Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Memaparkan catatan dengan label Fans Dj Lin at Suria FM events. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fans Dj Lin at Suria FM events. Papar semua catatan

Rabu, Januari 18, 2012

Sekitar Azura Movie Promo Tour di Plaza Angsana JB

Semua gambar yang ada dalam video ni diambil sekitar Azura Movie promo Tour yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru pada 14hb-15hb Januari yang lalu..Selamat menonton dan anda boleh juga ke Channel Youtube Fan Dj Lin Cinta Mania untuk melihat video-video lain.




JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Ahad, Januari 15, 2012

Azura Movie Promo Tour 15/1/2012

Hai semua fans Dj Lin. Ni nak sambung entry untuk Azura Movie Promo Tour untuk date 15/1/2012. So event 15/1 bermula awal sikit lebih kurang jam 2 petang di tempat yang sama iaitu di ruang legar Plaza Angsana JB. Hos nya masih juga sama iaitu Dj Lin dan abang JJ Suria FM.
Menampilkan persembahan artis2 Luncai Emas sama seperti semalam,event pada hari ini lebih istimewa kerana ada barisan pelakon filem Azura; Bonda Afida Es dan pelakon baru Nini Marlini. Pengarah filem tersebut iaitu abang Aziz M.Osman juga turut hadir tapiii hero dan heroin filem ni iaitu Shah Jaszle dan Neelofa tak dapat hadir. 
Lebih menarik lagi bila ada cabutan nombor bertuah. Hadiah2 nya cukup best antaranya tiket tayangan gala filem Azura, handphone Blackberry Curve, dan Samsung Galaxy Tab. Untung badan sape yang dapat tu..

Haa..ni lah orang yang bertuah pada hari tersebut. Tak sempat pula nak snap gambar2 diorang tapi gambar yang ni 'dipinjam' dari album kat fanpage Suria FM. You alls bolehlah jenguk2 dan klik LIKE di fanpage Suria FM.
ok,di akhir event ni ada sesi autograf bersama artis-artis Luncai Emas, pelakon filem Azura,abg Aziz M.Osman dan penyampai radio Suria FM iaitu Dj Lin dan abang JJ.
 Dan sebelum bersurai sesi bergambar beramai-ramai....

Ni antara fans yang datang dan membeli t-shirt love Suria Cinta.
Pada fans yang membeli t-shirt dan mug semalam dan hari ni, maaf sangat if tak upload gambar korang sebab tak menang tangan nak snap gambar. Ape2 pun kami di Fan Dj Lin Cinta Mania dan Dj Lin sendiri sangat menghargai anda.

Terima kasih banyak2 eh..pada yang belum dapatkan cepat2 dapatkan t-shirt dan mug eksklusif ni. Terhad dan kalau dah habis takda lagi dah.. 
Pstt...Sempat juga bergambar bersama abang Aziz M.Osman sambil jual t-shirt. Abang Aziz M.Osman siap tunjuk good lagi..so cepat dapatkan t-shirt ni sebelum habis. Untuk tempahan boleh refer link t-shirt










Sabtu, Januari 14, 2012

Azura Movie Promo Tour 14/1/2012

Azura 2012 merupakan sebuah filem arahan Aziz M.Osman yang bakal ditayangkan di pawagam pada 2hb Februari 2012. Suria FM sebagai radio rasmi filem ini telah mengadakan promo tour di beberapa lokasi pilihan di seluruh negara. So, pada 14hb dan 15hb Januari yang lalu Dj Lin dan abg JJ Suria FM telah menjayakan Azura Movie Promo Tour bersama barisan artis Luncai Emas dan penaja-penaja lain di Plaza Angsana Johor Bahru.
Antara aktiviti yang berlangsung di sana ialah pertandingan karaoke,persembahan artis Luncai Emas, pameran dan jualan di booth penaja, cabutan bertuah, juga mini game yang dikendalikan oleh Dj Lin dan abang JJ sendiri. Ok,gambar2 kat bawah ni pada hari ni 14hb Januari 2012.
 Dj Lin dan abg JJ
 Persembahan artis-artis Luncai Emas antaranya Qaleesya, Pita Hati, Ikhsan Ace (penyanyi lagu Azura), Mimi Sham, Heela, Kugiran di Tepi Pantai, Aryan Band dll.
Qaleesya
 Pita Hati
 hehe..tak ingat ni band ape..
 Ikhsan Ace
 Mimi Sham
Kugiran di Tepi Pantai
Boleh tahan juga vokal dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis-artis Luncai Emas ni. So bolehla dapatkan CD Soundtrack Filem Azura di promo tour movie yang akan datang ya..
 Antara game dan aktiviti yang dikendalikan oleh Dj Lin dan abg JJ selaku mc.



Fans Dj Lin yang turut hadir dan membeli T-shirt dan mug esklusif. Thanks a lot atas sokongan anda!!
Abg JJ, AK SuriaWheels Crew dan cousin Linda Onn (yg baju hijau tu) juga peminat setia Suria Cinta. Cousin Linda Onn siap beli 2 helai lagi baju t-shirt love Suria Cinta, satu warna pink dan satu lagi biru..cayalah bang!! terima kasih. 



JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)

Sabtu, November 26, 2011

Fan Dj Lin Cinta Mania di Ulangtahun Suria FM

Happy Birthday Suria FM yang ke-4!!! Sambutan Ceria 4 Tahun Suria FM telah diadakan di taman tema air Wet World Shah Alam pada hari Sabtu 26hb November 2011. Fan Dj Lin Cinta Mania yang bertuah memiliki 2 pas masuk  hasil penyertaan peraduan mereka di Suria FM tentunya tidak melepaskan peluang untuk hadir dan meriahkan suasana. Dj Lin juga turut berada di sana bersama para penyampai radio Suria FM yang lain. Memang terasa happy je semua bila tengok gambar-gambar yang di tag oleh AJK Fan Dj Lin iaitu Ojan untuk di post dalam entry blog ini. Tidak lupa juga pada team Fan Dj Lin yang menyumbangkan gambar ini ya. Moga semua happy selalu..









Isnin, Oktober 03, 2011

Fan Dj Lin di Konsert Kemuncak Raya Suria FM

Fan Dj Lin Cinta Mania tak lepaskan peluang untuk sama-sama meriahkan cuti hujung minggu ke Konsert Kemuncak Raya Suria FM pada 1 Oktober lalu. Apa yang best kitorang buat jualan t-shirt fanclub serta mug eksklusif hasil inspirasi Dj Lin. Ada juga produk lain yang semestinya bertemakan Suria Cinta..Nak view gambar-gambar kami sewaktu kat sana, scroll je ke bawah..

Team Fan Dj Lin di booth jualan, promosi yang terbaik!!
 with ojan and diela; nampak dah keletihan muka ms.blogger tapi yg penting happy!!
 Dj Lin setia di booth bersama-sama promosi t-shirt

Persembahan wayang kulit as pre-opening concert, cuba teka siapa tu ek?
 Dj Lin di pentas
Semua Dj-Dj Suria FM di pentas bersama Datuk Siti Nurhaliza
 Antara artis-artis yang membuat persembahan pada malam itu
 wah..ramainya...



Thanks to all fans yang setia dari awal sampailah ke tengah malam menjaga booth, promosi t-shirt, dan meriahkan suasana. Credit to Tebu yang ambil dan bagi gambar-gambar super cantik ni untuk letak dalam blog Fan Dj Lin..



Isnin, April 04, 2011

FAN DJ LIN CINTA MANIA MERIAHKAN SAMBUTAN 20 TAHUN HARIAN METRO

Siapa yang tak kenal dengan akhbar popular Harian Metro yang dah pun menyambut sambutan ulangtahunnya yang ke-20 baru-baru ini. Pelbagai acara telah berlangsung bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 26 dan 27hb Mac 2011.  

Selain Suria FM, empat lagi stesen radio popular iaitu Era FM, Hot FM, Sinar FM dan KL FM  turut serta dengan membawa team masing-masing untuk memeriahkan acara. Tarian senamrobik poco-poco antara acara menarik mengisi perjalanan Sambutan 20 tahun Harian Metro bermula jam 9 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tidak terbatas pada senam robik poco-poco bersama selebriti, Program Karnival/Konsert Terima Kasih Harian Metro 2011 telah berlangsung selama dua hari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 dan 27hb Mac 2011 (Sabtu dan Ahad) , turut menyenaraikan pelbagai aktiviti yang hebat. 

Fan Dj Lin Cinta Mania  turut hadir sama memeriahkan Sambutan 20 tahun Harian Metro, team kami memang sporting, dengan pakaian yang serba oren ber t-shirt Suria FM menunjukkan Fan Dj Lin Cinta Mania juga merupakan supporter kuat Suria FM. Syabas Fan Dj Lin Cinta Mania!!!
milkysmile