Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Memaparkan catatan dengan label Dj Lin dan Fan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dj Lin dan Fan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 12, 2012

Temuramah Dj Lin bersama Pasangan Pengantin Hajar dan Firdaus

Jom  ikuti temuramah ringkas antara Dj Lin bersama pasangan pengantin Hajar dan Firdaus yang baru melangsungkan perkahwinan 9 Disember lalu. Hajar dan Firdaus merupakan pasangan Suria Cinta yang bertemu jodoh menerusi Chat di Suria..

Selasa, Disember 11, 2012

Dj Lin dan AJK FDJLCM Meraikan Majlis Perkahwinan Pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus

Ahad, 9 Disember 2012 Dj Lin bersama 4 orang AJK Fan Dj Lin Cinta Mania telah ke Felcra Lembah Kesang Merlimau Melaka bagi meraikan majlis perkahwinan Hajar dan Firdaus yang merupakan pasangan yang bertemu jodoh melalui CHAT di Suria Cinta. 

Pasangan pengantin agak terdiam kerana terkejut dengan ketibaan kami yang tanpa disangka-sangka. Sebenarnya semuanya telah diaturkan dari awal lagi tanpa pengetahuan Hajar dan Firdaus melalui saudaranya Ba'a. Thanks to Ba'a..

Sanak saudara pengantin yang bergambar bersama Dj Lin

AJK bersama DJ Lin bergambar bersama pasangan pengantin.. Dari kiri Ezzad, Sue, Ika, Firdaus, Hajar, Ojan, dan Dj Lin

Dj Lin memberi ucapan sewaktu majlis perkahwinan 


Sempat lagi Dj Lin menghiburkan tetamu berduet lagu Broery Biar Bulan Berbicara..

Bergambar dan bersalam-salaman bersama keluarga tuan rumah sebelum berangkat pulang

Hadiah pemberian Dj Lin kepada pengantin berupa jam eksklusif Dj Lin

Inilah Ba'a yang mengaturkan pertemuan kami.. Ba'a juga turut menerima cenderahati daripada Dj Lin.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus, moga kekal bahagia ke akhir hayat.



Isnin, Ogos 27, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Dalam kemeriahan menyambut Syawal jangan kita lupa memanjatkan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama ini. Semoga Malaysia kekal aman dan bertambah maju. Selamat Hari Merdeka diucapkan kepada semua pembaca blog Fan Dj Lin Cinta Mania.



Isnin, Ogos 20, 2012

Selamat Hari Raya


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI TEAM FAN DJ LIN CINTA MANIA. AMPUN MAAF DIPINTA JIKA ADA SALAH DAN SILAP.


Jumaat, Julai 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Pergi ke pasar membeli mangga,
Dibuat sambal segar rasanya,
Esok harinya kan tiba,
Puasa Ramadhan rukun ketiga.

Fan Dj Lin Cinta Mania ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan melaksanakan ibadah khasnya kepada semua umat muslimin dan muslimat juga para peminat Dj Lin dan rakan-rakan fans yang sentiasa bersama kami. Moga Ramadhan yang hadir membawa keberkatan yang melimpah ruah kepada semua. 


Komen di sini;

Khamis, Mei 10, 2012

Video Gambar Bowling Piala Dj Lin

Video gambar yang diambil semasa berlangsungnya Pertandingan Bowling Piala Dj Lin pada 5hb Mei 2012 yang lalu. Harap semua enjoy menonton video ini.



Komen di sini:

Isnin, Mei 07, 2012

Bowling Piala Dj Lin bersama Fans

5hb Mei 2012 yang lalu bertempat di Pin Junction @ E-Curve, Fan Dj Lin Cinta Mania telah menganjurkan Bowling Piala Dj Lin buat julung kalinya. Event ini telah dihadiri ramai peminat Dj Lin terdiri daripada peminat-peminat lama yang masih setia juga para peminat baru. Tak kisahlah lama atau baru yang pentingnya Bowling Piala Dj Lin bersama peminat sangat BEST dan happening.. Jom kita scroll ke bawah untuk view apa ceritanya di sepanjang event Bowling Piala Dj Lin ni..
1st shot of course gambar Presiden Cinta Mania iaitu DJ Lin bersama banner terbaru.

Yang ni pula antara para peminat baru yang telah hadir memeriahkan event pada kali ni. Selamat menyertai Fan Dj Lin Cinta Mania!!!


Artis kecil molek Amy Mastura juga secara kebetulan hadir di Pin Junction @ Curve meluangkan masa bersama keluarga beliau. Fans Dj Lin turut mengambil kesempatan bergambar bersama Amy Mastura..


Dj Lin juga turut membawa bersama putera kesayangan beliau, Nazreen ..Yang bestnya Nazreen juga turut memakai t-shirt Presiden Cinta Mania sebagai tanda sokongan pada ibunya (",)
Posing-posing fans sebelum event bermula



Sesi perkenalan dikendalikan oleh Dj Lin sendiri


Bergambar sebelum pertandingan bermula..


Bowling Piala Dj Lin bermula. Semua peserta bersemangat memperjuangkan kumpulan masing-masing.



Rehat dan menjamu selera di Pin Juncyion @ E-curve
 Inilah hadiah yang bakal menanti pemenang seperti yang telah dijanjikan..
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh abang JJ dari Suria Fm dan Dj Lin. Tahniah kepada semua pemenang.



Terima kasih kepada semua fans yang telah menjayakan event Bowling Piala Dj Lin. Jumpa kalian lagi di Bowling Piala Dj Lin tahun hadapan.



Jom komen di sini..

Isnin, Mac 19, 2012

"Cinta Kura-Kura" bersama Dj Lin dan fans

Thanks a lot buat semua fans yang sudi meluangkan masa menonton wayang Cinta Kura-Kura bersama DJ Lin dan fanclub Dj Lin Cinta Mania pada 17 Mac 2012 yang lalu. Kemaafan dipinta dari pihak AJK yang tidak dapat hadir meluangkan masa bersama-sama atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, sweet moment anda menonton wayang bersama Dj Lin tetap diingati di blog ini. Terima kasih juga kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Nureen's Beauty iaitu Pn.Ina dan En.Rafi yang sudi datang meluangkan masa dan menyokong Dj Lin.










Jumaat, Januari 27, 2012

Tahniah BUDIEY.COM

Fan Dj Lin Cinta Mania mengucapkan tahniah kepada Budiey.com yang menyambut ulangtahun ke-5 baru-baru ni. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana turut mengundang Dj Lin sebagai host pada parti ulangtahun tersebut. Tak ketinggalan juga fans dj lin yang sama-sama sertai parti ulangtahun Budiey datang memeriahkan suasana. Jom kita view gambar-gambar menarik yang diambil oleh abam photographer rasmi Dj Lin tak lain tak bukan Mr.TebuPhotography Nazrul..thanks a lot abam.





Tak puas eh tengok gambar-gambar di atas..so nak view yang extra large anda boleh ke fanpage Dj Lin di link ini : Album Parti Ulangtahun Budiey.com

Budiey juga turut menjadi tetamu di segmen Suria Cinta Suria FM pada 18hb Januari yang lalu. Untuk melihat gambar-gambar Dj Lin dan saudara Budiey sewaktu di konti anda boleh ke link ini : Budiey @ Suria Cinta Suria FM

Sebagai tanda sokongan kami; Fan Dj Lin Cinta Mania sama-sama mengajak semua readers blog ini juga fans Dj Lin untuk klik LIKE di fanpage Budiey.com. Jom klik LIKE di sini : BUDIEY.COM 

Dj Lin Suria Cinta Suria FM bergambar bersama saudara Budiey


Tinggalkan komen anda:

Isnin, Disember 12, 2011

Majlis Tahlil dan Pindah Rumah Baru

Syukur Alhamdulillah, Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah selamat berpindah ke rumah baru pada bulan Disember 2011.Bersempena dengan itu, Dj Lin bersama keluarga telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat pada 11hb Disember 2011,hari Ahad. Barisan AJK Fan Dj Lin bersama peminat yang berdekatan sempat meluangkan masa memenuhi jemputan ke rumah baru Dj Lin. Majlis bacaan Yasin dan tahlil bermula selepas Isyak diketuai oleh ahli lembaga masjid di perumahan tersebut. 

Makanan yang dihidang adalah nasi beriyani beserta set lauk pauknya 100% resepi dari ibu Dj Lin sendiri. Sangat sedap sehingga menjilat jari dan kalau you alls nak tau ibu Dj Lin pakar dalam membuat rempah beriyani dan rempah beriyaninya sentiasa mendapat tempahan di Johor.




Fan Dj Lin Cinta Mania mengucapkan tahniah selamat berpindah ke rumah baru dan ucapan terima kasih atas jemputan ke majlis kesyukuran ini. Semoga rezeki Dj Lin dan anak-anak semakin bertambah dan diberkati Allah, InsyaAllah..

*Gambar-gambar adalah sentuhan eksklusif TebuPhotography Nazrul; Dj Lin's official photographer