Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Khamis, Disember 13, 2012

Dengarkan Suara Dj Lin di TwitTalk Celebrity

MULAI HARI INI, ANDA BUKAN SAHAJA BOLEH MEMBACA TWEET YANG DJ  LIN UPDATE DI TWITTER TAPI ANDA KINI BOLEH MENDENGAR SUARA DJ LIN BERKONGSI AKTIVITI HARIAN BERSAMA PEMINAT. (BUAT PENGGUNA CELCOM SAHAJA) JOM FOLLOW DENGAN CARA: 

Short code : SMS “dj Lin” send to 22001 

manakala untuk Long code : 
1) Dail * 22001 
2) Tekan 1 untuk daftar selebriti 
3) Tekan 9 untuk selebriti yang lain 
4) Tekan 1 untuk memilih nama selebriti A hingga E 
5) Tekan 6 untuk DJ Lin. 

DENGARKAN SUARA DJ LIN DI TWITTALK CELEBRITY...


Mencari Cinta menerusi CHAT di SURIA CINTA

Mereka telah bertemu jodoh melalui ruangan Suria Cinta di Suria FM, anda bila lagi? Jika anda ingin mencari cinta, jom ON CHAT anda di Suria Cinta dan dengarkan bicara Dj Lin setiap hari Ahad-Jumaat bermula jam 11 malam sehingga 2 pagi.


Ikuti langkah berikut untuk CHAT di Suria;

CARI CINTA: Untuk mencari kenalan dan pasangan. 
Aktifkan Chat dengan menaip ON SURIA, hantar ke 33988 Taipkan SURIA Butiran Diri dan Ciri Pasangan dan hantar ke 33988. 

Untuk sebarang aplikasi SMS di Suria, pastikan anda telah mendaftar sebagai VIP SuriaCaranya ialah;
 VIP (jarak) NAMA PENUH (jarak) NO MYKAD hantar ke 33988

Rabu, Disember 12, 2012

Temuramah Dj Lin bersama Pasangan Pengantin Hajar dan Firdaus

Jom  ikuti temuramah ringkas antara Dj Lin bersama pasangan pengantin Hajar dan Firdaus yang baru melangsungkan perkahwinan 9 Disember lalu. Hajar dan Firdaus merupakan pasangan Suria Cinta yang bertemu jodoh menerusi Chat di Suria..

Selasa, Disember 11, 2012

Dj Lin dan AJK FDJLCM Meraikan Majlis Perkahwinan Pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus

Ahad, 9 Disember 2012 Dj Lin bersama 4 orang AJK Fan Dj Lin Cinta Mania telah ke Felcra Lembah Kesang Merlimau Melaka bagi meraikan majlis perkahwinan Hajar dan Firdaus yang merupakan pasangan yang bertemu jodoh melalui CHAT di Suria Cinta. 

Pasangan pengantin agak terdiam kerana terkejut dengan ketibaan kami yang tanpa disangka-sangka. Sebenarnya semuanya telah diaturkan dari awal lagi tanpa pengetahuan Hajar dan Firdaus melalui saudaranya Ba'a. Thanks to Ba'a..

Sanak saudara pengantin yang bergambar bersama Dj Lin

AJK bersama DJ Lin bergambar bersama pasangan pengantin.. Dari kiri Ezzad, Sue, Ika, Firdaus, Hajar, Ojan, dan Dj Lin

Dj Lin memberi ucapan sewaktu majlis perkahwinan 


Sempat lagi Dj Lin menghiburkan tetamu berduet lagu Broery Biar Bulan Berbicara..

Bergambar dan bersalam-salaman bersama keluarga tuan rumah sebelum berangkat pulang

Hadiah pemberian Dj Lin kepada pengantin berupa jam eksklusif Dj Lin

Inilah Ba'a yang mengaturkan pertemuan kami.. Ba'a juga turut menerima cenderahati daripada Dj Lin.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus, moga kekal bahagia ke akhir hayat.



Ahad, Disember 02, 2012

Ayat-ayat Motivasi DJ Lin

Selain madah-madah cinta, Dj Lin juga selalu memberikan ayat-ayat yang memberi motivasi dan membangkitkan semangat. Ini antara ayat-ayat motivasi beliau yang telah dikumpul. Moga menjadi pembakar semangat anda untuk meneruskan perjuangan demi mencapai impian..

  1. BERSIHKAN HATI DARI SIFAT DENGKI PASTI BERKAT PERJUANGAN DIRI. IKHLASKAN DIRI HARUNGI TIAP LIKUAN HIDUP INI PASTIKAN ADA GANJARAN DARI ILLAHI. USAH CEMBURU PADA KEJAYAAN INSAN, SEWAJARNYA JADIKAN INSPIRASI UTK PASTIKAN IMPIAN BERTUKAR KENYATAAN. USAH PEDULI PADA USIKAN, HAYUNKAN LANGKAH DI MEDAN PERJUANGAN MOGA TUAH & KEJAYAAN SELALU DI GENGGAMAN. 

  2. ALLAH ITU LEBIH MENGETAHUI APA ISI HATI. JUJUR PADA DIRI JUGA PADA INSAN DI SEKELILING YANG MENCORAKKAN LAKONAN DI PENTAS KEHIDUPAN INI. TAWAKKAL DAN BERSABAR.TERUS BERJUANG MOGA ADA BAHAGIA MENANTI DISATU MASA NANTI 

  3. ADA YANG MEMUJI ADA YANG MENGEJI. ADA YANG BERLAKON DIPENTAS DUNIA INI, SEAKAN IKHLAS TIKA BERTENTANG MATA, MANIS TUTUR KATA TIKA BERBICARA NAMUN MENGATA DAN MENCERCA TIKA DI BELAKANG KITA. ITULAH LUMRAH MANUSIA. SENTIASA INGATKAN DIRI JADI INSAN TERBAIK WALAU DIMANA PUN BERADA DAN USAH DILUPA DARI MANA ASAL USUL KITA

  4. REZEKI ITU DARI ALLAH. TIKA IA TIBA TAKKAN ADA SIAPA DIANTARA KITA MAMPU MENGHALANGNYA BIARPUN PELBAGAI PERSEPSI YANG DIBERI BIARPUN PELBAGAI CERITA YANG DIJAJA NAMUN PERCAYALAH ALLAH MAHA MENGETAHUI MENGAPA KITA YANG MENJADI PILIHANNYA.SENTIASA UCAPKAN ALHAMDULILLAH & SYUKUR DI ATAS RAHMAT DAN KURNIANYA.


Anda ada ayat motivasi sendiri yang menjadi pembakar semangat anda?? Jom kongsikan disini..

Jumaat, November 30, 2012

Ikon Wanita Muda 2012- Anugerah Kesatria Puteri Penyiaran Radio, Dj Lin di Harian Metro 30/11/2012



Hadiah Hari Lahir terindah buat Dj Lin pada tahun ini apabila dinobatkan sebagai Kesatria Puteri Penyiaran Radio. Moga rezeki Dj Lin bertambah murah. Terima kasih kepada wartawan Metro, Nor Akmar Samudin.

Ahad, November 25, 2012

Dato' Siti, Dj Lin & Pandelela antara penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012

Tahniah diucapkan kepada ikon Wanita Muda, Dj Lin Suria Cinta Suria FM atas penerimaan Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio. Dj Lin merupakan salah seorang daripada 12 IKON Wanita Muda yang telah menerima trofi penganugerahan di pentas Dewan Tun Razak PWTC pada hari ini . Majlis penganugerahan yang bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Penganugerahan ini membuktikan kesungguhan Dj Lin dalam karier beliau sebagai salah satu wadah untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. 
Dj Lin sedang ditemubual oleh Team Astro Awani sebaik selepas menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 (Kesatria Puteri Penyiaran Radio). Terima kasih kepada Astro Awani. 


Wartawan Zuan Melodi turut menemubual Dj Lin sebaik sahaja beliau menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 di PWTC sebentar tadi


Dj Lin sewaktu menerima Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio daripada YAB Dato' Sri Najib Tun Abd.Razak
 

12 IKON Wanita Muda Negara 2012

DJ Lin turut bergambar bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong yang turut menerima Anugerah Ikon Wanita Muda Negara. Dato' Siti Nurhaliza penerima anugerah dalam kategori Kesenian manakala Pandelela menerima anugerah dalam kategori Sukan. Tahniah buat mereka bertiga!



Syabas dan Tahniah Dj Lin ! dari pihak AJK dan semua kelab peminat Dj Lin di seluruh tanah air. Untuk melihat gambar-gambar lain, anda boleh ke fanpage rasmi Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Sertakan Ucapan tahniah anda untuk Dj Lin di sini...Gambar adalah HakCipta Terpelihara TebuPhotography dan Blog Rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania

Sabtu, November 24, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 21/11/2012)

65. Tika ku sendirian, melayang ingatan terimbau kenangan. Indahnya saat itu waktu kau disampingku. Bertahun menyulam cinta kuharungi segala suka dan duka, banyak yang telah kulakukan atas nama cinta. 
Ku patri setia, ku pendamkan kecewa, ku telan segala derita yg kau cipta demi menjaga cinta kita. Namun kecundang jua akhirnya! Kau tinggalkan aku demi dia...sampai hatimu hancurkan impianku. Kau terus berlalu dgn nada bisu tinggallah aku sendiri merawat luka nan pilu hingga kini kau tetap dalam anganku

66. Sejujurnya ku akui, hanya kau insan yg ku cintai. Sejak kita bertemu hingga ke saat ini, rasa cinta kian menguntumkan serinya, tanpamu sepi terasa, detik tika berdua sentiasa menghiasi ruang minda, ku impikan untuk jadi permaisuri hatimu agar dapat ku merasai hidup bersama insan yang aku cintai meskipun hanya untuk sekali selagi nafas ini belum terhenti!

67. Satu persatu ku jalani bagi mengisi kekosongan hati. Agar lenyap segala sunyi dan berlalu debu sepi. Aku bersyukur kerna masih memiliki keluarga serta teman teman yg sentiasa ada di sisi tika ku mengharungi hidup bersendiri setidak tidaknya aku mengerti banyak yang ku pelajari sepanjang merentasi arus kehidupan ini

68. Hidup ini mmg byk dugaan tapi kita sbg insan harus ada kelebihan kerna itulah yg mmbezakan. Bg lin, wang bukanlah taruhan tapi budi bahasa yang kita pamerkan. Usahlah kita bangga dgn pencapaian sebaliknya bersyukurlah! Merendah diri itu tak rugi malah membuatkan kita diingati hingga sampai ke akhir nanti...

69. Aku bukanlah hartawan, bukan juga jelitawan. Aku juga bukan sasterawan malah jauh sekali dibayangi keegoan. Aku adalah aku seorang insan yg banyak kelemahan. Hidup dlm serba kesederhanaan namun yg pasti aku sentiasa berjuang dimedan kehidupan dengan diiringi kesungguhan, ketabahan, kecekalan jua kekuatan akal dan fikiran...

70. Tika dugaan tiba, baru ku tahu hakikat hidup nan sebenarnya. baru ku kenal siapa yang setia siapa pula yang bertopengkan lakonan di pentas dunia. sakit terasa pabila umpatan, kejian serta tohmahan dilemparkan dari teman2 yang berdekatan yang ketika berhadapan manis sungguh senyuman yang dilemparkan. namun semua itu tak ku peduli kerna yang ku tahu, diketika dugaan menghimpit diri, hanya aku sendirian berjuang membela nasib diri berbekalkan keikhlasan, berbantalkan pengorbanan, berselimutkan ketabahan serta kecekalan.

71. Disebalik dugaan yang melanda, pasti ada cerita bahagia buat kita. disebalik linangan airmata, pasti ada senyuman manis nan terukir dibibir kita, disebalik derita yang tiba, pastikan ada detik gembira yang melenyapkan seketika segala duka dan sengsara yang sedang kita rasa. alhamdulillah!...aku bersyukur sentiasa di atas apa jua ketentuanmu kerna ku tahu pasti kan ada rahmatnya buatku...

72. Wanita! jasamu dikenang tuk selamanya, pengorbananmu terlalu besar ertinya. kaulah cendikiawan, kaulah isteri, kaulah ibu, kaulah penawar dikala sepi, kaulah penghibur dikala sunyi. kecekalanmu tidak terbanding, semangat juangmu menjadi pendinding. kaulah bintang yang menyinari kegelapan hati jua pencetus inspirasi disebalik kejayaan seorang lelaki...terima kasih duhai wanita!

73. Wanita! kaulah inspirasi tiap jejaka. pesonamu bisa meruntun jiwa, deraian airmatamu mencairkan hati tiap yang melihatnya. kelembutanmu membuat kau dipandang sempurna, dibalik tawa, ada kisah duka yang tak tercerita.


Jumaat, November 23, 2012

Dj Lin - Penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio

25hb November ini bertempat di PWTC bakal menyaksikan Dj Lin naik ke pentas bagi menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Majlis penganugerahan yang diadakan bersempena dengan Majlis Himpunan Wanita Muda Negara dan dijangkakan 10 ribu wanita akan membanjiri PWTC pada Ahad ini. Jom beramai-ramai ke sana dan meriahkan lagi Himpunan Wanita Negara. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan sama-sama kita ucapkan tahniah kepada Dj Lin atas penganugerahan tersebut. Dj Lin akan memperagakan busana ciptaan Zeed Jamil dari Butik Dewi Sofiea sewaktu menerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012. 


Undi DJ Lin sebagai Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Tahniah Dj Lin kerana tercalon dalam senarai pencalonan Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian!. Kelab Peminat Dj Lin melalui Fan Dj Lin Cinta Mania akan terus menyokong Dj Lin dan mengundi beliau bagi memenangi kategori Penyampai Radio Wanita Popular pada tahun ini. Diharapkan Dj Lin akan dinobatkan sebagai pemenang pada tahun ini dalam anugerah berprestij tersebut. Oleh itu, diharapkan para peminat Dj Lin di luar sana dapat menyokong dan mengundi Dj Lin dengan membeli akhbar Berita Harian setiap hari sehingga 26hb Disember ini. Isi borang undian yang terdapat dalam ruangan akhbar Berita Harian dan jangan lupa pangkah di kategori Penyampai Radio Wanita Popular di ruangan nombor 7; Dj Lin Suria seperti dalam gambar yang tertera di bawah.


Undian anda sangat bernilai dan jangan lupa pula untuk menghantar borang undian ini ke Berita Harian sebelum 31hb Disember. Terima kasih atas sokongan anda. Anda juga boleh ke fanpage Facebook Kelab Peminat Dj Lin-Abpbh 2012 dan LIKE page tersebut. Jutaan terima kasih kepada para peminat yang telah menubuhkan page khas ini. Sebagai tanda sokongan anda juga boleh menjadikan gambar di bawah sebagai cover photo timeline anda; 

Hanya klik kanan dan 'save image as' di desktop anda, kemudian 'change cover' yang terdapat di FB timeline anda kepada gambar yang telah anda save tadi..upload gambar tersebut dan 'save changes'. Mudah saja..

Lihat, saya dah pun tukar cover photo timeline saya..:p

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!!!

Selasa, November 13, 2012

Jam Dinding Eksklusif Dj Lin

Dapatkan JAM DINDING EKSKLUSIF memuatkan gambar & tandatangan Dj Lin. Harga cuma RM30 sahaja. (harga termasuk kos penghantaran sekitar semenanjung RM38) manakala untuk Sabah & Sarawak RM40. Bank-in kan duit ke akaun Maybank 112214059298 (Tuan Auzan Tuan Kamaluddin). Jika dah bank in, call 013-3862083. Hantarkan alamat lengkap dan nama penuh beserta butiran pembayaran anda.


Isnin, Oktober 08, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 7hb Oktober 2012)

57. Sentiasa ikhlaskan diri walau ke mana kita pergi. Biar direjam benci biar dihina dan disakiti namun ketulusan hati dan semangat diri menjadi benteng kejayaan diri. Moga Allah srntiasa merahmati perjalanan hidup ini...


58. Usah terlalu bangga dgn apa yg kita ada hingga meletakkan diri kita nun jauh diatas sana. Usah lupa dari mana kita bermula. Usah nafi jasa dan bakti insan2 yg amat sygkan kita. Usah terleka dgn keindahan dunia kerna dlm sekelip mata bisa diragut kesemuanya sebaliknya bersyukurlah...Alhamdulillah


59. TIKA CINTA SINGGAH DI TERATAK JIWA, LENYAP SEGALA KESUNYIAN YANG MELANDA NAMUN DI SAAT HILANGNYA CINTA, BAHAGIA SEKELIP MATA MENJADI NESTAPA....DUHAI CINTA!

60. CINTA PERTAMA, HADIRNYA SUKAR KULUPA. CINTA KEDUA SUDAH PASTI MEMATANGKAN TINDAKAN, CARA DAN TUTUR KATA.

61. CINTA ABADI AKAN KITA BAWA HINGGA KE NAFAS TERAKHIR NANTI. CINTA ABADI TETAP BERSEMI DI PERSADA HATI TAKAN PERNAH GOYAH BIAR BERJUTA CINTA INGIN MENYAMBAR...CINTA ABADI ADALAH MOMEN TERINDAH DI PERJALANAN HIDUP INI..KAULAH CINTA ABADIKU DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA...SAYANG SELALU BUATMU YANG JAUH DI MATA....

62. KU HANYA INSAN BIASA TAK LEKANG DARI MELAKUKAN SILAP DAN DOSA. KHILAF YANG PERNAH MELINGKARI DIRI MENGAJARKU AGAR LEBIH BERHATI HATI, LEBIH MENGHARGAI. MOGA MENJADI PENGAJARAN PALING BERERTI DALAM MEMATANGKAN LAGI MINDA DAN DIRI. KU POHONKAN KEMAAFAN DARIMU INSAN YANG PERNAH KU TINGGALKAN....

63. TIKA MATA BERTENTANG MATA, DAPAT KU RASA GETARAN CINTA DI JIWA. TAK PERNAH TERLINTAS DI MINDA, KAU KAN HADIR MENYERIKAN TAMAN HATI MELENYAPKAN RASA SUNYI. KAU AMAT MEMAHAMI DIRIKU INI, KAU AMAT MENGHARGAI NIAT SUCIKU INI, KAU INSAN PALING ISTIMEWA IBARAT PUTRA YANG DIKIRIMKAN ILLAHI TUK MELENGKAPI KEKURANGAN DIRIKU INI. KITA SEHATI BICARA JUGA SEJIWA KURASAKAN KAULAH LELAKI TERBAIK DAN TERAKHIR YANG KAN BERTAHTA DI SINGGAHSANA BUAT SELAMANYA...

64. Lazimnya dlm dunia, manusia berlumba lumba utk mencapai sesuatu buat diri sendiri. Siapa yg berjaya melakonkan wataknya dialah akan ditakhta dan dipuja puja hinggakan tak peduli tentang perasaan tentang nilai persahabatan hinggakan lancang mulut berbicara hinggakan lupa perbuatannya kan mengundang nestapa pabila tiba saatnya...

Khamis, Oktober 04, 2012

Majlis Rumah Terbuka Fan Dj Lin Cinta Mania & Sambutan Ulangtahun Nazreen ke-9

Majlis Rumah Terbuka Fan DJ LIN Cinta Mania & Sambutan Ulang Tahun Nazreen yang ke-9" pada 14 Oktober ini di Bandar Baru Sentul akan menyaksikan kehadiran para peminat Dj Lin dari seluruh negara, anak-anak yatim, rakan-rakan artis dan wartawan. Anggaran tetamu adalah 300 orang. Turut mendapat tajaan kerusi dan meja daripada DUALARIS EVENT, 300 Burger daripada RAWANG BURGER BAKAR, hampir 100 set ayam RADIX FRIED CHICKEN (RFC) & Air Coffee RADIX, Hamper Eksklusif JAMU MAK DARA, 300 kotak Orange Juice PEEL FRESH, 1000 Cucuk SATE SAMURAI KAJANG dan banyak lagi. Kepada yang berminat untuk menyertai event ini, sila hubungi FRau ZAn di 017-2470473.


Selasa, Oktober 02, 2012

Dj Lin hiasi muka depan Majalah Ruang keluaran Oktober 2012

Salam Suria Cinta. Tahniah Dj Lin kerana menjadi cover (penghias muka depan) untuk MAJALAH RUANG keluaran terbaru bulan ini. Dapatkan di kedai-kedai buku & majalah berhampiran. Ikuti bicara Dj Lin tentang dekorasi kediaman.Terima kasih kepada wartawan Majalah RUANG, Hakimi As'ari dan juga kpd jurufoto, Mohammad Suhairi. Dapatkan Majalah RUANG EDISI OKTOBER di pasaran sekarang.





Isnin, Ogos 27, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Dalam kemeriahan menyambut Syawal jangan kita lupa memanjatkan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama ini. Semoga Malaysia kekal aman dan bertambah maju. Selamat Hari Merdeka diucapkan kepada semua pembaca blog Fan Dj Lin Cinta Mania.



Isnin, Ogos 20, 2012

Selamat Hari Raya


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI TEAM FAN DJ LIN CINTA MANIA. AMPUN MAAF DIPINTA JIKA ADA SALAH DAN SILAP.


Jumaat, Julai 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Pergi ke pasar membeli mangga,
Dibuat sambal segar rasanya,
Esok harinya kan tiba,
Puasa Ramadhan rukun ketiga.

Fan Dj Lin Cinta Mania ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan melaksanakan ibadah khasnya kepada semua umat muslimin dan muslimat juga para peminat Dj Lin dan rakan-rakan fans yang sentiasa bersama kami. Moga Ramadhan yang hadir membawa keberkatan yang melimpah ruah kepada semua. 


Komen di sini;

Khamis, Julai 19, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 17/7/2012)

 33. SESUNGGUHNYA KATA KATA YANG DILAFAZ MENERUSI BICARA MAHUPUN CORETAN TINTA MENGGAMBARKAN KEPERIBADIAN KITA SEBENARNYA. KADANGKALA KITA ALPA DEK TERLALU SERONOK MELONTAR BICARA HINGGA KITA TERLUPA INSAN DI SEKELILING SEDANG MEMERHATIKAN SERTA MENILAI KEPERIBADIAN KITA SEBAGAI SEORANG MANUSIA....

34. MOGA DI KALA INI, NASIB DAN TUAH SENTIASA MENYEBELAHI KALIAN, MOGA BERADA DIBAWAH LINDUNGAN YANG MAHA ESA, DIPERMUDAHKAN LALUAN DALAM KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN RANJAU DAN DURI. MOGA KITA JUGA SENTIASA DIMAAFI DAN DIKASIHI OLEH MEREKA YANG MENGASIHI JUA DIKALANGAN MEREKA YANG TURUT MEMBENCI. TERIMA HAKIKAT DALAM HIDUP INI, TAK SEMUA INSAN DAPAT TERIMA KITA APA ADANYA KERANA KITA HANYA MANUSIA BIASA NAMUN YANG BISA DILAKUKAN ADALAH SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAIKI KUALITI DIRI, PERBETULKAN NIAT DIHATI, JAGA TIAP BICARA YANG INGIN DILONTARKAN KERANA ITU MENCERMINKAN KEPERIBADIAN DIRI. JUGA HARUS SENTIASA BERWASPADA DENGAN SEGALA TINGKAH, GERAK DAN GERI AGAR KITA TAK TERSESAT NANTI DALAM MENUJU KE LANDASAN YANG PASTI. BERSIHKAN HATI, INSAFI DIRI MOGA ADA CAHAYA BAHAGIA YANG MENANTI....

35. PABILA CINTA UNTUKNYA ADALAH CINTA YANG DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T KEPADA KITA...KESANNYA CUKUP MENDALAM SEKALI MESKIPUN PERPISAHAN TERJADI...MULUT KATA 'PERGI' TAPI HATI KITA TETAP KATA 'KEMBALI'...RENUNGKANLAH...

36. SEANDAINYA KAMU INGIN MENCINTAI ATAU MEMILIKI HATI SESEORANG, IBARATKANLAH SEPERTI MENYUNTING SEKUNTUM MAWAR MERAH. KADANGKALA KAMU MENCIUM HARUM MAWAR TERSEBUT TETAPI KADANGKALA KAMU TERASA BISA DURI MAWAR ITU MENUSUK JARI....

37. Duhai angin sampaikan slm rinduku padanya biarpn tdkku tahu dimana dia brd walau apa jua keadaannya cuma yg kutahu dia jg punya rasa yg sama

38. Sangat perit tika bergelut dgn kenyataan. Amat pahit mengenangkan detik tika ditinggalkan. Terlalu payah tuk menutup pintu kenangan...

39. Semalam adalah memori hari ini adalah realiti dan esok yang bakal dilalui umpama fantasi mimpi yang penuh dgn illusi

40. Cintakan dtg n pergi namun cinta nan sejati kn sentiasa bersemi d lubuk hati n takkan pnh pergi biar apa cara jua tuk diusir ia tetap disisi

41. ANDAI DIBERI KESEMPATAN INGIN KUTEMUI INSAN YANG BISA MENJADI PELENGKAP KEPADA TIAP KEKURANGAN SERTA KELEMAHAN YANG ADA PADA DIRIKU INI. MENERIMA AKU APA ADANYA, MENGHARGAI CINTAKU, MENGHORMATI HAKKU SEBAGAI SEORANG WANITA. INSAN YANG HADIRNYA IBARAT CERMIN MEMBANTU MENCORAKKAN PERJALANAN HIDUPKU KE LANDASAN NAN TEGUH DALAM MENCAPAI KEREDHAANMU BUKAN SAJA DIDUNIA MALAH YANG LEBIH UTAMA DI AKHIRAT. MOGA KAU TEMUKAN AKU DENGAN DIA YANG MENCINTAI AKU SEIKHLAS HATINYA SEJAK DARI PERTEMUAN PERTAMA HINGGA KE SAAT AKU MENUTUP MATA.

42. BIARPUN TERSERLAH KERIANGAN DI PANDANGAN NAMUN JAUH DILUBUK HATI, TERSIMPAN PELBAGAI CERITA SEDIH DAN SENGSARA SEPANJANG KU MENITI ARUS HIDUP INI. BIARPUN TIDAK KU LUAH, NAMUN HANYA DIRI YANG MENGERTI SEGALA YANG TERJADI. BIAR KU SIMPAN KISAH SEDIH INI SENDIRI TANPA SIAPA MENGETAHUI KERNA KU TAHU ALLAH SENTIASA MENYAKSIKAN APA JUA YANG TERJADI DAN DI ATAS REDHANYA JUALAH KU MASIH DISINI BERDIRI BERJUANG UNTUK MEMBELA NASIB DIRI. MOGA CAHAYA CINTA KAN MENYINARI RUANG HIDUPKU YANG SUNYI DAN SEPI...DUHAI CINTA! HADIRKANLAH DIA INSAN YANG KAU UTUSKAN UNTUK MEMBERIKU BAHAGIA MELENYAPKAN TIAP SENGSARA

43. TERIMA KASIH DI ATAS KELUKAAN YG DICIPTAKAN. BIARPUN SUKAR KUUSIR DIRIMU DARI TAMAN HATIKU NAMUN KAU TETAP KUINGATI DALAM DOAKU

44. Lelaki yang HANDSOME adalah lelaki yang menghormati wanita sama seperti dia menghormati ibunya... 

45. Cinta yang tidak berbalas umpama layang-layang yang putus talinya...

46. Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya...
     Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya...

47. PANDANGAN PERTAMA MENGUNTUM CINTA
     KASIH BERBUNGA BERSERI SUASANA
     KAU HULUR SAYANG KU SAMBUT MESRA
     KIAN BERSEMI MENITI BATAS MASA
     TULUS CINTAMU SEMARAK DI KALBU
     AKU TERLENA DALAM DAKAPAN RINDU
     HILANG SEGALA SEPI DAN DUKA LALU
     UMPAMA SURIA MENERANGI JIWAKU
     KAULAH CURAHANKU LUAH SEGALA
     PAHIT DAN MANIS TAWA JUA SENGSARA
     TAK KU TERGAMBAR SEANDAI KAU TIADA
     HILANG BERSAMA SEMANGAT CINTA KITA
     ANDAINYA NANTI KU HARUS PERGI
     TINGGAL DIRIKU BERSAMA MIMPI SEDIH
     KENANGLAH AKU TEMPATKAN KU DISITU
     TAMAN TERINDAH DI SUDUT KAMAR HATIMU
     BIAR TERPISAH DEK JASAD DAN WAKTU
     NAMUN KASIHMU KAN SUBUR SELALU
     YANG TINGGAL KINI HANYALAH FANTASI
     YANG TERPAHAT ABADI HANYALAH MEMORI.....

48. CNTA SEJATI HADIRNYA CUMA SEKALI
     CINTA SEJATI ANUGERAH TERINDAH DARI ILLAHI
     CINTA SEJATI TAK PERNAH KENAL ERTI BENCI
     CINTA SEJATI MENGAJAR ERTI SETIA, PERCAYA DAN IKHLAS PADA DIRI
     CINTA SEJATI TAKKAN PERNAH MEMUNGKIRI
     CINTA SEJATI TAKKAN PERNAH PERGI WALAU DIUSIR BERIBU KALI
     CINTA SEJATI SENTIASA MENGHARUM BAK WANGIAN KASTURI
     CINTA SEJATI AKAN KEKAL DI HATI HINGGA AKHIR HAYAT NANTI
     CINTA SEJATI MENCETUS INSPIRASI
     CINTA SEJATI TAK PERNAH GOYAH DEK GODAAN DUNIAWI
     CINTA SEJATI INDAH TAK TERPERI
     CINTA SEJATI TAKKAN MUNGKIN DAPAT DICARI GANTI

49.  SEPANJANG MENITI BATAS CINTA, PASTI PERASAAN TERTUMPAH & TERTUMPU HANYA KEPADA DIA SEORANG SAJA BIARPUN INSAN YG MENGHIASI TAMAN HATI SILIH BERGANTI. 

50.  PELBAGAI PENGORBANAN TELAH PUN KU LAKUKAN DEMI MELIHAT KEBAHAGIAAN TIAP INSAN DI SEKELILINGKU MESKIPUN JAUH DISUDUT HATI, TERSIMPAN RASA TERKILAN YANG TAK MAMPU UNTUK KU GAMBARKAN. KULEPASKAN BAHAGIA YANG DAH ADA DIGENGGAMAN DEMI UNTUK INSAN YANG AMAT MENCINTAINYA. TAK RELA KU MENCIPTA BAHAGIA DIBALIK DERAIAN AIRMATA. MOGA TETAP ADA RUANG UNTUK KU KECAPI BAHAGIA MESKIPUN BUKAN DENGAN DIA 

51.  PABILA MENDENGARKAN PUTARAN LAGU CINTA, FIKIRANKU MELAYANG DI AWANGAN TERIMBAU KEMBALI MEMORI SEWAKTU DENGANMU BERMULA DARI SAAT PERKENALAN, KITA SUSURI ARUS PERASAAN HINGGA TERBIT CAHAYA CINTA DI PUNCAK HATI KITA. MASIH JELAS KENANGAN SEWAKTU BERSAMAMU...SAAT DIKASIHI, DISAYANGI, DILUKAI, DAN DITINGGAL PERGI SEGALANYA MENJADI MEMORI ABADI DAN KAN KU BAWA HINGGA KE MATI. TERIMA KASIH SAYANG ATAS PERBUATANMU....MOGA KAU BAHAGIA BIARPUN DIATAS LINANGAN AIRMATAKU 


52.  TERKADANG KU TERTANYA, MENGAPA KAU PERGI BERLALU TINGGALKAN AKU DIDALAM SENDU. SEJAK KEPERGIANMU, AKU TERUS DIHAMBAT RINDU , TERKUNCIKU DALAM SENGSARA TAK SIAPA PUN YANG TAHU. OMBAK RESAH KIAN MENGHEMPASKU DI PANTAI SAYU. KENANGAN LALU TERUS MENGHERETKU MELEWATI BATAS WAKTU.SESUNGGUHNYA AKU SUNYI BERSENDIRI DI SINI. ENTAHKAN BILA KESURAMAN HATI KAN BERGANTI. DUHAI MENDUNG! BERARAKLAH...BERLALULAH ...HADIAHKANLAH PELANGI INDAH 

53.  ADA KETIKA KITA TERLEKA DEK KESELESAAN DI BATAS HUBUNGAN YANG TERCIPTA HINGGA KITA LUPA KITA MENCIPTA LUKA DI HATI SIDIA TANPA MERAWATNYA SEMULA. KETERBIASAAN YANG KITA RASAKAN TIDAK MEMBERI KESAN KADANGKALA MEMERCIKKAN LUKA HAMPA DI JIWA LANTAS MENGHADIAHKAN PERPISAHAN DI SAAT HILANGNYA RASA CINTA. HARGAILAH SIDIA KETIKA MASIH BERSAMA KERANA PABILA TIBA MASA, SIDIA PASTI MELANGKAH PERGI MEMBAWA SEKEPING HATI YANG LARA TANPA BERPALING LAGI BUAT KALI KE-2. DI SAAT ITU, HAMPA KAN TERASA, TERKILAN PASTI MENYELUBUNGI JIWA DAN PENYESALAN ITU SUDAH TIADA GUNANYA.  

54.  KU TAKKAN BERSUARA KERANA ITU HANYA AKAN MENAMBAH LUKA DI DADA. BIARPUN TERCALIT RASA TERKILAN, TERPERCIK KEPEDIHAN NAMUN BIARLAH SEGALANYA KU SIMPAN MENJADI RAHSIA ABADI DAN KAN KUBAWA HINGGA KE MATI. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI TIAP APA YANG TERDETIK DIHATI KECIL INI BIAR TAK TERLUAH NAMUN KU PERCAYA PASTI ADA ANUGERAH TERINDAH YANG BAKAL DIBERI DI SEPANJANG LANGKAH KAKI MENGHABISKAN SISA SISA HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI.... 

55.  KESEPIAN MENCENGKAM MENGHIMPIT JIWA DAN MINDA. ENTAHKAN SAMPAI BILA HARUS KU ATUR LANGKAH KAKIKU SENDIRIAN TANPA BERTEMAN. JELMALAH DIKAU PUTERA SYURGA. BERTAMULAH DITAMAN HATI YANG TELAH LAMA SUNYI SEAKAN TIADA BERNADI.HADIRMU TETAP KU NANTI KERANA KU PERCAYA HANYA DIKAU UTUSAN YANG MAHA ESA DAN PASTINYA TIBAMU KAN MELENGKAPI TIAP KEKURANGANKU YANG ADA... 

56.  BILA CINTA HADIR...TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA. TEMPATKAN IA DISUDUT TERINDAH DALAM HATI KITA. TULUS MENERIMANYA DENGAN PENUH RELA TANPA RASA CURIGA. HINDARI DARI RACUN NAN BERBISA YANG BISA MENCIPTA LUKA KERNA SAKITNYA TERLALU PEDIH UMPAMA DIHIRIS BELATI TANPA RASA SIMPATI. CINTA ITU ANUGERAH CINTA ITU IBARAT CERMIN KERNA DI SATU KETIKA KITA PASTI KAN KENAL SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA 






Ahad, Julai 15, 2012

Download Single Terbaru Dj Lin- Ranting Kenangan sebagai Caller Ringtone anda

Anda dah dengar lagu single terbaru Dj Lin dengan tajuk lagunya Ranting Kenangan? Ranting Kenangan adalah lagu percubaan pertama Dj Lin dalam bidang nyanyian khas buat para peminat Suria Cinta. Kini, anda boleh dapatkan lagu Ranting Kenangan ini (part intro, chorus dan hujung lagu) untuk dijadikan caller ringtone anda. Bagaimana cara dapatkannya? Mudah saja dengan ikut langkah dibawah:


MAXIS, taip *131* <269097 @ 269098 @ 269099> # dan call/send

CELCOM, taip *888* <162388 @ 162389 @ 162390> # dan call/send

DIGI, taip CT <0162155 @ 0162156 @ 0162157> dan send ke 2000

UMOBILE, taip *118*5*2<381716 @ 381718 @ 381720># tekan call/send


Komen di sini

Selasa, Jun 19, 2012

Single Terbaru Afee Utopia Maafkan Aku


Lagu hits terbaru Maafkan Aku merupakan percubaan pertama Dj Lin dalam menghasilkan lirik lagu cinta. Jalan cerita lirik lagu ini berkait dengan kisah cinta Dj Lin suatu ketika dahulu yang memberi makna mendalam dan menusuk jiwa. Lagu ini dinyanyikan oleh Afee dengan vokal yang masih mantap meskipun usia yang telah menginjak 48 tahun. Tahniah diucapkan kepada abang Afee yang selalu menyokong Dj Lin dan tahniah juga diucapkan kepada Presiden Cinta Mania kami iaitu Dj Lin yang berjaya mengembangkan bakat menerusi lirik lagu cinta pertama beliau sendiri Maafkan Aku.. Akhbar Metro hari ini menerusi ruangan RAP ada memuatkan artikel mengenai album terbaru Afee yang turut memuatkan single terbaru beliau iaitu Maafkan Aku yang telah mendapat sentuhan daripada penulis lagu terkenal Eddie Hamid dan liriknya ditulis oleh Dj Lin sendiri.



Komen di sini;

Isnin, Mei 21, 2012

LOGO

Tentu ada yang tertanya-tanya banyaknya logo fanclub Dj Lin..yang mana satu sebenarnya?. Ok, entry kali ni nak share info bersama logo-logo yang selalu ada di blog ini especially pada gambar-gambar Dj Lin dan gambar-gambar event fanclub Fan Dj Lin Cinta Mania. 

 LOGO RASMI FAN DJ LIN CINTA MANIA
 LOGO RASMI SURIA CINTA MANIA  PERSONA CINTA ANDA
 LOGO RASMI NUREEN'S BEAUTY (DJ LIN DUTA NUREEN'S)


LOGO RASMI OFFICIAL PHOTOGRAPHER DJ LIN
TebuPhotography Nazrul


PLEASE NOTE THAT ALL PHOTOS ARE SOLELY OWNED BY TEBUPHOTOGRAPHY AND CAN ONLY BE USED WITH STRICT PERMISSION FROM HIM. YOU'RE NOT ALLOWED TO DOWNLOAD, TO STORE, TO COPY. TO REPRODUCE, TO USE OR TO MODIFY THE IMAGES IN ANY WAY, ALONE OR IN ANY OTHER CONTEXT, WITHOUT THE WRITTEN PERMISSION, INBOX OR EMAIL IN ADVANCE. TQ

Wajah Organisasi Terkini Fan Dj Lin Cinta Mania

Inilah team baru AJK Fan Dj Lin Cinta Mania. Diharapkan agar Fan Dj Lin Cinta Mania terus bergerak maju demi menjayakan banyak aktiviti kelab.

Promosi Hebat

Dapatkan produk-produk Fan Dj Lin Cinta Mania seperti t-shirt, mug eksklusif dan produk Nureens Beauty pada harga hebat.

Ahad, Mei 13, 2012

Dj Lin di Metro 13hb Mei 2012

Selamat Hari Ibu team Fan Dj Lin Cinta Mania ucapkan kepada semua ibu di luar sana. Bersempena dengan Hari Ibu ini juga, Dj Lin muncul dalam akhbar Harian Metro 13hb Mei 2012..(METRO AHAD 13.05.12 TERIMA KASIH KEPADA WARTAWAN AMIRUL HASWENDY ASHARI)



Khamis, Mei 10, 2012

Video Gambar Bowling Piala Dj Lin

Video gambar yang diambil semasa berlangsungnya Pertandingan Bowling Piala Dj Lin pada 5hb Mei 2012 yang lalu. Harap semua enjoy menonton video ini.



Komen di sini:

Isnin, Mei 07, 2012

Bowling Piala Dj Lin bersama Fans

5hb Mei 2012 yang lalu bertempat di Pin Junction @ E-Curve, Fan Dj Lin Cinta Mania telah menganjurkan Bowling Piala Dj Lin buat julung kalinya. Event ini telah dihadiri ramai peminat Dj Lin terdiri daripada peminat-peminat lama yang masih setia juga para peminat baru. Tak kisahlah lama atau baru yang pentingnya Bowling Piala Dj Lin bersama peminat sangat BEST dan happening.. Jom kita scroll ke bawah untuk view apa ceritanya di sepanjang event Bowling Piala Dj Lin ni..
1st shot of course gambar Presiden Cinta Mania iaitu DJ Lin bersama banner terbaru.

Yang ni pula antara para peminat baru yang telah hadir memeriahkan event pada kali ni. Selamat menyertai Fan Dj Lin Cinta Mania!!!


Artis kecil molek Amy Mastura juga secara kebetulan hadir di Pin Junction @ Curve meluangkan masa bersama keluarga beliau. Fans Dj Lin turut mengambil kesempatan bergambar bersama Amy Mastura..


Dj Lin juga turut membawa bersama putera kesayangan beliau, Nazreen ..Yang bestnya Nazreen juga turut memakai t-shirt Presiden Cinta Mania sebagai tanda sokongan pada ibunya (",)
Posing-posing fans sebelum event bermula



Sesi perkenalan dikendalikan oleh Dj Lin sendiri


Bergambar sebelum pertandingan bermula..


Bowling Piala Dj Lin bermula. Semua peserta bersemangat memperjuangkan kumpulan masing-masing.



Rehat dan menjamu selera di Pin Juncyion @ E-curve
 Inilah hadiah yang bakal menanti pemenang seperti yang telah dijanjikan..
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh abang JJ dari Suria Fm dan Dj Lin. Tahniah kepada semua pemenang.



Terima kasih kepada semua fans yang telah menjayakan event Bowling Piala Dj Lin. Jumpa kalian lagi di Bowling Piala Dj Lin tahun hadapan.



Jom komen di sini..