Khamis, Mac 15, 2012

Dj Lin DUTA Produk Nureen's Beauty

Sekalung UCAPAN TAHNIAH buat DJ Lin Suria Cinta Suria FM kerana telah terpilih sebagai Duta produk Nureen's Beauty. Majlis pelantikan Dj Lin sebagai duta Nureen's Beauty telah diadakan secara eksklusif di Dewan Multaqam, Maju Junction pada 14 Mac 2012 yang lalu. 

Nureen's Beauty yang terkenal dengan produk makanan tambahan berasaskan collagen serta set penjagaan kulit buat julung kalinya menampilkan Dj Lin sebagai duta sekaligus menyaksikan penglibatan Dj Lin dalam rangka promosi produk ini di pasaran.

Majlis yang berlangsung bukan sahaja memperkenalkan Dj Lin sebagai Duta produk malah Nureen's Beauty turut memperkenalkan 3 produk baru mereka iaitu SliiMBETZ, Mirifica Gold dan juga Gluta Collagen. 



Fan Dj Lin Cinta Mania percaya pelantikan Dj Lin dijangka mampu menjadi platform terbaik bagi memperkukuhkan lagi jenama Nureen's Beauty kerana kami barisan AJK dan para peminat Dj Lin akan sentiasa menyokong dan membantu Dj Lin dalam kerjaya beliau. 

Penglibatan Dj Lin sebagai duta kereta Proton Persona turut dilihat memberi impak dan kejayaan besar. Para peminat dan penyokong Dj Lin di Facebook dan blog fanclub FAN DJ LIN CINTA MANIA semakin bertambah dari sehari ke sehari. Syabas Dj Lin!!

Untuk entry yang akan datang blog fanclub Dj Lin akan berkongsi story dan gambar di majlis pelantikan Dj Lin sebagai duta Nureen's Beauty. Nantikan  juga entry berkaitan 3 produk terbaru Nureen's Beauty yang sangat eksklusif.