Selasa, Februari 22, 2011

KARNIVAL WOW @ PUTRAJAYA

11-13 Februari 2011 yang lalu telah diadakan Karnival WOW bertempat di Dataran tapak pasar tani Precint 2 Putrajaya. Apa yang menariknya tentang karnival ini ialah ianya bersempena dengan sambutan 10 tahun Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan; dan lebih menarik lagi Dj Lin telah diundang berganding bersama Aidil Abd.Ghafar untuk mengacarakan malam kemuncak Karnival Wow. All committee hadir pada malam tersebut untuk sama-sama support Dj Lin. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada fans Dj Lin yang turut hadir siap berpakaian t-shirt rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania lagi pada malam tu!!! memang you all terbaik!!

Apa yang ada di sekitar Karnival WOW? macam-macam ada dan kami sempat pusing-pusing sekitar karnival. Terdapat banyak booth jualan tudung, shawl, pashmina dan pakaian. Booth pelancongan yang banyak promosi ke Sabah dan Sarawak, booth kereta mewah seperti Ferrari,BMW dll; booth jualan pokok dan tanaman, booth butik dan andaman pengantin. Terdapat juga booth besar di tapak karnival tu yang mempamerkan sejarah Putrajaya, hmm kalau nak tahu tentang Putrajaya serta perancangan Putrajaya akan datang bolehla ketahui di booth tersebut. Selain tu, ada juga belon udara panas, KL Hop, tapak jualan makanan, booth telefon bimbit..fuhh tak terkata banyaknya.. 

Highlight untuk Karnival WOW ni atau malam kemuncaknya tentulah konsert. Konsert bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 12 malam. Antara artis yang membuat persembahan pada malam itu ialah, Papa Rock Ramli Sarip, Awie, Amy Search, Mila AF, Ito Mohd, Ella dan kumpulan HUJAN...Almost artis merupakan otai-otai Rock!!.


Antara persembahan yang paling 'berhantu' pada malam tu of course persembahan dari papa rock tanah air iaitu Ramli Sarip, walaupun dah veteran Ramli Sarip tetap seperti dulu..

Ok, ni pula gambar Dj lin kesayangan kita semua..check it out..
Dj Lin sewaktu menjadi MC di pentas



Dj Lin bergambar bersama Awie, Ramli Sarip dan Ito Mohd
Last sebelum closing entry, lihatlah keceriaan kami; Fan Dj Lin Cinta Mania sewaktu di Karnival WoW.. So pada fans yang belum sempat berpeluang berjumpa Dj Lin lagi come on join kami next event..