Jumaat, November 23, 2012

Dj Lin - Penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio

25hb November ini bertempat di PWTC bakal menyaksikan Dj Lin naik ke pentas bagi menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Majlis penganugerahan yang diadakan bersempena dengan Majlis Himpunan Wanita Muda Negara dan dijangkakan 10 ribu wanita akan membanjiri PWTC pada Ahad ini. Jom beramai-ramai ke sana dan meriahkan lagi Himpunan Wanita Negara. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan sama-sama kita ucapkan tahniah kepada Dj Lin atas penganugerahan tersebut. Dj Lin akan memperagakan busana ciptaan Zeed Jamil dari Butik Dewi Sofiea sewaktu menerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012.