Isnin, April 16, 2012

Fan Dj Lin Cinta Mania di Showcase Ahmad Dhani & T.R.I.A.D

15hb April 2012;Ahad, Fan Dj Lin Cinta Mania bersama Dj Lin meluangkan masa bersama-sama menyaksikan Showcase Ahmad Dhani & T.R.I.A.D bertempat di  Sixty 3 Club Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur.
Sedikit story mengenai T.R.I.A.D yang dikongsi bersama dari portal OhBulan! (Layari portal OhBulan yang banyak memaparkan berita hiburan dan fesyen dari Malaysia, Indonesia, Korea dan Hollywood)

T.R.I.A.D atau sebelum ini dikenali sebagai The Rock yang popular dengan lagu “Munajat Cinta” adalah dibawah pengurusan yang sama seperti Republik Cinta, Dewi Dewi dan Andra & The Backbone. Album pertama mereka ialah album yang berjudul Master Mister Ahmad Dhani I yang telah dilancarkan pada 30 Ogos 2007.


Sejarah awal kumpulan ini ditubuhkan apabila Ahmad Dhani yang ketika itu sedang merakamkan album disebuah studio di Australia. Disana, beliau bertemu dengan Clancy Alexander Tucker, gitaris kumpulan Fire Shark. Perbualan mereka telah bertukar serius apabila Ahmad Dhani merancang untuk bergabung bersama mereka dan tertubuhlah kumpulan The Rock. Namun pada waktu itu, Ahmad Dhani masih lagi bersama Dewa 19.


Pada tahun 2010, The Rock telah menukar nama kumpulan mereka secara rasmi kepada T.R.I.A.D. Ahli kumpulan mereka pula terdiri dari Ahmad Dhani, Ikmal, Icez, Mitcha, dan Tharaz. Album pertama T.R.I.A.D telah dlancarkan pada tahun 2010 dan mengandungi 11 buah lagu didalamnya.

Ini pula petikan dari portal hiburan Murai.com..(Layari Murai.com untuk berita sensasi tanah air dan gosip hiburan tekini)


KUALA LUMPUR, 14 APRIL2012: Buat julung kalinya, band rock, T.R.I.A.D yang diketuai oleh Ahmad Dhani bakal menggegarkan ibu kota menerusi persembahannya yang akan diadakan di Sixty3, Hotel Sheraton Imperial pada jam 9 malam, pada 15 April ini.
Band rock yang berasal dari Indonesia itu, dahulunya dikenali sebagai The Rock dan telah pun muncul dengan album pertama pada tahun 2012 dan popular menerusi lagu popular, Selir Hati.
Dibawa oleh Warner Music Malaysia dengan kerjasama Clockwork Events, persembahan yang diberi nama Ahmad Dhani & T.R.I.A.D. - Showcase itu bakal menyaksikan 11 buah lagu yang akan dipersembahkan secara live seperti Pasrah, Sedang Mikirin Kamu, Mama dan Benar Salah Dia Idolaku.
Mampu memuatkan hampir 500 penonton, persembahan itu nanti turut diserikan dengan penampilan istimewa daripada band indie rock, Tashya's Ink sebagai pembuka tirai.
Tashya's Ink bakal mendendangkan enam buah lagu kepada para penonton pada malam itu nanti.
Dalam pada itu, T.R.I.A.D. bakal melancarkan album pertama mereka sehari selepas konsert itu berlangsung untuk para peminat mereka di tempat sama......

Jom kita intai-intai pula apa yang Fan Dj Lin Cinta Mania buat kat sana..





Cantiknya Fan Dj Lin Cinta Mania menggayakan t-shirt terbaru fanclub semasa di Showcase Ahmad Dhani & T.R.I.A.D...

Fan Dj Lin Cinta Mania memang THE BEST!!

Ahmad Dhani pun promote juga t-shirt baru Fan Dj Lin Cinta Mania, Ayuh jom dapatkan tshirt panass ni sementara stok masih ada..jangan tunggu lagi..!!


Antara fans yang sentiasa mengikuti event..Ojan, Izzana dan Azie..thanks a lot


KOMEN ANDA