Rabu, April 25, 2012

Bowling Piala Dj Lin ditunda ke 5hb Mei 2012

Dimaklumkan kepada semua fans khasnya yang telah mendaftar untuk menyertai event Bowling bersama Dj Lin dan Fan Dj Lin Cinta Mania, event ini akan ditunda ke tarikh 5hb Mei 2012 pada hari Sabtu. Tempat dan bayaran adalah sama. Diharapkan agar fans yang ingin menyertai dapat membuat pembayaran dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 30hb April 2012. Memandangkan penyertaan setakat ini amat menggalakkan, pihak Fan Dj Lin Cinta Mania akan mengutamakan fans yang telah mendaftar dan sudah membuat pembayaran awal. Oleh itu diharapkan, rakan-rakan fans agar segera membuat pembayaran kerana tempat adalah terhad kepada 50 peserta awal. Sila hubungi/PM saudari Ieza Huri bagi tujuan pembayaran.



KOMEN ANDA