Ahad, Februari 06, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN DJ LIN & SESI KARAOKE

30hb DISEMBER 2010 telah berlangsungnya satu event yang takkan dilupakan oleh Dj Lin dan fans iaitu SAMBUTAN ULANGTAHUN DAN SESI KARAOKE BERSAMA DJ LIN . Event ni telah diadakan di Redbox Ria Sogo Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bermula jam 8 malam hinggalah ke jam hampir 2 pagi. Beberapa artis jemputan dan wartawan dari pelbagai pihak media turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan ulangtahun ini yang julung-julung kalinya disambut oleh Dj Lin bersama para peminat. 

Antara peminat setia Dj Lin yang hadir pada 30/12/2010

Artis jemputan yang hadir dan turut membuat persembahan nyanyian..vokal yang sangat MANTAP!!! TERBAIK!!!
Rakan wartawan Dj Lin yang turut sama hadir memeriahkan majlis, THANK YOU SO MUCH :)

Tetamu VIP yang hadir, Dato' Ishak dan anaknya

Pengacara pada malam bersejarah itu ialah Dj JJ dari Suria FM dan Dj Lin sendiri. Semua yang hadir sangat terhibur dengan persembahan nyanyian dari artis jemputan, pelbagai game dan pertandingan karaoke yang turut diadakan sepanjang malam itu.


Dj JJ dan Dj LIN, Gabungan mantap..TERBAIK!!!

Next..peserta pertandingan karaoke, semua menyanyi penuh 'feeling' dan jiwang habis.... Tak kurang juga yang vokal ke LAUT :) Apapun tahniah pada you all!

Aziz, 'JUARA KARAOKE' dengan lagunya TIARA

Stephen Apeq, cukup berbakat bawa lagu jiwang..penuh penghayatan lagi

Pasangan DUET.. Enie dan Arjuna

Rizal, kalo tak nyanyi satu lagu bukanlah Rizal lalats namanya.. :)

Sue Earth pun tak kurang hebatnya..cayalah

BAD aka "ZAMANI" bersama peminat setianya (hehe..)

Abang Razak aka "BROERY MALAYSIA" turut menghiburkan

Persembahan mantap dari RAY
Pelbagai aktiviti lain lagi yang sangat menghiburkan. Pendek kata setiap saat ada sahaja programnya..Thanks to abg JJ yang jadi MC pada malam tu, semua yang hadir asyik ketawa dengan lawak selamba  abg JJ dan  beliau COOL je mengacarakan majlis.

Check it out gambar CANDID kat bawah ni masa tengah main game.
Kekenyangan dipaksa makan, malu pun ada sebab kena minum guna botol susu, takpe ek sekali sekala apa salahnya :)

Masa kami busy di dalam dengan game dan aktiviti yang telah disusun, Dj Lin pun busy juga kerana ditemuramah rakan wartawan dan pihak media yang datang. Check it out beberapa pic yang sempat kami ambil sewaktu Dj Lin ditemuramah oleh wartawan.



Ok, next entry akan bersambung dengan gambar-gambar lain yang tentunya akan buat korang teringat kembali saat manis sewaktu sambutan ulangtahun Dj Lin. Harap stay tuned with us ya, CHAIYOK!!