTA KESILAPAN SEGERA BERMUNAJAT DAN PERBETULKAN SEMULA TIAP YANG TERSASAR DAN KEMBALI SEMULA KE LANDASAN NAN SEWAJARNYA..."
19."DUHAI CINTA! DIMANAKAH KINI KAU BERADA...HADIRLAH HIASI TAMAN HATI NAN SUNYI...LENYAPKAN SEGALA KERESAHAN YANG SERING MELINGKARI JIWA JUA PENANTIAN YANG SERING DILIPUTI TANDA TANYA. KU YAKIN KAN HADIR BAHAGIA MENGIRINGI LANGKAH KAKI . KU NANTI TIBANYA CINTA YANG KAU ANUGERAHKAN BUATKU SEORANG INSAN TERBAIK YANG MAMPU MENGHADIAHKAN KASIH SAYANG TULUS DARI HATI DAN MENEMANIKU TIKA SUKA DAN DUKA BIAR APA PUN DUGAAN DAN RINTANGAN YANG DATANG MELANDA...."
20."TIDAK KU CINTAMU KEKASIH...KERANA BALASAN YANG ENGKAU JANJIKAN DULU,...UNTUKKU SEBUAH TAMAN YANG MENGALIR SUNGAI KEBAHAGIAAN....SUNNGUH TIDAK KESAMPAIAN, CINTAKU PADAMU SEANDAI TERIKAT DAN BERSYARAT. PADA HUKUMAN CINTA KITA SERASA PULA ADANYA TAWAR MENAWAR PENUH TANDA TANYA...."
21."SELAGI HAYATKU DI KANDUNG BADAN...DIRIMU TAK MUNGKIN KU PERSIAKAN...HANYA PADAMU CINTA YANG BERSEMI SEINDAHNYA SYURGAWI..."
22."SEANDAINYA...KAU BERTANYA APAERTI CINTA... TENTU SAJA TIADA KATA SEBAGAI JAWAPAN...BUKAN PADA MADAH ATAUPUN UCAPAN...LAHIRNYA KURNIAAN TUHAN!..."
23."DAHULU..CINTA KITA BERBUNGA.. SAYANG SEPENUH NYAWA..DI DALAM HATIKU MERINDU, SAYANG KAU TAK TAHU!..."
 Ada lagi tak ek? Nantikan...
JOM KOMEN DI SINI

Jumaat, Januari 20, 2012

Dj Lin sebagai Duta Persona di akhbar NST

Tarikh artikel ni dikeluarkan di akhbar New Straits Times pada 20hb Januari 2012. Ada yang dah dapatkannya tak? Dj Lin bersama Dj Jack Lim dan Dj Annantha di akbar sebagai Duta kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna...


JOM KOMEN DI SINI

Rabu, Januari 18, 2012

Sekitar Azura Movie Promo Tour di Plaza Angsana JB

Semua gambar yang ada dalam video ni diambil sekitar Azura Movie promo Tour yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru pada 14hb-15hb Januari yang lalu..Selamat menonton dan anda boleh juga ke Channel Youtube Fan Dj Lin Cinta Mania untuk melihat video-video lain.




JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Ahad, Januari 15, 2012

Azura Movie Promo Tour 15/1/2012

Hai semua fans Dj Lin. Ni nak sambung entry untuk Azura Movie Promo Tour untuk date 15/1/2012. So event 15/1 bermula awal sikit lebih kurang jam 2 petang di tempat yang sama iaitu di ruang legar Plaza Angsana JB. Hos nya masih juga sama iaitu Dj Lin dan abang JJ Suria FM.
Menampilkan persembahan artis2 Luncai Emas sama seperti semalam,event pada hari ini lebih istimewa kerana ada barisan pelakon filem Azura; Bonda Afida Es dan pelakon baru Nini Marlini. Pengarah filem tersebut iaitu abang Aziz M.Osman juga turut hadir tapiii hero dan heroin filem ni iaitu Shah Jaszle dan Neelofa tak dapat hadir. 
Lebih menarik lagi bila ada cabutan nombor bertuah. Hadiah2 nya cukup best antaranya tiket tayangan gala filem Azura, handphone Blackberry Curve, dan Samsung Galaxy Tab. Untung badan sape yang dapat tu..

Haa..ni lah orang yang bertuah pada hari tersebut. Tak sempat pula nak snap gambar2 diorang tapi gambar yang ni 'dipinjam' dari album kat fanpage Suria FM. You alls bolehlah jenguk2 dan klik LIKE di fanpage Suria FM.
ok,di akhir event ni ada sesi autograf bersama artis-artis Luncai Emas, pelakon filem Azura,abg Aziz M.Osman dan penyampai radio Suria FM iaitu Dj Lin dan abang JJ.
 Dan sebelum bersurai sesi bergambar beramai-ramai....

Ni antara fans yang datang dan membeli t-shirt love Suria Cinta.
Pada fans yang membeli t-shirt dan mug semalam dan hari ni, maaf sangat if tak upload gambar korang sebab tak menang tangan nak snap gambar. Ape2 pun kami di Fan Dj Lin Cinta Mania dan Dj Lin sendiri sangat menghargai anda.

Terima kasih banyak2 eh..pada yang belum dapatkan cepat2 dapatkan t-shirt dan mug eksklusif ni. Terhad dan kalau dah habis takda lagi dah.. 
Pstt...Sempat juga bergambar bersama abang Aziz M.Osman sambil jual t-shirt. Abang Aziz M.Osman siap tunjuk good lagi..so cepat dapatkan t-shirt ni sebelum habis. Untuk tempahan boleh refer link t-shirt










Sabtu, Januari 14, 2012

Azura Movie Promo Tour 14/1/2012

Azura 2012 merupakan sebuah filem arahan Aziz M.Osman yang bakal ditayangkan di pawagam pada 2hb Februari 2012. Suria FM sebagai radio rasmi filem ini telah mengadakan promo tour di beberapa lokasi pilihan di seluruh negara. So, pada 14hb dan 15hb Januari yang lalu Dj Lin dan abg JJ Suria FM telah menjayakan Azura Movie Promo Tour bersama barisan artis Luncai Emas dan penaja-penaja lain di Plaza Angsana Johor Bahru.
Antara aktiviti yang berlangsung di sana ialah pertandingan karaoke,persembahan artis Luncai Emas, pameran dan jualan di booth penaja, cabutan bertuah, juga mini game yang dikendalikan oleh Dj Lin dan abang JJ sendiri. Ok,gambar2 kat bawah ni pada hari ni 14hb Januari 2012.
 Dj Lin dan abg JJ
 Persembahan artis-artis Luncai Emas antaranya Qaleesya, Pita Hati, Ikhsan Ace (penyanyi lagu Azura), Mimi Sham, Heela, Kugiran di Tepi Pantai, Aryan Band dll.
Qaleesya
 Pita Hati
 hehe..tak ingat ni band ape..
 Ikhsan Ace
 Mimi Sham
Kugiran di Tepi Pantai
Boleh tahan juga vokal dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis-artis Luncai Emas ni. So bolehla dapatkan CD Soundtrack Filem Azura di promo tour movie yang akan datang ya..
 Antara game dan aktiviti yang dikendalikan oleh Dj Lin dan abg JJ selaku mc.



Fans Dj Lin yang turut hadir dan membeli T-shirt dan mug esklusif. Thanks a lot atas sokongan anda!!
Abg JJ, AK SuriaWheels Crew dan cousin Linda Onn (yg baju hijau tu) juga peminat setia Suria Cinta. Cousin Linda Onn siap beli 2 helai lagi baju t-shirt love Suria Cinta, satu warna pink dan satu lagi biru..cayalah bang!! terima kasih. 



JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Khamis, Januari 12, 2012

Dj Lin di Majalah Wanita edisi Januari 2012

Dapatkan Majalah Wanita edisi Januari 2012 di pasaran sekarang yang memuatkan artikel dan cerita mengenai Dj Lin. Terima kasih kepada wartawan majalah Wanita; Mastura yang telah menemubual Dj Lin. Cover majalah Wanita edisi Januari adalah Datin Tiara. Ada 2 page mengenai Dj Lin yang terkandung dalam majalah ini.. Jom dapatkannya sekarang!



JOM KOMEN KAT SINI

Rabu, Januari 11, 2012

Dj Lin dan peminat di Harian Metro

Salam Suria Cinta Persona Cinta Anda!! Fan Dj Lin Cinta Mania dah baca dan dapatkan akhbar Harian Metro?? Ha..ada artikel mengenai Dj Lin bersama peminat sempena sambutan ulang tahun Dj Lin baru-baru ini. Simpan tau keratan akhbar ni sebab ada gambar-gambar anda yang pastinya akan menjadi kenangan sepanjang masa..

Thanks to abam TebuPhotography Nazrul kerana sharing dan upload gambar.




JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Sabtu, Januari 07, 2012

Story Dj Lin di Utusan Malaysia

Pada para peminat Dj Lin, anda masih belum terlambat lagi untuk mendapatkan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan kisah pengalaman Dj Lin mengerjakan umrah. Ada banyak gambar dan cerita menarik mengenai Dj Lin dimuatkan khas untuk tatapan pembaca Utusan dan peminat Dj Lin. Terima kasih kepada Utusan Malaysia khusus kepada wartawan Utusan yang tak asing lagi iaitu Kak Jah dan Aziz Itar, editor hiburan iaitu Along dan assistant hiburan kak Wanda. Jom dapatkan Utusan Malaysia hari ini!!




JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Lirik Lagu Single Pertama Dj Lin - Ranting Kenangan

Penyanyi: Dj Lin Suria Cinta Suria FM
Komposer: Eddie Hamid
Lirik: Mamat

Aaaaahaha
Di perjalanan yang panjang ini
ku kutip pengalaman irama dan lagu
Biasan hidupku dikala silam


Kaki ini pernah tertusuk kereka yang berbisa
Onak duri oh menyakitkan merobek memilukan
Namun langkah ku teruskan
Impian ada di hadapan
Aku tega menempuh semua dugaan


Oooooho beginilah lumrah hidup di rantauan
Oooooho aku rela diri pasrah menempuhnya


Ku nyanyi lagu cinta
Lagu kisah kita berdua
Melodinya dari ranting ranting kenangan


Kekasih kesayangan nun jauh ku tinggalkan
Di kota ku kejar kerdipan bintang
Kini digengaman


Oooooho beginilah lumrah hidup di rantauan
Oooooho aku rela diri pasrah menempuhnya


Ku nyanyi lagu cinta
Lagu kisah kita berdua
Melodinya dari ranting ranting kenangan


Kekasih kesayangan nun jauh ku tinggalkan
Di kota ku kejar kerdipan bintang
Kini digengaman





JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Jumaat, Januari 06, 2012

Bicara Cinta DJ Lin - Segarkan Hubungan Anda

Berita Sambutan Ulangtahun Dj Lin di KOSMO

Anda dah dapatkan KOSMO hari ni? Ada berita tentang sambutan ulangtahun Dj Lin di akhbar KOSMO. Jom tengok apakah coretannya milkysmile

Terima kasih KOSMO


JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Rabu, Januari 04, 2012

Dj Lin di akhbar....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca blog Fan Dj Lin Cinta Mania..Hari ni ada story Dj Lin di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia berikutan sambutan ulangtahun Dj Lin yang lalu. Jom intai-intai ceritanya..
Ni story Dj Lin di akhbar Utusan Malaysia 4hb Januari 2012 di ruangan Utusan Mega. Terima kasih banyak kepada wartawan Utusan iaitu Kak Jah dan kepada editor Tengku Khalidah Tengku Bidin (Along) atas suntingan berita eksklusif tentang Dj Lin. Memang best!!
Ni pula Dj lin di akhbar Berita Harian pada tarikh yang sama iaitu 4hb Januari 2012. Wartawannya adalah Hartina dan editornya adalah abang Zainuri Misfar. Jika anda pembaca setia Berita Harian bolehlah melihat artikel ini di Ruangan Hiburan. Terima kasih banyak kepada Berita Harian.
Story Dj Lin turut mendapat tempat di ruangan Murai.com dan Budiey.com. Jom baca selanjutnya di link yang telah disediakan.. 
Ada screen cap yang ika dah buat..just klik klik je dan anda akan terus ke artikel tersebut.
Thanks kepada Zyzamani (Z) atas suntingan story di Murai.com dan tak lupa juga kepada Budiey for the sharing di Budiey.com






JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Isnin, Januari 02, 2012

Video Gambar Sambutan Ulangtahun Dj Lin

Jom nak share video gambar sambutan ulangtahun Dj Lin 2011 yang lalu bertempat di Redbox Ria Sogo KL






JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)