Jumaat, November 23, 2012

Undi DJ Lin sebagai Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Tahniah Dj Lin kerana tercalon dalam senarai pencalonan Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian!. Kelab Peminat Dj Lin melalui Fan Dj Lin Cinta Mania akan terus menyokong Dj Lin dan mengundi beliau bagi memenangi kategori Penyampai Radio Wanita Popular pada tahun ini. Diharapkan Dj Lin akan dinobatkan sebagai pemenang pada tahun ini dalam anugerah berprestij tersebut. Oleh itu, diharapkan para peminat Dj Lin di luar sana dapat menyokong dan mengundi Dj Lin dengan membeli akhbar Berita Harian setiap hari sehingga 26hb Disember ini. Isi borang undian yang terdapat dalam ruangan akhbar Berita Harian dan jangan lupa pangkah di kategori Penyampai Radio Wanita Popular di ruangan nombor 7; Dj Lin Suria seperti dalam gambar yang tertera di bawah.


Undian anda sangat bernilai dan jangan lupa pula untuk menghantar borang undian ini ke Berita Harian sebelum 31hb Disember. Terima kasih atas sokongan anda. Anda juga boleh ke fanpage Facebook Kelab Peminat Dj Lin-Abpbh 2012 dan LIKE page tersebut. Jutaan terima kasih kepada para peminat yang telah menubuhkan page khas ini. Sebagai tanda sokongan anda juga boleh menjadikan gambar di bawah sebagai cover photo timeline anda; 

Hanya klik kanan dan 'save image as' di desktop anda, kemudian 'change cover' yang terdapat di FB timeline anda kepada gambar yang telah anda save tadi..upload gambar tersebut dan 'save changes'. Mudah saja..

Lihat, saya dah pun tukar cover photo timeline saya..:p

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!!!