Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.

Isnin, Oktober 08, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 7hb Oktober 2012)

57. Sentiasa ikhlaskan diri walau ke mana kita pergi. Biar direjam benci biar dihina dan disakiti namun ketulusan hati dan semangat diri menjadi benteng kejayaan diri. Moga Allah srntiasa merahmati perjalanan hidup ini...


58. Usah terlalu bangga dgn apa yg kita ada hingga meletakkan diri kita nun jauh diatas sana. Usah lupa dari mana kita bermula. Usah nafi jasa dan bakti insan2 yg amat sygkan kita. Usah terleka dgn keindahan dunia kerna dlm sekelip mata bisa diragut kesemuanya sebaliknya bersyukurlah...Alhamdulillah


59. TIKA CINTA SINGGAH DI TERATAK JIWA, LENYAP SEGALA KESUNYIAN YANG MELANDA NAMUN DI SAAT HILANGNYA CINTA, BAHAGIA SEKELIP MATA MENJADI NESTAPA....DUHAI CINTA!

60. CINTA PERTAMA, HADIRNYA SUKAR KULUPA. CINTA KEDUA SUDAH PASTI MEMATANGKAN TINDAKAN, CARA DAN TUTUR KATA.

61. CINTA ABADI AKAN KITA BAWA HINGGA KE NAFAS TERAKHIR NANTI. CINTA ABADI TETAP BERSEMI DI PERSADA HATI TAKAN PERNAH GOYAH BIAR BERJUTA CINTA INGIN MENYAMBAR...CINTA ABADI ADALAH MOMEN TERINDAH DI PERJALANAN HIDUP INI..KAULAH CINTA ABADIKU DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA...SAYANG SELALU BUATMU YANG JAUH DI MATA....

62. KU HANYA INSAN BIASA TAK LEKANG DARI MELAKUKAN SILAP DAN DOSA. KHILAF YANG PERNAH MELINGKARI DIRI MENGAJARKU AGAR LEBIH BERHATI HATI, LEBIH MENGHARGAI. MOGA MENJADI PENGAJARAN PALING BERERTI DALAM MEMATANGKAN LAGI MINDA DAN DIRI. KU POHONKAN KEMAAFAN DARIMU INSAN YANG PERNAH KU TINGGALKAN....

63. TIKA MATA BERTENTANG MATA, DAPAT KU RASA GETARAN CINTA DI JIWA. TAK PERNAH TERLINTAS DI MINDA, KAU KAN HADIR MENYERIKAN TAMAN HATI MELENYAPKAN RASA SUNYI. KAU AMAT MEMAHAMI DIRIKU INI, KAU AMAT MENGHARGAI NIAT SUCIKU INI, KAU INSAN PALING ISTIMEWA IBARAT PUTRA YANG DIKIRIMKAN ILLAHI TUK MELENGKAPI KEKURANGAN DIRIKU INI. KITA SEHATI BICARA JUGA SEJIWA KURASAKAN KAULAH LELAKI TERBAIK DAN TERAKHIR YANG KAN BERTAHTA DI SINGGAHSANA BUAT SELAMANYA...

64. Lazimnya dlm dunia, manusia berlumba lumba utk mencapai sesuatu buat diri sendiri. Siapa yg berjaya melakonkan wataknya dialah akan ditakhta dan dipuja puja hinggakan tak peduli tentang perasaan tentang nilai persahabatan hinggakan lancang mulut berbicara hinggakan lupa perbuatannya kan mengundang nestapa pabila tiba saatnya...

Khamis, Oktober 04, 2012

Majlis Rumah Terbuka Fan Dj Lin Cinta Mania & Sambutan Ulangtahun Nazreen ke-9

Majlis Rumah Terbuka Fan DJ LIN Cinta Mania & Sambutan Ulang Tahun Nazreen yang ke-9" pada 14 Oktober ini di Bandar Baru Sentul akan menyaksikan kehadiran para peminat Dj Lin dari seluruh negara, anak-anak yatim, rakan-rakan artis dan wartawan. Anggaran tetamu adalah 300 orang. Turut mendapat tajaan kerusi dan meja daripada DUALARIS EVENT, 300 Burger daripada RAWANG BURGER BAKAR, hampir 100 set ayam RADIX FRIED CHICKEN (RFC) & Air Coffee RADIX, Hamper Eksklusif JAMU MAK DARA, 300 kotak Orange Juice PEEL FRESH, 1000 Cucuk SATE SAMURAI KAJANG dan banyak lagi. Kepada yang berminat untuk menyertai event ini, sila hubungi FRau ZAn di 017-2470473.


Selasa, Oktober 02, 2012

Dj Lin hiasi muka depan Majalah Ruang keluaran Oktober 2012

Salam Suria Cinta. Tahniah Dj Lin kerana menjadi cover (penghias muka depan) untuk MAJALAH RUANG keluaran terbaru bulan ini. Dapatkan di kedai-kedai buku & majalah berhampiran. Ikuti bicara Dj Lin tentang dekorasi kediaman.Terima kasih kepada wartawan Majalah RUANG, Hakimi As'ari dan juga kpd jurufoto, Mohammad Suhairi. Dapatkan Majalah RUANG EDISI OKTOBER di pasaran sekarang.