Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Memaparkan catatan dengan label sambutan ulangtahun Dj Lin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambutan ulangtahun Dj Lin. Papar semua catatan

Isnin, Januari 02, 2012

Video Gambar Sambutan Ulangtahun Dj Lin

Jom nak share video gambar sambutan ulangtahun Dj Lin 2011 yang lalu bertempat di Redbox Ria Sogo KL






JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Sabtu, Disember 31, 2011

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Dj Lin bersama kelab peminat menerusi Fan Dj Lin Cinta Mania telah meraikan sambutan ulangtahun kelahiran beliau yang ke-36 pada 30hb Disember 2011 yang lalu,hari Jumaat bertempat di Redbox Ria Sogo Kuala Lumpur. Sambutan meriah ini telah dihadiri oleh rakan media,artis dan juga peminat-peminat Dj Lin. Antara artis yang hadir dan membuat persembahan ialah vokalis kumpulan Olan; abang Dwan, Vokalis kumpulan AXL, Ally, vokalis kumpulan U-Topia iaitu Abang Afee serta komposer Eddie Hamid. 
Seperti sambutan ulangtahun 2010, tak lengkap majlis Dj Lin tanpa kehadiran rakan media. Terima kasih yang tidak terhingga kepada wartawan dari Berita Harian iaitu Hartina dan editor ruangan hiburan;abang Zainuri Misfar. Juga tidak lupa, wartawan Utusan Malaysia iaitu Kak Jah yang sporting habis, Budiey dari Budiey.com dan juga Zyzamani,Z dari Murai.com

Acara bermula jam 9 malam menampilkan abg JJ eksklusif dari Suria FM sebagai pengacara tetap majlis. Tampil dengan tema bertopi, abg JJ yang memang sporting mengacarakan majlis tersebut, meriah dengan pelbagai game,cabutan bertuah serta pertandingan karaoke. 
Terima kasih diucapkan kepada para penaja yang telah menyumbangkan banyak hadiah sempena meraikan majlis ulangtahun Dj Lin pada 2011. Antara penaja-penaja tersebut adalah Skechers, Hot Perfume,Adabi, Jamu Mak Dara, MVM Production ,FMC dan penaja kek birthday Dj Lin MyMiniMuffin. 
Antara hadiah dan hamper tajaan para penaja;
Ni pula gambar peminat yang memenangi cabutan bertuah berupa voucher eksklusif dari Skechers. Tahniah!!!


Acara kemuncak majlis ini tentunya saat kami menyanyikan lagu Happy Birthday buat Dj Lin dan beliau meniup lilin serta memotong kek birthdaynya. Peminat juga tidak melepaskan peluang untuk menyuapkan kek birthday ke mulut Dj Lin sendiri. So sweet...


Ada kelainan dalam majlis sambutan ulangtahun Dj Lin pada kali ni yang mana Dj Lin telah menampilkan single pertamanya berjudul Ranting Kenangan. Lagu ini telah mendapat sentuhan dari komposer Eddy Hamid dan liriknya oleh Ku Seman Ku Hussin;menceritakan serba sedikit berkaitan perjalanan hidup Dj Lin sendiri. Kata Dj Lin lagi, lagu ini juga merupakan hadiah kepada para peminat beliau sendiri yang telah meminta beliau merakamkan album pada sambutan ulangtahun 2010.
Haa, if u alls nak tengok sendiri kemeriahan suasana sambutan ulang tahun Dj Lin 2011, boleh view screen capture gambar-gambar di bawah. 


Terlalu banyak gambar untuk diupload di blog ni. Terima kasih kepada official photographer Dj Lin iaitu TebuPhotography Nazrul atas ratusan gambar yang diupload secara rasmi di wall facebook Dj Lin. Pada fans yang ingin melihat koleksi gambar-gambar di atas secara full view anda bolehlah ke facebook rasmi Dj Lin Suria Cinta Suria FM. Ada 3 album yang memuatkan gambar-gambar sekitar sambutan ulangtahun Dj Lin. 
So,entry kali ni adalah penutup entry tirai 2011. Di kesempatan ini, Fan Dj Lin Cinta Mania ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dj Lin, doa kami dari barisan AJK dan Fans moga Dj Lin dikurniakan kesihatan yang baik, kecemerlangan karier dan dimurahkan rezeki. 

Buat pembaca blog ini, Selamat menempuh 2012 dengan azam yang baru serta lebih bersemangat!! aja-aja quaitin!!




JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Rabu, Februari 09, 2011

DI SEBALIK TABIR...

Apa yang ada di sebalik tabir ek? Okla entry kali ni nak kongsi dan khas didedikasikan untuk barisan AJK Fan Dj Lin Cinta Mania yang bersama-sama telah menjayakan Sambutan Ulangtahun dan Sesi Karaoke Bersama Dj Lin pada 30hb Disember 2010 yang lalu. Sekalung tahniah diucapkan buat barisan AJK kerana berjaya handle satu event khas untuk Dj Lin dan fans yang buat julung kalinya dihadiri tetamu VIP, artis jemputan, dan wartawan. Event ini juga telah banyak tersiar di akhbar dan majalah seperti Metro, Berita Harian, dan Media Hiburan.Semoga tercetusnya event ini, AJK mampu mengorak langkah lebih jauh untuk buat event yang lebih besar lagi khusus buat peminat Dj Lin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Dj Lin yang turut sama-sama 'bekerja' dengan committee dan meluangkan masa untuk membuat segala persiapan, hadir meeting serta sama-sama membeli hadiah walaupun sibuk dengan tugasan. Terima kasih yang tidak terhingga buat Dj Lin daripada semua AJK..

Sekalung penghargaan buat team Suria FM yang banyak membantu dari segi teknikal dan support terutama Abg JJ dan Faqrul. Tidak lupa juga sponsor-sponsor yang telah menaja banyak hadiah, cenderahati dan hamper khas untuk para jemputan. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Ucapan sekalung penghargaan buat para wartawan yang hadir dan telah memperkenalkan lagi Dj Lin serta mendekatkan beliau di hati pendengar menerusi artikel di akhbar dan majalah. Kami amat mengharapkan agar Dj Lin terus bertakhta di hati para pendengar Suria Cinta dan dapat menarik lebih banyak pendengar baru dari seluruh Malaysia mahupun negara jiran untuk mendengar segmen Suria Cinta di Suria FM khususnya.

Inilah gambar-gambar di sebalik tabir, walaupun 'di sebalik tabir' namun anda semuanya HEBAT!!!..walaupun =)


TERBAIK!!!


'team' meja pendaftaran

Barisan AJK Fan Dj Lin Cinta Mania bergambar bersama Dj Lin dan artis jemputan

.......TAHNIAH......


Isnin, Februari 07, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN & KARAOKE (part 2)

Continue from entry SAMBUTAN ULANGTAHUN DAN SESI KARAOKE BERSAMA DJ LIN, entry kali ni nak share bersama all fans gambar-gambar yang di ambil semasa event. So, acara kemuncak event ni mestilah moment masa sambut birthday Dj Lin. Thanks pada Syarikat Rakaman FMC yang sponsor kek dan  Redbox yang hadiahkan teddy bear besar kepada Dj Lin. Banyak hadiah yang Dj Lin terima dari fans dan tetamu jemputan yang hadir. Nasib baik ada suria wheel yang bawa balik hadiah Dj Lin, rasanya tak muat kereta nak bawa hadiah-hadiah tu. Check it out gambar-gambar yang di post untuk entry kali ni.

HAPPY BIRTHDAY DJ LIN!!!

DJ LIN

2 birthday cake Dj Lin

Dj Lin dengan fans yang hadir, ada ramai lagi..hmm tak muat camera
Ni antara fans yang bagi birthday present untuk Dj Lin, untung kak lin dapat macam-macam hadiah..yang mahal-mahal pun ada..Cayalah all fans..nampak semua sayang pada Dj Lin.




Bagi pihak Dj Lin juga, beliau turut banyak menyumbang dan menghadiahkan pelbagai cenderahati untuk para peminatnya yang hadir. Terdapat juga hadiah dan hamper barangan yang di sponsor oleh beberapa syarikat antaranya  birthday cake 3KG tajaan Syarikat Rakaman FMC, hamper barangan dari Syarikat Rakaman Music Valley, Tayangan Unggul (20 cenderahati eksklusif memuatkan barangan cenderahati antaranya T-shirt dan lain-lain), cenderahati hamper barangan jamu, balsam dan kopi pracampur dari Jamu Mak Dara, voucher SPA (Rug Gaya Spa) dan RM500 voucher dari Skin Club serta hamper barangan dari Syarikat Rakaman Nova Music. Banyak kan? Hmm ada juga fans yang tak muat tangan bawa balik banyak cenderahati pada malam tersebut. Mana tak banyaknya sebab ada fans yang menang karaoke, menang game, dapat cabutan bertuah serta goodie bag eksklusif dari Dj Lin untuk setiap tetamu yang hadir. Thanks a lot to Dj Lin dan syarikat-syarikat yang menaja khas untuk event ni. Ok, gambar di bawah ni antara hadiah-hadiah yang terdapat pada malam tersebut. Semuanya khas untuk tetamu dan fans bertuah yang hadir.




Hmm inilah antara happy faces yang dapat hadiah masa event malam tu. Happy kan they all? Congrats pada yang menang dalam acara yang dipertandingkan dan congrats juga pada yang dapat big gift cabutan bertuah. Pada yang dapat small gift tu jangan ketawakan tau sebab walaupun kecil tapi mahal dan ada 'special meaning'.

Fan Dj Lin memang terbaik. All sporting, semuanya setia hingga tamat majlis. Walaupun majlis tamat agak lewat namun semua nampak masih bertenaga dan tetap ceria dari mula sampai hingga waktu nak balik. Maklumlah fans Dj Lin semuanya layan Suria Cinta sampai pukul 2 pagi, no matter la kalau habis lewat pun, its ok kan? last but not least untuk entry kali ni nak show gambar ramai-ramai yang kami ambil sebelum bertolak balik. Suka view gambar ni, terasa rapatnya sesama fans..
english say>Friendship forever!
chinese say>Yǒuyì cháng cún, 
Indian say>Hamēśā kē li'ē maitrī, 
Japanese say>Yūjō eien ni 
Arabian say>Assodaqu ilal abad
Walau apapun bahasa yang digunakan maknanya tetap sama, PERSAHABATAN SELAMANYA...


Ahad, Februari 06, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN DJ LIN & SESI KARAOKE

30hb DISEMBER 2010 telah berlangsungnya satu event yang takkan dilupakan oleh Dj Lin dan fans iaitu SAMBUTAN ULANGTAHUN DAN SESI KARAOKE BERSAMA DJ LIN . Event ni telah diadakan di Redbox Ria Sogo Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bermula jam 8 malam hinggalah ke jam hampir 2 pagi. Beberapa artis jemputan dan wartawan dari pelbagai pihak media turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan ulangtahun ini yang julung-julung kalinya disambut oleh Dj Lin bersama para peminat. 

Antara peminat setia Dj Lin yang hadir pada 30/12/2010

Artis jemputan yang hadir dan turut membuat persembahan nyanyian..vokal yang sangat MANTAP!!! TERBAIK!!!
Rakan wartawan Dj Lin yang turut sama hadir memeriahkan majlis, THANK YOU SO MUCH :)

Tetamu VIP yang hadir, Dato' Ishak dan anaknya

Pengacara pada malam bersejarah itu ialah Dj JJ dari Suria FM dan Dj Lin sendiri. Semua yang hadir sangat terhibur dengan persembahan nyanyian dari artis jemputan, pelbagai game dan pertandingan karaoke yang turut diadakan sepanjang malam itu.


Dj JJ dan Dj LIN, Gabungan mantap..TERBAIK!!!

Next..peserta pertandingan karaoke, semua menyanyi penuh 'feeling' dan jiwang habis.... Tak kurang juga yang vokal ke LAUT :) Apapun tahniah pada you all!

Aziz, 'JUARA KARAOKE' dengan lagunya TIARA

Stephen Apeq, cukup berbakat bawa lagu jiwang..penuh penghayatan lagi

Pasangan DUET.. Enie dan Arjuna

Rizal, kalo tak nyanyi satu lagu bukanlah Rizal lalats namanya.. :)

Sue Earth pun tak kurang hebatnya..cayalah

BAD aka "ZAMANI" bersama peminat setianya (hehe..)

Abang Razak aka "BROERY MALAYSIA" turut menghiburkan

Persembahan mantap dari RAY
Pelbagai aktiviti lain lagi yang sangat menghiburkan. Pendek kata setiap saat ada sahaja programnya..Thanks to abg JJ yang jadi MC pada malam tu, semua yang hadir asyik ketawa dengan lawak selamba  abg JJ dan  beliau COOL je mengacarakan majlis.

Check it out gambar CANDID kat bawah ni masa tengah main game.
Kekenyangan dipaksa makan, malu pun ada sebab kena minum guna botol susu, takpe ek sekali sekala apa salahnya :)

Masa kami busy di dalam dengan game dan aktiviti yang telah disusun, Dj Lin pun busy juga kerana ditemuramah rakan wartawan dan pihak media yang datang. Check it out beberapa pic yang sempat kami ambil sewaktu Dj Lin ditemuramah oleh wartawan.



Ok, next entry akan bersambung dengan gambar-gambar lain yang tentunya akan buat korang teringat kembali saat manis sewaktu sambutan ulangtahun Dj Lin. Harap stay tuned with us ya, CHAIYOK!!