Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Memaparkan catatan dengan label Nureen's Beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nureen's Beauty. Papar semua catatan

Isnin, Mac 19, 2012

"Cinta Kura-Kura" bersama Dj Lin dan fans

Thanks a lot buat semua fans yang sudi meluangkan masa menonton wayang Cinta Kura-Kura bersama DJ Lin dan fanclub Dj Lin Cinta Mania pada 17 Mac 2012 yang lalu. Kemaafan dipinta dari pihak AJK yang tidak dapat hadir meluangkan masa bersama-sama atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, sweet moment anda menonton wayang bersama Dj Lin tetap diingati di blog ini. Terima kasih juga kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Nureen's Beauty iaitu Pn.Ina dan En.Rafi yang sudi datang meluangkan masa dan menyokong Dj Lin.










Khamis, Mac 15, 2012

Dj Lin DUTA Produk Nureen's Beauty

Sekalung UCAPAN TAHNIAH buat DJ Lin Suria Cinta Suria FM kerana telah terpilih sebagai Duta produk Nureen's Beauty. Majlis pelantikan Dj Lin sebagai duta Nureen's Beauty telah diadakan secara eksklusif di Dewan Multaqam, Maju Junction pada 14 Mac 2012 yang lalu. 

Nureen's Beauty yang terkenal dengan produk makanan tambahan berasaskan collagen serta set penjagaan kulit buat julung kalinya menampilkan Dj Lin sebagai duta sekaligus menyaksikan penglibatan Dj Lin dalam rangka promosi produk ini di pasaran.

Majlis yang berlangsung bukan sahaja memperkenalkan Dj Lin sebagai Duta produk malah Nureen's Beauty turut memperkenalkan 3 produk baru mereka iaitu SliiMBETZ, Mirifica Gold dan juga Gluta Collagen. 



Fan Dj Lin Cinta Mania percaya pelantikan Dj Lin dijangka mampu menjadi platform terbaik bagi memperkukuhkan lagi jenama Nureen's Beauty kerana kami barisan AJK dan para peminat Dj Lin akan sentiasa menyokong dan membantu Dj Lin dalam kerjaya beliau. 

Penglibatan Dj Lin sebagai duta kereta Proton Persona turut dilihat memberi impak dan kejayaan besar. Para peminat dan penyokong Dj Lin di Facebook dan blog fanclub FAN DJ LIN CINTA MANIA semakin bertambah dari sehari ke sehari. Syabas Dj Lin!!

Untuk entry yang akan datang blog fanclub Dj Lin akan berkongsi story dan gambar di majlis pelantikan Dj Lin sebagai duta Nureen's Beauty. Nantikan  juga entry berkaitan 3 produk terbaru Nureen's Beauty yang sangat eksklusif. 

Majlis Pelantikan Dj Lin sebagai Duta Nureen's Beauty

14 Mac 2012 telah berlangsungnya secara rasmi pelantikan Dj Lin Suria Cinta Suria FM sebagai duta produk Nureen's Beauty. Majlis pelancaran dan pelantikan tersebut telah berlangsung di Dewan Multaqam bertempat di Maju Junction. Entry kali ni nak berkongsi dengan semua pembaca blog fanclub Dj Lin suasana dan tentatif sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Majlis bermula sekitar jam 3 petang dimulai dengan ucapan emcee tak lain tak bukan abang JJ Suria FM

Ucapan Pengasas dan Pengarah Nureen's Beauty; En.Rafi
Dj Lin turut menyampaikan ucapan rasmi dalam majlis pelantikan beliau sebagai duta

Pelancaran dan pelantikan Dj Lin sebagai Duta Nureen's Beauty telah disempurnakan oleh Pengasas Nureen's iaitu Pn.Ina

Nureen's Beauty turut melancarkan 3 produk terbaru iaitu Sliimbeltz,Mirifica Gold dan Gluta Collagen. 
Sidang media yang berlangsung


Antara screencap dari album Pelantikan Dj Lin Sebagai Duta Nureen's Beauty
TERIMA KASIH KPD SEMUA YG TERLIBAT SCR LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG:
OFFICIAL PHOTOGRAPHER: TEBUPHOTOGRAPHY
PENGASAS DAN PENGARAH URUSAN NUREEN'S BEAUTY: PN. INA & EN.RAFI
MAKE UP ARTIST: KAK SAI
DESIGNER DAN PENAJA UTAMA BUSANA: RAFFIEY NASIR & (BUTIK DEWI SOFIEA) DATO DR HAMZAKI HJ HAMZAH
DESIGNER KOTAK, BANTING, ETC: IZMI DAN FAQRUL SURIA FM