Ahad, Januari 15, 2012

Azura Movie Promo Tour 15/1/2012

Hai semua fans Dj Lin. Ni nak sambung entry untuk Azura Movie Promo Tour untuk date 15/1/2012. So event 15/1 bermula awal sikit lebih kurang jam 2 petang di tempat yang sama iaitu di ruang legar Plaza Angsana JB. Hos nya masih juga sama iaitu Dj Lin dan abang JJ Suria FM.
Menampilkan persembahan artis2 Luncai Emas sama seperti semalam,event pada hari ini lebih istimewa kerana ada barisan pelakon filem Azura; Bonda Afida Es dan pelakon baru Nini Marlini. Pengarah filem tersebut iaitu abang Aziz M.Osman juga turut hadir tapiii hero dan heroin filem ni iaitu Shah Jaszle dan Neelofa tak dapat hadir. 
Lebih menarik lagi bila ada cabutan nombor bertuah. Hadiah2 nya cukup best antaranya tiket tayangan gala filem Azura, handphone Blackberry Curve, dan Samsung Galaxy Tab. Untung badan sape yang dapat tu..

Haa..ni lah orang yang bertuah pada hari tersebut. Tak sempat pula nak snap gambar2 diorang tapi gambar yang ni 'dipinjam' dari album kat fanpage Suria FM. You alls bolehlah jenguk2 dan klik LIKE di fanpage Suria FM.
ok,di akhir event ni ada sesi autograf bersama artis-artis Luncai Emas, pelakon filem Azura,abg Aziz M.Osman dan penyampai radio Suria FM iaitu Dj Lin dan abang JJ.
 Dan sebelum bersurai sesi bergambar beramai-ramai....

Ni antara fans yang datang dan membeli t-shirt love Suria Cinta.
Pada fans yang membeli t-shirt dan mug semalam dan hari ni, maaf sangat if tak upload gambar korang sebab tak menang tangan nak snap gambar. Ape2 pun kami di Fan Dj Lin Cinta Mania dan Dj Lin sendiri sangat menghargai anda.

Terima kasih banyak2 eh..pada yang belum dapatkan cepat2 dapatkan t-shirt dan mug eksklusif ni. Terhad dan kalau dah habis takda lagi dah.. 
Pstt...Sempat juga bergambar bersama abang Aziz M.Osman sambil jual t-shirt. Abang Aziz M.Osman siap tunjuk good lagi..so cepat dapatkan t-shirt ni sebelum habis. Untuk tempahan boleh refer link t-shirt