Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.

Khamis, Disember 13, 2012

Dengarkan Suara Dj Lin di TwitTalk Celebrity

MULAI HARI INI, ANDA BUKAN SAHAJA BOLEH MEMBACA TWEET YANG DJ  LIN UPDATE DI TWITTER TAPI ANDA KINI BOLEH MENDENGAR SUARA DJ LIN BERKONGSI AKTIVITI HARIAN BERSAMA PEMINAT. (BUAT PENGGUNA CELCOM SAHAJA) JOM FOLLOW DENGAN CARA: 

Short code : SMS “dj Lin” send to 22001 

manakala untuk Long code : 
1) Dail * 22001 
2) Tekan 1 untuk daftar selebriti 
3) Tekan 9 untuk selebriti yang lain 
4) Tekan 1 untuk memilih nama selebriti A hingga E 
5) Tekan 6 untuk DJ Lin. 

DENGARKAN SUARA DJ LIN DI TWITTALK CELEBRITY...


Mencari Cinta menerusi CHAT di SURIA CINTA

Mereka telah bertemu jodoh melalui ruangan Suria Cinta di Suria FM, anda bila lagi? Jika anda ingin mencari cinta, jom ON CHAT anda di Suria Cinta dan dengarkan bicara Dj Lin setiap hari Ahad-Jumaat bermula jam 11 malam sehingga 2 pagi.


Ikuti langkah berikut untuk CHAT di Suria;

CARI CINTA: Untuk mencari kenalan dan pasangan. 
Aktifkan Chat dengan menaip ON SURIA, hantar ke 33988 Taipkan SURIA Butiran Diri dan Ciri Pasangan dan hantar ke 33988. 

Untuk sebarang aplikasi SMS di Suria, pastikan anda telah mendaftar sebagai VIP SuriaCaranya ialah;
 VIP (jarak) NAMA PENUH (jarak) NO MYKAD hantar ke 33988

Rabu, Disember 12, 2012

Temuramah Dj Lin bersama Pasangan Pengantin Hajar dan Firdaus

Jom  ikuti temuramah ringkas antara Dj Lin bersama pasangan pengantin Hajar dan Firdaus yang baru melangsungkan perkahwinan 9 Disember lalu. Hajar dan Firdaus merupakan pasangan Suria Cinta yang bertemu jodoh menerusi Chat di Suria..

Selasa, Disember 11, 2012

Dj Lin dan AJK FDJLCM Meraikan Majlis Perkahwinan Pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus

Ahad, 9 Disember 2012 Dj Lin bersama 4 orang AJK Fan Dj Lin Cinta Mania telah ke Felcra Lembah Kesang Merlimau Melaka bagi meraikan majlis perkahwinan Hajar dan Firdaus yang merupakan pasangan yang bertemu jodoh melalui CHAT di Suria Cinta. 

Pasangan pengantin agak terdiam kerana terkejut dengan ketibaan kami yang tanpa disangka-sangka. Sebenarnya semuanya telah diaturkan dari awal lagi tanpa pengetahuan Hajar dan Firdaus melalui saudaranya Ba'a. Thanks to Ba'a..

Sanak saudara pengantin yang bergambar bersama Dj Lin

AJK bersama DJ Lin bergambar bersama pasangan pengantin.. Dari kiri Ezzad, Sue, Ika, Firdaus, Hajar, Ojan, dan Dj Lin

Dj Lin memberi ucapan sewaktu majlis perkahwinan 


Sempat lagi Dj Lin menghiburkan tetamu berduet lagu Broery Biar Bulan Berbicara..

Bergambar dan bersalam-salaman bersama keluarga tuan rumah sebelum berangkat pulang

Hadiah pemberian Dj Lin kepada pengantin berupa jam eksklusif Dj Lin

Inilah Ba'a yang mengaturkan pertemuan kami.. Ba'a juga turut menerima cenderahati daripada Dj Lin.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Suria Cinta Hajar dan Firdaus, moga kekal bahagia ke akhir hayat.



Ahad, Disember 02, 2012

Ayat-ayat Motivasi DJ Lin

Selain madah-madah cinta, Dj Lin juga selalu memberikan ayat-ayat yang memberi motivasi dan membangkitkan semangat. Ini antara ayat-ayat motivasi beliau yang telah dikumpul. Moga menjadi pembakar semangat anda untuk meneruskan perjuangan demi mencapai impian..

  1. BERSIHKAN HATI DARI SIFAT DENGKI PASTI BERKAT PERJUANGAN DIRI. IKHLASKAN DIRI HARUNGI TIAP LIKUAN HIDUP INI PASTIKAN ADA GANJARAN DARI ILLAHI. USAH CEMBURU PADA KEJAYAAN INSAN, SEWAJARNYA JADIKAN INSPIRASI UTK PASTIKAN IMPIAN BERTUKAR KENYATAAN. USAH PEDULI PADA USIKAN, HAYUNKAN LANGKAH DI MEDAN PERJUANGAN MOGA TUAH & KEJAYAAN SELALU DI GENGGAMAN. 

  2. ALLAH ITU LEBIH MENGETAHUI APA ISI HATI. JUJUR PADA DIRI JUGA PADA INSAN DI SEKELILING YANG MENCORAKKAN LAKONAN DI PENTAS KEHIDUPAN INI. TAWAKKAL DAN BERSABAR.TERUS BERJUANG MOGA ADA BAHAGIA MENANTI DISATU MASA NANTI 

  3. ADA YANG MEMUJI ADA YANG MENGEJI. ADA YANG BERLAKON DIPENTAS DUNIA INI, SEAKAN IKHLAS TIKA BERTENTANG MATA, MANIS TUTUR KATA TIKA BERBICARA NAMUN MENGATA DAN MENCERCA TIKA DI BELAKANG KITA. ITULAH LUMRAH MANUSIA. SENTIASA INGATKAN DIRI JADI INSAN TERBAIK WALAU DIMANA PUN BERADA DAN USAH DILUPA DARI MANA ASAL USUL KITA

  4. REZEKI ITU DARI ALLAH. TIKA IA TIBA TAKKAN ADA SIAPA DIANTARA KITA MAMPU MENGHALANGNYA BIARPUN PELBAGAI PERSEPSI YANG DIBERI BIARPUN PELBAGAI CERITA YANG DIJAJA NAMUN PERCAYALAH ALLAH MAHA MENGETAHUI MENGAPA KITA YANG MENJADI PILIHANNYA.SENTIASA UCAPKAN ALHAMDULILLAH & SYUKUR DI ATAS RAHMAT DAN KURNIANYA.


Anda ada ayat motivasi sendiri yang menjadi pembakar semangat anda?? Jom kongsikan disini..