Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Memaparkan catatan dengan label Upcoming Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Upcoming Event. Papar semua catatan

Jumaat, November 23, 2012

Dj Lin - Penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio

25hb November ini bertempat di PWTC bakal menyaksikan Dj Lin naik ke pentas bagi menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 - Kesatria Puteri Penyiaran Radio yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Majlis penganugerahan yang diadakan bersempena dengan Majlis Himpunan Wanita Muda Negara dan dijangkakan 10 ribu wanita akan membanjiri PWTC pada Ahad ini. Jom beramai-ramai ke sana dan meriahkan lagi Himpunan Wanita Negara. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan sama-sama kita ucapkan tahniah kepada Dj Lin atas penganugerahan tersebut. Dj Lin akan memperagakan busana ciptaan Zeed Jamil dari Butik Dewi Sofiea sewaktu menerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012. 


Undi DJ Lin sebagai Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Tahniah Dj Lin kerana tercalon dalam senarai pencalonan Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian!. Kelab Peminat Dj Lin melalui Fan Dj Lin Cinta Mania akan terus menyokong Dj Lin dan mengundi beliau bagi memenangi kategori Penyampai Radio Wanita Popular pada tahun ini. Diharapkan Dj Lin akan dinobatkan sebagai pemenang pada tahun ini dalam anugerah berprestij tersebut. Oleh itu, diharapkan para peminat Dj Lin di luar sana dapat menyokong dan mengundi Dj Lin dengan membeli akhbar Berita Harian setiap hari sehingga 26hb Disember ini. Isi borang undian yang terdapat dalam ruangan akhbar Berita Harian dan jangan lupa pangkah di kategori Penyampai Radio Wanita Popular di ruangan nombor 7; Dj Lin Suria seperti dalam gambar yang tertera di bawah.


Undian anda sangat bernilai dan jangan lupa pula untuk menghantar borang undian ini ke Berita Harian sebelum 31hb Disember. Terima kasih atas sokongan anda. Anda juga boleh ke fanpage Facebook Kelab Peminat Dj Lin-Abpbh 2012 dan LIKE page tersebut. Jutaan terima kasih kepada para peminat yang telah menubuhkan page khas ini. Sebagai tanda sokongan anda juga boleh menjadikan gambar di bawah sebagai cover photo timeline anda; 

Hanya klik kanan dan 'save image as' di desktop anda, kemudian 'change cover' yang terdapat di FB timeline anda kepada gambar yang telah anda save tadi..upload gambar tersebut dan 'save changes'. Mudah saja..

Lihat, saya dah pun tukar cover photo timeline saya..:p

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!!!

Khamis, Oktober 04, 2012

Majlis Rumah Terbuka Fan Dj Lin Cinta Mania & Sambutan Ulangtahun Nazreen ke-9

Majlis Rumah Terbuka Fan DJ LIN Cinta Mania & Sambutan Ulang Tahun Nazreen yang ke-9" pada 14 Oktober ini di Bandar Baru Sentul akan menyaksikan kehadiran para peminat Dj Lin dari seluruh negara, anak-anak yatim, rakan-rakan artis dan wartawan. Anggaran tetamu adalah 300 orang. Turut mendapat tajaan kerusi dan meja daripada DUALARIS EVENT, 300 Burger daripada RAWANG BURGER BAKAR, hampir 100 set ayam RADIX FRIED CHICKEN (RFC) & Air Coffee RADIX, Hamper Eksklusif JAMU MAK DARA, 300 kotak Orange Juice PEEL FRESH, 1000 Cucuk SATE SAMURAI KAJANG dan banyak lagi. Kepada yang berminat untuk menyertai event ini, sila hubungi FRau ZAn di 017-2470473.


Rabu, April 25, 2012

Bowling Piala Dj Lin ditunda ke 5hb Mei 2012

Dimaklumkan kepada semua fans khasnya yang telah mendaftar untuk menyertai event Bowling bersama Dj Lin dan Fan Dj Lin Cinta Mania, event ini akan ditunda ke tarikh 5hb Mei 2012 pada hari Sabtu. Tempat dan bayaran adalah sama. Diharapkan agar fans yang ingin menyertai dapat membuat pembayaran dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 30hb April 2012. Memandangkan penyertaan setakat ini amat menggalakkan, pihak Fan Dj Lin Cinta Mania akan mengutamakan fans yang telah mendaftar dan sudah membuat pembayaran awal. Oleh itu diharapkan, rakan-rakan fans agar segera membuat pembayaran kerana tempat adalah terhad kepada 50 peserta awal. Sila hubungi/PM saudari Ieza Huri bagi tujuan pembayaran.



KOMEN ANDA

Khamis, Mac 29, 2012

Let's Bowling with Dj Lin..

Fan Dj Lin Cinta Mania mengajak semua para peminat dj Lin untuk sama-sama mengambil bahagian dan memeriahkan acara bowling match yang buat julung kalinya diadakan. Event ini akan berlangsung pada 28th April 2012 di Pin Junction e@curve Mutiara Damansara bermula jam 6 petang. Pembayaran RM25 sahaja untuk bayaran 1 kali makan dan 3 kali game. Untuk maklumat lanjut dan pembayaran awal atau 'booking' anda boleh menghubungi AJK Fan Dj Lin Cinta Mania iatu Frau Zan (0172470403) atau  Ieza Huri (0193170365). Jumpa anda di sana!!




Selasa, Disember 06, 2011

Jom meriahkan sambutan hari lahir DJ Lin!!!

TEMPAT: RED BOX RIA, SOGO KL.
TARIKH: 30 DIS 2011 (JUMAAT)
MASA: 6.00 PM
BAYARAN: RM35 SEORANG


TERHAD KEPADA 60 ORG SAHAJA!! CEPAT!!!


UTK TEMPAHAN TEMPAT, BOLEH HUBUNGI AJK DJ LIN
-sue earthbaby, frauzan, sue jay razak, ieza huri, wonderpet, siti zulaikha ataupun badrul hisyam. ^_^

Sabtu, Mac 12, 2011

JOM BERSANTAI DAN BERKELAH BERSAMA DJ LIN

Salam Suria Cinta untuk semua..salam cinta mania..
AJK Fan Dj Lin Cinta Mania akan menganjurkan aktiviti bersantai bersama Dj Lin bertempat di Rimba Jinbara, Kemensah berdekatan dengan Zoo Negara. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah berkelah sambil BBQ dan Karaoke, juga diadakan 'kongsi makan' atau potluck so bolehlah sesiapa fans yang join sharing sama-sama makanan yang dibawa bersama yang lain. Disediakan juga chalet untuk refresh dan kemudahan untuk anda menunaikan solat Zohor dan Asar. Sesiapa yang berminat sila contact Sue Earthbaby; 016-6320184. Penyertaan dan keutamaan terhad kepada 30 yang terawal sahaja, so jangan lepaskan peluang untuk anda berjumpa dengan kak lin. Event ini akan diadakan pada 2hb April 2011. Jangan lupa tarikh ni ya dan pangkah tarikh ni siap-siap untuk temujanji anda bersama Dj Lin dan Fan Dj Lin Cinta Mania, jumpa anda disana!!!!

Maklumat lanjut mengenai event ini boleh juga disemak di Facebook, sila klik link dibawah,
Bersantai bersama Dj Lin
 

Rabu, Februari 16, 2011

JOM JOIN BOWLING MATCH

Salam Suria Cinta, Event terbaru FAN DJ LIN CINTA MANIA adalah BOWLING MATCH. Sesiapa yang berminat untuk menyertai boleh Inbox Jejaka Sepi atau contact Rizal 017-2511876 untuk maklumat lanjut. Hanya 15 pemain yang kami perlukan bagi mewakili FAN DJ LIN CINTA MANIA vs pihak media.. Cepat maklumkan penyertaan anda sekiranya berminat, yok, JOM JOIN KAMI!!!!