Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.

Jumaat, November 30, 2012

Ikon Wanita Muda 2012- Anugerah Kesatria Puteri Penyiaran Radio, Dj Lin di Harian Metro 30/11/2012



Hadiah Hari Lahir terindah buat Dj Lin pada tahun ini apabila dinobatkan sebagai Kesatria Puteri Penyiaran Radio. Moga rezeki Dj Lin bertambah murah. Terima kasih kepada wartawan Metro, Nor Akmar Samudin.

Ahad, November 25, 2012

Dato' Siti, Dj Lin & Pandelela antara penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012

Tahniah diucapkan kepada ikon Wanita Muda, Dj Lin Suria Cinta Suria FM atas penerimaan Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio. Dj Lin merupakan salah seorang daripada 12 IKON Wanita Muda yang telah menerima trofi penganugerahan di pentas Dewan Tun Razak PWTC pada hari ini . Majlis penganugerahan yang bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Penganugerahan ini membuktikan kesungguhan Dj Lin dalam karier beliau sebagai salah satu wadah untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. 
Dj Lin sedang ditemubual oleh Team Astro Awani sebaik selepas menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 (Kesatria Puteri Penyiaran Radio). Terima kasih kepada Astro Awani. 


Wartawan Zuan Melodi turut menemubual Dj Lin sebaik sahaja beliau menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 di PWTC sebentar tadi


Dj Lin sewaktu menerima Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio daripada YAB Dato' Sri Najib Tun Abd.Razak
 

12 IKON Wanita Muda Negara 2012

DJ Lin turut bergambar bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong yang turut menerima Anugerah Ikon Wanita Muda Negara. Dato' Siti Nurhaliza penerima anugerah dalam kategori Kesenian manakala Pandelela menerima anugerah dalam kategori Sukan. Tahniah buat mereka bertiga!



Syabas dan Tahniah Dj Lin ! dari pihak AJK dan semua kelab peminat Dj Lin di seluruh tanah air. Untuk melihat gambar-gambar lain, anda boleh ke fanpage rasmi Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Sertakan Ucapan tahniah anda untuk Dj Lin di sini...Gambar adalah HakCipta Terpelihara TebuPhotography dan Blog Rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania

Sabtu, November 24, 2012

Ayat-ayat Cinta Dj Lin (updated until 21/11/2012)

65. Tika ku sendirian, melayang ingatan terimbau kenangan. Indahnya saat itu waktu kau disampingku. Bertahun menyulam cinta kuharungi segala suka dan duka, banyak yang telah kulakukan atas nama cinta. 
Ku patri setia, ku pendamkan kecewa, ku telan segala derita yg kau cipta demi menjaga cinta kita. Namun kecundang jua akhirnya! Kau tinggalkan aku demi dia...sampai hatimu hancurkan impianku. Kau terus berlalu dgn nada bisu tinggallah aku sendiri merawat luka nan pilu hingga kini kau tetap dalam anganku

66. Sejujurnya ku akui, hanya kau insan yg ku cintai. Sejak kita bertemu hingga ke saat ini, rasa cinta kian menguntumkan serinya, tanpamu sepi terasa, detik tika berdua sentiasa menghiasi ruang minda, ku impikan untuk jadi permaisuri hatimu agar dapat ku merasai hidup bersama insan yang aku cintai meskipun hanya untuk sekali selagi nafas ini belum terhenti!

67. Satu persatu ku jalani bagi mengisi kekosongan hati. Agar lenyap segala sunyi dan berlalu debu sepi. Aku bersyukur kerna masih memiliki keluarga serta teman teman yg sentiasa ada di sisi tika ku mengharungi hidup bersendiri setidak tidaknya aku mengerti banyak yang ku pelajari sepanjang merentasi arus kehidupan ini

68. Hidup ini mmg byk dugaan tapi kita sbg insan harus ada kelebihan kerna itulah yg mmbezakan. Bg lin, wang bukanlah taruhan tapi budi bahasa yang kita pamerkan. Usahlah kita bangga dgn pencapaian sebaliknya bersyukurlah! Merendah diri itu tak rugi malah membuatkan kita diingati hingga sampai ke akhir nanti...

69. Aku bukanlah hartawan, bukan juga jelitawan. Aku juga bukan sasterawan malah jauh sekali dibayangi keegoan. Aku adalah aku seorang insan yg banyak kelemahan. Hidup dlm serba kesederhanaan namun yg pasti aku sentiasa berjuang dimedan kehidupan dengan diiringi kesungguhan, ketabahan, kecekalan jua kekuatan akal dan fikiran...

70. Tika dugaan tiba, baru ku tahu hakikat hidup nan sebenarnya. baru ku kenal siapa yang setia siapa pula yang bertopengkan lakonan di pentas dunia. sakit terasa pabila umpatan, kejian serta tohmahan dilemparkan dari teman2 yang berdekatan yang ketika berhadapan manis sungguh senyuman yang dilemparkan. namun semua itu tak ku peduli kerna yang ku tahu, diketika dugaan menghimpit diri, hanya aku sendirian berjuang membela nasib diri berbekalkan keikhlasan, berbantalkan pengorbanan, berselimutkan ketabahan serta kecekalan.

71. Disebalik dugaan yang melanda, pasti ada cerita bahagia buat kita. disebalik linangan airmata, pasti ada senyuman manis nan terukir dibibir kita, disebalik derita yang tiba, pastikan ada detik gembira yang melenyapkan seketika segala duka dan sengsara yang sedang kita rasa. alhamdulillah!...aku bersyukur sentiasa di atas apa jua ketentuanmu kerna ku tahu pasti kan ada rahmatnya buatku...

72. Wanita! jasamu dikenang tuk selamanya, pengorbananmu terlalu besar ertinya. kaulah cendikiawan, kaulah isteri, kaulah ibu, kaulah penawar dikala sepi, kaulah penghibur dikala sunyi. kecekalanmu tidak terbanding, semangat juangmu menjadi pendinding. kaulah bintang yang menyinari kegelapan hati jua pencetus inspirasi disebalik kejayaan seorang lelaki...terima kasih duhai wanita!

73. Wanita! kaulah inspirasi tiap jejaka. pesonamu bisa meruntun jiwa, deraian airmatamu mencairkan hati tiap yang melihatnya. kelembutanmu membuat kau dipandang sempurna, dibalik tawa, ada kisah duka yang tak tercerita.


Jumaat, November 23, 2012

Dj Lin - Penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio

25hb November ini bertempat di PWTC bakal menyaksikan Dj Lin naik ke pentas bagi menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Majlis penganugerahan yang diadakan bersempena dengan Majlis Himpunan Wanita Muda Negara dan dijangkakan 10 ribu wanita akan membanjiri PWTC pada Ahad ini. Jom beramai-ramai ke sana dan meriahkan lagi Himpunan Wanita Negara. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan sama-sama kita ucapkan tahniah kepada Dj Lin atas penganugerahan tersebut. Dj Lin akan memperagakan busana ciptaan Zeed Jamil dari Butik Dewi Sofiea sewaktu menerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012. 


Undi DJ Lin sebagai Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Tahniah Dj Lin kerana tercalon dalam senarai pencalonan Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian!. Kelab Peminat Dj Lin melalui Fan Dj Lin Cinta Mania akan terus menyokong Dj Lin dan mengundi beliau bagi memenangi kategori Penyampai Radio Wanita Popular pada tahun ini. Diharapkan Dj Lin akan dinobatkan sebagai pemenang pada tahun ini dalam anugerah berprestij tersebut. Oleh itu, diharapkan para peminat Dj Lin di luar sana dapat menyokong dan mengundi Dj Lin dengan membeli akhbar Berita Harian setiap hari sehingga 26hb Disember ini. Isi borang undian yang terdapat dalam ruangan akhbar Berita Harian dan jangan lupa pangkah di kategori Penyampai Radio Wanita Popular di ruangan nombor 7; Dj Lin Suria seperti dalam gambar yang tertera di bawah.


Undian anda sangat bernilai dan jangan lupa pula untuk menghantar borang undian ini ke Berita Harian sebelum 31hb Disember. Terima kasih atas sokongan anda. Anda juga boleh ke fanpage Facebook Kelab Peminat Dj Lin-Abpbh 2012 dan LIKE page tersebut. Jutaan terima kasih kepada para peminat yang telah menubuhkan page khas ini. Sebagai tanda sokongan anda juga boleh menjadikan gambar di bawah sebagai cover photo timeline anda; 

Hanya klik kanan dan 'save image as' di desktop anda, kemudian 'change cover' yang terdapat di FB timeline anda kepada gambar yang telah anda save tadi..upload gambar tersebut dan 'save changes'. Mudah saja..

Lihat, saya dah pun tukar cover photo timeline saya..:p

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!!!

Selasa, November 13, 2012

Jam Dinding Eksklusif Dj Lin

Dapatkan JAM DINDING EKSKLUSIF memuatkan gambar & tandatangan Dj Lin. Harga cuma RM30 sahaja. (harga termasuk kos penghantaran sekitar semenanjung RM38) manakala untuk Sabah & Sarawak RM40. Bank-in kan duit ke akaun Maybank 112214059298 (Tuan Auzan Tuan Kamaluddin). Jika dah bank in, call 013-3862083. Hantarkan alamat lengkap dan nama penuh beserta butiran pembayaran anda.