Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Memaparkan catatan dengan label Koleksi Ayat Cinta Dj Lin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Ayat Cinta Dj Lin. Papar semua catatan

Ahad, Disember 01, 2013

Ayat-ayat Cinta DJ Lin (updated until November 2013)

 65. Termanggu ku seketika pabila kau terus diam tanpa sepatah kata.Tercari cari dimana silapnya ataukah tingkahku yang membuatkan hatimu terluka. Biarlah sepi dan sunyi ini menjadi teman bicara kerna ku percaya disatu saat nanti segalanya akan jernih kembali.

66. Kadangkala tak semua yang dirasa mampu untuk diluah dengan kata kata. Simpan saja rasa terkilan itu jauh disudut jiwa agar tiada hati yang terluka. Namun disatu ketika pabila ianya tak mampu tuk dibendung lagi, berkemungkinan perpisahan jualah jalan terbaik untuk keduanya

67. Seakan terasa 'Kehilangan' suatu rasa yg pernah singgah dijiwa.Sedih & sunyi bertandang lagi mengusik hati yang kian terluka.Apakah sudahnya! biarlah waktu yg berputar menjadi saksi segalanya

68. Berarak awan nan kelabu. seakan ku digamit rindu. membawa kenangan semalam sewaktu bersamamu. terasa indahnya dunia sewaktu ku dilamun cinta, penuh dengan pujuk dan rayu, membuatku terlena. Bila rindu ku sebut namamu, bila resah menyapa didada..kemanakah hati ini kan kubawa.Kau ku nanti dihujung mimpi kan bertemu dialam khayalan.

69. CINTA hadir tanpa diduga.Sekelip mata terasa indah suasana.Taman hati yg dulu sepi kini berseri kembali namun adakah bahagia ini suatu episod Cinta nan abadi atau hanya 1 persinggahan seketika bak Pelangi Petang yg pasti lenyap dan menghilang pabila detiknya mengundang...Redhalah diatas ketentuan TUHAN!

70. Pabila CINTA singgah dihati, terasa indahnya nilai kehidupan ini namun keyakinan yang tegar masih belum mampu ku miliki untuk terus memberikan harapan jua membuka ruang untuk diri ini dimiliki buat sekali lagi.Biar takdir penentu segalanya.Biar masa menjadi saksi apakah kesudahannya nanti..

71. CINTA itu suatu rasa yang tak tergambar dek kata kata. Hadirnya sekelip mata kadangkala perginya juga secara tiba tiba.Bersyukurlah kiranya perasan cinta itu dicampakkan ALLAH ke dalam taman hati kita kerna ianya pasti kan berbunga mengharumkan langkah dalam menyusuri arus kehidupan yang penuh dengan dugaan...

72. Pabila bersendiri, suara hati mulai berbicara tentang kesunyian yang sekian lama dirasakan. penantian menyaksikan debaran yang sering terbit hanyalah persoalan tanpa sebarang jawapan. Moga putaran waktu tetap menjanjikan keindahan seperti yang pernah diimpikan jua diangankan

73. Moga Cinta itu hadir lagi tuk mengisi kesunyian hatiku nan sepi. Agar sekali lagi ku rasai detik mencintai dan dicintai, mengasihi jua dikasihi dengan sepenuh hati. Biar waktu menjadi saksi kehadiranmu didepan mata, membuka pintu hati nan lama terkunci dalam sengsara...

74. Ya Allah! hadiahkanlah keajaiban di perjalanan hidupku ini.Hadirkanlah dia yang Kau janjikan tuk menghiasi taman hatiku, yg dapat melenyapkan segala derita yang membelenggu kekosongan jiwa.Aku percaya akan ada detik bahagia jua buatku pabila tiba saatnya!

75. Tika bersendiri, hati bertanya, bila bunga cinta kan mekar semula namun aku tidak punya jawapannya kerana aku hanya manusia biasa yang Redha dan Pasrah pada segala ketentuan. Cuma tika dan saat ini, hati terasa sepi, jiwa terasa sunyi. Yang nyata, Ingin sekali kunikmati saat indah berdua dialam cinta! saling sefahaman, punya pengertian, hargai segala kelebihan dan terima tiap kekurangan.Moga fantasi menjadi realiti sebelum nafasku terhenti

76. Cinta itu x mengenal usia, tak mengira keadaan fizikal kita, tak menghirau darjat & paras rupa.pabila ia singgah dihati, kita takkan bisa untuk menjauhi apatah lagi mengusirnya pergi. berwaspadalah!

77. Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka takdir jua yang menetukan perpisahan. biarpun seketika tapi bagiku cukup bermakna. masih terkenang lagi kepadamu insan misteri yang sudi bertamu dihati...

78. Detik indah itu umpama angin lalu, hadirnya sepintas cuma tapi amat bermakna. kadangkala tertanya apakah sudahnya? tapi aku bersyukur pada Yang Esa kerna menghadiahkan aku secebis kenangan sebagai ingatan dikala kesepian

79. dalam sepi ada rindu, dalam sunyi ada sendu dalam tangisan terselindung kesedihan yg tak tergambarkan. Cinta ini kubiarkan bertamu tuk temani kekosongan jiwaku hasratku moga kau tahu...

80.Hasrat dihati ingin bertemu apakan daya jarak dan waktu membataskan keinginanku. doaku moga kau sihat sejahtera, dipermudahkan segala urusan didunia. ingat aku dlm doamu insan yg sentiasa menghargai dirimu

81. Hari berganti hari, terasa ingin semakin dekat denganmu tuk menatap wajahmu, menjalani hari dengan adanya kamu lantas lenyaplah kesunyian yang bersarang dihati, taman cinta yang kian tandus kini kembali berseri menghadiahkan kuntuman cinta mengindahkan langkah kaki dititian kehidupan ini. ku sedari kengkangan tugas diantara kita adalah jurang tuk hasrat menjadi nyata namun ku percaya jika takdir tertulis cinta itu milik kita pasti kan dipermudahkan jalannya oleh yang Maha ESA

82. Hadirmu membuatku rasakan sesuatu. meskipun caramu begitu namun ada istimewa dalam dirimu. Perkenalan kita baru je bermula terasa indah suasana kita berbalas bicara biarpun hanya di telefon sahaja namun kau buatku bahagia. Pertemuan pertama kita mencipta sejuta rasa. di awalnya terasa malu tapi kini kian selesa. Terimakasih kuucapkan kerna sudi meminati diri ini apatah lagi mengagumi anugerah yang Allah beri pada diriku ini. Moga jalinan ini kan membawa kita ke destinasi bahagia di suatu masa yang tak kita duga.

83.  Di dalam kesunyian, ku rasa gelombangnya mencintintaimu satu kewajipan namun tak terluah dengan perkataan.Tika fajar menyinsing kusentuh sinar kasih dari matamu dekat dan terasing aku menanti singkapan tabir cinta aku menanti saat menjadi nyata...kesunyian ini terlalu indah walaupun pahit untuk menelan walaupun pedih sanggup ku tahan dan ku relakannya...puteri di pintu mahligai! ku lihat kasihmu melambai! walaupun jauh tapi jelas jiwaku menyentuh jiwamu. puteri dipintu mahligai nyatakan segala impian, sambutlah tangan sambutlah semoga terlepas segala siksaan...

84. terkadang bertanya pd diri masih adakah cinta suci yg bakal dinikmati tuk disemai disanubari terkadang hati berbisik lagi mungkinkah kutemui peneman dikala sunyi yang sentiaa ada menemani disepanjang jalan nan sepi. aku percaya pasti ada cinta sebelum tiba masa tuk ku menutup mata lena dialam abadi buat selamanya

85. usah berdendam usah membenci usah ditambah pedih dihati lepaskanlah dia pergi jika itu yang diingini. tak perlu mengemis pada yang tak sudi usah sesekali merayu simpati kerna hanya derita yg kan menemani perjalanan hidup nan sunyi. pabila perasaan telah hilang takkan ada lagi ruang yang pasti harapan itu kan terus kecundang...

Ahad, Disember 02, 2012

Ayat-ayat Motivasi DJ Lin

Selain madah-madah cinta, Dj Lin juga selalu memberikan ayat-ayat yang memberi motivasi dan membangkitkan semangat. Ini antara ayat-ayat motivasi beliau yang telah dikumpul. Moga menjadi pembakar semangat anda untuk meneruskan perjuangan demi mencapai impian..

  1. BERSIHKAN HATI DARI SIFAT DENGKI PASTI BERKAT PERJUANGAN DIRI. IKHLASKAN DIRI HARUNGI TIAP LIKUAN HIDUP INI PASTIKAN ADA GANJARAN DARI ILLAHI. USAH CEMBURU PADA KEJAYAAN INSAN, SEWAJARNYA JADIKAN INSPIRASI UTK PASTIKAN IMPIAN BERTUKAR KENYATAAN. USAH PEDULI PADA USIKAN, HAYUNKAN LANGKAH DI MEDAN PERJUANGAN MOGA TUAH & KEJAYAAN SELALU DI GENGGAMAN. 

  2. ALLAH ITU LEBIH MENGETAHUI APA ISI HATI. JUJUR PADA DIRI JUGA PADA INSAN DI SEKELILING YANG MENCORAKKAN LAKONAN DI PENTAS KEHIDUPAN INI. TAWAKKAL DAN BERSABAR.TERUS BERJUANG MOGA ADA BAHAGIA MENANTI DISATU MASA NANTI 

  3. ADA YANG MEMUJI ADA YANG MENGEJI. ADA YANG BERLAKON DIPENTAS DUNIA INI, SEAKAN IKHLAS TIKA BERTENTANG MATA, MANIS TUTUR KATA TIKA BERBICARA NAMUN MENGATA DAN MENCERCA TIKA DI BELAKANG KITA. ITULAH LUMRAH MANUSIA. SENTIASA INGATKAN DIRI JADI INSAN TERBAIK WALAU DIMANA PUN BERADA DAN USAH DILUPA DARI MANA ASAL USUL KITA

  4. REZEKI ITU DARI ALLAH. TIKA IA TIBA TAKKAN ADA SIAPA DIANTARA KITA MAMPU MENGHALANGNYA BIARPUN PELBAGAI PERSEPSI YANG DIBERI BIARPUN PELBAGAI CERITA YANG DIJAJA NAMUN PERCAYALAH ALLAH MAHA MENGETAHUI MENGAPA KITA YANG MENJADI PILIHANNYA.SENTIASA UCAPKAN ALHAMDULILLAH & SYUKUR DI ATAS RAHMAT DAN KURNIANYA.


Anda ada ayat motivasi sendiri yang menjadi pembakar semangat anda?? Jom kongsikan disini..

Isnin, Oktober 08, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 7hb Oktober 2012)

57. Sentiasa ikhlaskan diri walau ke mana kita pergi. Biar direjam benci biar dihina dan disakiti namun ketulusan hati dan semangat diri menjadi benteng kejayaan diri. Moga Allah srntiasa merahmati perjalanan hidup ini...


58. Usah terlalu bangga dgn apa yg kita ada hingga meletakkan diri kita nun jauh diatas sana. Usah lupa dari mana kita bermula. Usah nafi jasa dan bakti insan2 yg amat sygkan kita. Usah terleka dgn keindahan dunia kerna dlm sekelip mata bisa diragut kesemuanya sebaliknya bersyukurlah...Alhamdulillah


59. TIKA CINTA SINGGAH DI TERATAK JIWA, LENYAP SEGALA KESUNYIAN YANG MELANDA NAMUN DI SAAT HILANGNYA CINTA, BAHAGIA SEKELIP MATA MENJADI NESTAPA....DUHAI CINTA!

60. CINTA PERTAMA, HADIRNYA SUKAR KULUPA. CINTA KEDUA SUDAH PASTI MEMATANGKAN TINDAKAN, CARA DAN TUTUR KATA.

61. CINTA ABADI AKAN KITA BAWA HINGGA KE NAFAS TERAKHIR NANTI. CINTA ABADI TETAP BERSEMI DI PERSADA HATI TAKAN PERNAH GOYAH BIAR BERJUTA CINTA INGIN MENYAMBAR...CINTA ABADI ADALAH MOMEN TERINDAH DI PERJALANAN HIDUP INI..KAULAH CINTA ABADIKU DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA...SAYANG SELALU BUATMU YANG JAUH DI MATA....

62. KU HANYA INSAN BIASA TAK LEKANG DARI MELAKUKAN SILAP DAN DOSA. KHILAF YANG PERNAH MELINGKARI DIRI MENGAJARKU AGAR LEBIH BERHATI HATI, LEBIH MENGHARGAI. MOGA MENJADI PENGAJARAN PALING BERERTI DALAM MEMATANGKAN LAGI MINDA DAN DIRI. KU POHONKAN KEMAAFAN DARIMU INSAN YANG PERNAH KU TINGGALKAN....

63. TIKA MATA BERTENTANG MATA, DAPAT KU RASA GETARAN CINTA DI JIWA. TAK PERNAH TERLINTAS DI MINDA, KAU KAN HADIR MENYERIKAN TAMAN HATI MELENYAPKAN RASA SUNYI. KAU AMAT MEMAHAMI DIRIKU INI, KAU AMAT MENGHARGAI NIAT SUCIKU INI, KAU INSAN PALING ISTIMEWA IBARAT PUTRA YANG DIKIRIMKAN ILLAHI TUK MELENGKAPI KEKURANGAN DIRIKU INI. KITA SEHATI BICARA JUGA SEJIWA KURASAKAN KAULAH LELAKI TERBAIK DAN TERAKHIR YANG KAN BERTAHTA DI SINGGAHSANA BUAT SELAMANYA...

64. Lazimnya dlm dunia, manusia berlumba lumba utk mencapai sesuatu buat diri sendiri. Siapa yg berjaya melakonkan wataknya dialah akan ditakhta dan dipuja puja hinggakan tak peduli tentang perasaan tentang nilai persahabatan hinggakan lancang mulut berbicara hinggakan lupa perbuatannya kan mengundang nestapa pabila tiba saatnya...

Khamis, Julai 19, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 17/7/2012)

 33. SESUNGGUHNYA KATA KATA YANG DILAFAZ MENERUSI BICARA MAHUPUN CORETAN TINTA MENGGAMBARKAN KEPERIBADIAN KITA SEBENARNYA. KADANGKALA KITA ALPA DEK TERLALU SERONOK MELONTAR BICARA HINGGA KITA TERLUPA INSAN DI SEKELILING SEDANG MEMERHATIKAN SERTA MENILAI KEPERIBADIAN KITA SEBAGAI SEORANG MANUSIA....

34. MOGA DI KALA INI, NASIB DAN TUAH SENTIASA MENYEBELAHI KALIAN, MOGA BERADA DIBAWAH LINDUNGAN YANG MAHA ESA, DIPERMUDAHKAN LALUAN DALAM KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN RANJAU DAN DURI. MOGA KITA JUGA SENTIASA DIMAAFI DAN DIKASIHI OLEH MEREKA YANG MENGASIHI JUA DIKALANGAN MEREKA YANG TURUT MEMBENCI. TERIMA HAKIKAT DALAM HIDUP INI, TAK SEMUA INSAN DAPAT TERIMA KITA APA ADANYA KERANA KITA HANYA MANUSIA BIASA NAMUN YANG BISA DILAKUKAN ADALAH SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAIKI KUALITI DIRI, PERBETULKAN NIAT DIHATI, JAGA TIAP BICARA YANG INGIN DILONTARKAN KERANA ITU MENCERMINKAN KEPERIBADIAN DIRI. JUGA HARUS SENTIASA BERWASPADA DENGAN SEGALA TINGKAH, GERAK DAN GERI AGAR KITA TAK TERSESAT NANTI DALAM MENUJU KE LANDASAN YANG PASTI. BERSIHKAN HATI, INSAFI DIRI MOGA ADA CAHAYA BAHAGIA YANG MENANTI....

35. PABILA CINTA UNTUKNYA ADALAH CINTA YANG DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T KEPADA KITA...KESANNYA CUKUP MENDALAM SEKALI MESKIPUN PERPISAHAN TERJADI...MULUT KATA 'PERGI' TAPI HATI KITA TETAP KATA 'KEMBALI'...RENUNGKANLAH...

36. SEANDAINYA KAMU INGIN MENCINTAI ATAU MEMILIKI HATI SESEORANG, IBARATKANLAH SEPERTI MENYUNTING SEKUNTUM MAWAR MERAH. KADANGKALA KAMU MENCIUM HARUM MAWAR TERSEBUT TETAPI KADANGKALA KAMU TERASA BISA DURI MAWAR ITU MENUSUK JARI....

37. Duhai angin sampaikan slm rinduku padanya biarpn tdkku tahu dimana dia brd walau apa jua keadaannya cuma yg kutahu dia jg punya rasa yg sama

38. Sangat perit tika bergelut dgn kenyataan. Amat pahit mengenangkan detik tika ditinggalkan. Terlalu payah tuk menutup pintu kenangan...

39. Semalam adalah memori hari ini adalah realiti dan esok yang bakal dilalui umpama fantasi mimpi yang penuh dgn illusi

40. Cintakan dtg n pergi namun cinta nan sejati kn sentiasa bersemi d lubuk hati n takkan pnh pergi biar apa cara jua tuk diusir ia tetap disisi

41. ANDAI DIBERI KESEMPATAN INGIN KUTEMUI INSAN YANG BISA MENJADI PELENGKAP KEPADA TIAP KEKURANGAN SERTA KELEMAHAN YANG ADA PADA DIRIKU INI. MENERIMA AKU APA ADANYA, MENGHARGAI CINTAKU, MENGHORMATI HAKKU SEBAGAI SEORANG WANITA. INSAN YANG HADIRNYA IBARAT CERMIN MEMBANTU MENCORAKKAN PERJALANAN HIDUPKU KE LANDASAN NAN TEGUH DALAM MENCAPAI KEREDHAANMU BUKAN SAJA DIDUNIA MALAH YANG LEBIH UTAMA DI AKHIRAT. MOGA KAU TEMUKAN AKU DENGAN DIA YANG MENCINTAI AKU SEIKHLAS HATINYA SEJAK DARI PERTEMUAN PERTAMA HINGGA KE SAAT AKU MENUTUP MATA.

42. BIARPUN TERSERLAH KERIANGAN DI PANDANGAN NAMUN JAUH DILUBUK HATI, TERSIMPAN PELBAGAI CERITA SEDIH DAN SENGSARA SEPANJANG KU MENITI ARUS HIDUP INI. BIARPUN TIDAK KU LUAH, NAMUN HANYA DIRI YANG MENGERTI SEGALA YANG TERJADI. BIAR KU SIMPAN KISAH SEDIH INI SENDIRI TANPA SIAPA MENGETAHUI KERNA KU TAHU ALLAH SENTIASA MENYAKSIKAN APA JUA YANG TERJADI DAN DI ATAS REDHANYA JUALAH KU MASIH DISINI BERDIRI BERJUANG UNTUK MEMBELA NASIB DIRI. MOGA CAHAYA CINTA KAN MENYINARI RUANG HIDUPKU YANG SUNYI DAN SEPI...DUHAI CINTA! HADIRKANLAH DIA INSAN YANG KAU UTUSKAN UNTUK MEMBERIKU BAHAGIA MELENYAPKAN TIAP SENGSARA

43. TERIMA KASIH DI ATAS KELUKAAN YG DICIPTAKAN. BIARPUN SUKAR KUUSIR DIRIMU DARI TAMAN HATIKU NAMUN KAU TETAP KUINGATI DALAM DOAKU

44. Lelaki yang HANDSOME adalah lelaki yang menghormati wanita sama seperti dia menghormati ibunya... 

45. Cinta yang tidak berbalas umpama layang-layang yang putus talinya...

46. Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya...
     Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya...

47. PANDANGAN PERTAMA MENGUNTUM CINTA
     KASIH BERBUNGA BERSERI SUASANA
     KAU HULUR SAYANG KU SAMBUT MESRA
     KIAN BERSEMI MENITI BATAS MASA
     TULUS CINTAMU SEMARAK DI KALBU
     AKU TERLENA DALAM DAKAPAN RINDU
     HILANG SEGALA SEPI DAN DUKA LALU
     UMPAMA SURIA MENERANGI JIWAKU
     KAULAH CURAHANKU LUAH SEGALA
     PAHIT DAN MANIS TAWA JUA SENGSARA
     TAK KU TERGAMBAR SEANDAI KAU TIADA
     HILANG BERSAMA SEMANGAT CINTA KITA
     ANDAINYA NANTI KU HARUS PERGI
     TINGGAL DIRIKU BERSAMA MIMPI SEDIH
     KENANGLAH AKU TEMPATKAN KU DISITU
     TAMAN TERINDAH DI SUDUT KAMAR HATIMU
     BIAR TERPISAH DEK JASAD DAN WAKTU
     NAMUN KASIHMU KAN SUBUR SELALU
     YANG TINGGAL KINI HANYALAH FANTASI
     YANG TERPAHAT ABADI HANYALAH MEMORI.....

48. CNTA SEJATI HADIRNYA CUMA SEKALI
     CINTA SEJATI ANUGERAH TERINDAH DARI ILLAHI
     CINTA SEJATI TAK PERNAH KENAL ERTI BENCI
     CINTA SEJATI MENGAJAR ERTI SETIA, PERCAYA DAN IKHLAS PADA DIRI
     CINTA SEJATI TAKKAN PERNAH MEMUNGKIRI
     CINTA SEJATI TAKKAN PERNAH PERGI WALAU DIUSIR BERIBU KALI
     CINTA SEJATI SENTIASA MENGHARUM BAK WANGIAN KASTURI
     CINTA SEJATI AKAN KEKAL DI HATI HINGGA AKHIR HAYAT NANTI
     CINTA SEJATI MENCETUS INSPIRASI
     CINTA SEJATI TAK PERNAH GOYAH DEK GODAAN DUNIAWI
     CINTA SEJATI INDAH TAK TERPERI
     CINTA SEJATI TAKKAN MUNGKIN DAPAT DICARI GANTI

49.  SEPANJANG MENITI BATAS CINTA, PASTI PERASAAN TERTUMPAH & TERTUMPU HANYA KEPADA DIA SEORANG SAJA BIARPUN INSAN YG MENGHIASI TAMAN HATI SILIH BERGANTI. 

50.  PELBAGAI PENGORBANAN TELAH PUN KU LAKUKAN DEMI MELIHAT KEBAHAGIAAN TIAP INSAN DI SEKELILINGKU MESKIPUN JAUH DISUDUT HATI, TERSIMPAN RASA TERKILAN YANG TAK MAMPU UNTUK KU GAMBARKAN. KULEPASKAN BAHAGIA YANG DAH ADA DIGENGGAMAN DEMI UNTUK INSAN YANG AMAT MENCINTAINYA. TAK RELA KU MENCIPTA BAHAGIA DIBALIK DERAIAN AIRMATA. MOGA TETAP ADA RUANG UNTUK KU KECAPI BAHAGIA MESKIPUN BUKAN DENGAN DIA 

51.  PABILA MENDENGARKAN PUTARAN LAGU CINTA, FIKIRANKU MELAYANG DI AWANGAN TERIMBAU KEMBALI MEMORI SEWAKTU DENGANMU BERMULA DARI SAAT PERKENALAN, KITA SUSURI ARUS PERASAAN HINGGA TERBIT CAHAYA CINTA DI PUNCAK HATI KITA. MASIH JELAS KENANGAN SEWAKTU BERSAMAMU...SAAT DIKASIHI, DISAYANGI, DILUKAI, DAN DITINGGAL PERGI SEGALANYA MENJADI MEMORI ABADI DAN KAN KU BAWA HINGGA KE MATI. TERIMA KASIH SAYANG ATAS PERBUATANMU....MOGA KAU BAHAGIA BIARPUN DIATAS LINANGAN AIRMATAKU 


52.  TERKADANG KU TERTANYA, MENGAPA KAU PERGI BERLALU TINGGALKAN AKU DIDALAM SENDU. SEJAK KEPERGIANMU, AKU TERUS DIHAMBAT RINDU , TERKUNCIKU DALAM SENGSARA TAK SIAPA PUN YANG TAHU. OMBAK RESAH KIAN MENGHEMPASKU DI PANTAI SAYU. KENANGAN LALU TERUS MENGHERETKU MELEWATI BATAS WAKTU.SESUNGGUHNYA AKU SUNYI BERSENDIRI DI SINI. ENTAHKAN BILA KESURAMAN HATI KAN BERGANTI. DUHAI MENDUNG! BERARAKLAH...BERLALULAH ...HADIAHKANLAH PELANGI INDAH 

53.  ADA KETIKA KITA TERLEKA DEK KESELESAAN DI BATAS HUBUNGAN YANG TERCIPTA HINGGA KITA LUPA KITA MENCIPTA LUKA DI HATI SIDIA TANPA MERAWATNYA SEMULA. KETERBIASAAN YANG KITA RASAKAN TIDAK MEMBERI KESAN KADANGKALA MEMERCIKKAN LUKA HAMPA DI JIWA LANTAS MENGHADIAHKAN PERPISAHAN DI SAAT HILANGNYA RASA CINTA. HARGAILAH SIDIA KETIKA MASIH BERSAMA KERANA PABILA TIBA MASA, SIDIA PASTI MELANGKAH PERGI MEMBAWA SEKEPING HATI YANG LARA TANPA BERPALING LAGI BUAT KALI KE-2. DI SAAT ITU, HAMPA KAN TERASA, TERKILAN PASTI MENYELUBUNGI JIWA DAN PENYESALAN ITU SUDAH TIADA GUNANYA.  

54.  KU TAKKAN BERSUARA KERANA ITU HANYA AKAN MENAMBAH LUKA DI DADA. BIARPUN TERCALIT RASA TERKILAN, TERPERCIK KEPEDIHAN NAMUN BIARLAH SEGALANYA KU SIMPAN MENJADI RAHSIA ABADI DAN KAN KUBAWA HINGGA KE MATI. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI TIAP APA YANG TERDETIK DIHATI KECIL INI BIAR TAK TERLUAH NAMUN KU PERCAYA PASTI ADA ANUGERAH TERINDAH YANG BAKAL DIBERI DI SEPANJANG LANGKAH KAKI MENGHABISKAN SISA SISA HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI.... 

55.  KESEPIAN MENCENGKAM MENGHIMPIT JIWA DAN MINDA. ENTAHKAN SAMPAI BILA HARUS KU ATUR LANGKAH KAKIKU SENDIRIAN TANPA BERTEMAN. JELMALAH DIKAU PUTERA SYURGA. BERTAMULAH DITAMAN HATI YANG TELAH LAMA SUNYI SEAKAN TIADA BERNADI.HADIRMU TETAP KU NANTI KERANA KU PERCAYA HANYA DIKAU UTUSAN YANG MAHA ESA DAN PASTINYA TIBAMU KAN MELENGKAPI TIAP KEKURANGANKU YANG ADA... 

56.  BILA CINTA HADIR...TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA. TEMPATKAN IA DISUDUT TERINDAH DALAM HATI KITA. TULUS MENERIMANYA DENGAN PENUH RELA TANPA RASA CURIGA. HINDARI DARI RACUN NAN BERBISA YANG BISA MENCIPTA LUKA KERNA SAKITNYA TERLALU PEDIH UMPAMA DIHIRIS BELATI TANPA RASA SIMPATI. CINTA ITU ANUGERAH CINTA ITU IBARAT CERMIN KERNA DI SATU KETIKA KITA PASTI KAN KENAL SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA 






Rabu, Februari 15, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 13/2/2012)



24.Redha itu penawar tuk terima fantasi menjadi realiti. Sabar itu teman paling rapat tuk kita mengenal potensi diri lantas mempelajari hikmah tersembunyi disebalik apa yang terjadi. Tawakal itu penawar paling mujarab tuk buat kita tersenyum menanti anugerah illahi setelah berhempas pulas dalam memperjuangkan nasib diri. Moga rahmatnya sentiasa ada disisi dan tuah selalu ada menyebelahi diri...


25.Kerinduan yang menghambat menghempas aku di pelabuhan nan sepi lantas ku terdampar sendirian meratap mengenang akan nasib diri...

26.Mencintai biarlah pada sidia yang ikhlas dan tlus cintanya pada kita. Mencintai biarlah pada yang solo statusnya...tiapkali kita perlukan, dia pasti hadir disisi temani diri. Kerna jika kita mencintai insan yang dah berpunya, hanya derita dan airmata yang kan jadi peneman diri kita...

27.Pabila tiba detiknya, jodoh itu pasti kan sampai jua... Biar dihalang, biar diduga, biar terpisah dek jarak dan masa namun ketentuan tuhan takkan siapa mampu tuk menghalangnya...yang pasti hadirnya kan melenyapkan kekosongan dihati, akan meranapkan kesunyian yang bersarang di sanubari jua kan menerangi taman cinta yang selama ini gelap dan sunyi...

28.Mencintai aku bukan pada nama...mencintai aku bukan pada rupa...mencintai aku bukan hanya pada zahirnya...sanggup menerima diriku insan yang tak sempurna...mencintai aku dengan seadanya

29.Dikala sepi menerjah ke relung hati,baru tersedar yang jiwa ini hakikatnya benar benar sunyi dan baru ku akui yang sememangnya aku amat perlukan kehadiran seorang insan bernama lelaki untuk menemani ruang sepi, sentiasa ada disisi tiapkali aku perlukan teman tuk berkongsi bicara mahupun luahan rasa. Siapakah dia dan dimanakah kini dia berada serta bilakah diakan hadir dihadapan mata ..persoalan yang seringkali hadir di benak fikiran...hanya diri yang merasai segala keperitan hakikat hidup bersendirian...

30.TIKA DIRI TERPALIT LUKA BARU KITA KAN SEDAR SIAPA TEMAN NAN SEBENARNYA. SESUNGGUHNYA KEHAMPAAN YANG KITA RASAKAN SERTA KEKECEWAAN YANG SARAT MEMBEBANI RUANG FIKIRAN TURUT MENGHADIAHKAN SEJUTA ANUGERAH YANG TAK TERBANDING DAN TERUNGKAP DEK PERKATAAN...USAHLAH BERPALING SEBALIKNYA TERUS PERJUANGKAN NASIB DIRI DI MEDAN KEHIDUPAN YANG HAKIKATNYA PENUH DENGAN DUGAAN.

31.SESUNGGUHNYA SEPI ITU INDAH...MEMBAWA KITA MERENUNG SEKETIKA TIAP TINGKAH DAN BICARA TIKA BERSAMA SIDIA DI SUATU MASA. SEPI ITU ADALAH PELAJARAN YANG AMAT BERGUNA DALAM MENYEDRI SEKALIGUS MENERIMA HAKIKAT TIAP KELEMAHAN SERTA KEKURANGAN YANG ADA PADA DIRI...

32.JIKA KITA MENCINTAI SESEORANG....KITA AKAN SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN NYA BERSAMA SI DIA....WALAUPUN DIA TIDAK LAGI BERADA DI SISI KITA....WALAUPUN KITA SUDAH TIADA LAGI DALAM HATINYA DAN WALAUPUN HATI KITA TELAH TERLUKA OLEHNYA.......

Nantikan ayat-ayat cinta seterusnya khas dari Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Adakah anda juga suka mengarang ayat2 cinta?? jom share di komen ini..