Selasa, Disember 11, 2012

Dj Lin dan AJK FDJLCM Meraikan Majlis Perkahwinan Pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus

Ahad, 9 Disember 2012 Dj Lin bersama 4 orang AJK Fan Dj Lin Cinta Mania telah ke Felcra Lembah Kesang Merlimau Melaka bagi meraikan majlis perkahwinan Hajar dan Firdaus yang merupakan pasangan yang bertemu jodoh melalui CHAT di Suria Cinta. 

Pasangan pengantin agak terdiam kerana terkejut dengan ketibaan kami yang tanpa disangka-sangka. Sebenarnya semuanya telah diaturkan dari awal lagi tanpa pengetahuan Hajar dan Firdaus melalui saudaranya Ba'a. Thanks to Ba'a..

Sanak saudara pengantin yang bergambar bersama Dj Lin

AJK bersama DJ Lin bergambar bersama pasangan pengantin.. Dari kiri Ezzad, Sue, Ika, Firdaus, Hajar, Ojan, dan Dj Lin

Dj Lin memberi ucapan sewaktu majlis perkahwinan 


Sempat lagi Dj Lin menghiburkan tetamu berduet lagu Broery Biar Bulan Berbicara..

Bergambar dan bersalam-salaman bersama keluarga tuan rumah sebelum berangkat pulang

Hadiah pemberian Dj Lin kepada pengantin berupa jam eksklusif Dj Lin

Inilah Ba'a yang mengaturkan pertemuan kami.. Ba'a juga turut menerima cenderahati daripada Dj Lin.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus, moga kekal bahagia ke akhir hayat.