Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.

Khamis, Mac 29, 2012

Let's Bowling with Dj Lin..

Fan Dj Lin Cinta Mania mengajak semua para peminat dj Lin untuk sama-sama mengambil bahagian dan memeriahkan acara bowling match yang buat julung kalinya diadakan. Event ini akan berlangsung pada 28th April 2012 di Pin Junction e@curve Mutiara Damansara bermula jam 6 petang. Pembayaran RM25 sahaja untuk bayaran 1 kali makan dan 3 kali game. Untuk maklumat lanjut dan pembayaran awal atau 'booking' anda boleh menghubungi AJK Fan Dj Lin Cinta Mania iatu Frau Zan (0172470403) atau  Ieza Huri (0193170365). Jumpa anda di sana!!




Selasa, Mac 27, 2012

Dj Lin di akhbar Utusan Malaysia (Mega Hits)

DJ LIN (SURIA CINTA) SURIA FM dalam Utusan Malaysia (MEGA HITS) Selasa 27 Mac 2012. Terima kasih kepada Utusan Malaysia terutamanya kepada wartawan Kak Khadijah Ibrahim (Kak Jah).



Ahad, Mac 25, 2012

Artikel Pelantikan Dj Lin sebagai Duta Nureen's Beauty di KOSMO

Artikel ini daripada akhbar KOSMO, Ahad 25 Mac 2012 pada hari ini.Terima kasih kepada wartawan Tengku Suzana Raja Hamat.

Isnin, Mac 19, 2012

"Cinta Kura-Kura" bersama Dj Lin dan fans

Thanks a lot buat semua fans yang sudi meluangkan masa menonton wayang Cinta Kura-Kura bersama DJ Lin dan fanclub Dj Lin Cinta Mania pada 17 Mac 2012 yang lalu. Kemaafan dipinta dari pihak AJK yang tidak dapat hadir meluangkan masa bersama-sama atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, sweet moment anda menonton wayang bersama Dj Lin tetap diingati di blog ini. Terima kasih juga kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Nureen's Beauty iaitu Pn.Ina dan En.Rafi yang sudi datang meluangkan masa dan menyokong Dj Lin.










Ahad, Mac 18, 2012

Dj Lin with DMMA Artist and Media (Sing and Swing)

17 Mac 2012 bertempat di Pin Junction E@Curve, Mutiara Damansara,Dream Music Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti santai Sing & Swing bersama artis DMMA dan media. Dj Lin Suria Cinta Suria FM bersama selebriti – selebriti terkenal seperti Julfekar, Rahayudean, Endra, Keena, Arm dan Adzrin Adzhar, Halim Othman, Bob Ringgo serta wakil-wakil media telah berjalan dengan lancar.

Suasana sangat meriah kerana aktiviti ini turut menghimpunkan para peminat yang juga pelanggan bertuah Celcom berpeluang menguji kehandalan bermain bowling dan beramah mesra secara eksklusif bersama bintang – bintang terkenal. Apa kata jom kita view pics yang banyak dari photographer rasmi Dj Lin, Mr.TebuPhotography Nazrul khas untuk tatapan pembaca setia blog ini..Check it out..

Dj Lin Suria Cinta Suria FM bergambar bersama keratan akhbar yang memuatkan artikel beliau..moga rezeki Dj Lin semakin melimpah ruah
Bergambar anggun kak lin bersama bola bowling ;p

Banyak lagi gambar menarik yang anda boleh view di Facebook rasmi Dj Lin Suria Cinta Suria FM. Untuk ke album ini sila ke link berikut: Fanpage Dj Lin
Screencap album Dj Lin bermain bowling bersama DMMA artis dan media..lets SING and SWING...


Tahniah team Suria FM yang menang dan bergelar JUARA!..u alls really SING and SWING.. ;p

Jumaat, Mac 16, 2012

PANAZZ | Rezeki Pembuka Tahun 2012 DJ Lin

Baca artikel Dj Lin di Murai.com.my Klik link di bawah;
PANAZZ | Rezeki Pembuka Tahun 2012 DJ Lin

Khamis, Mac 15, 2012

Dj Lin DUTA Produk Nureen's Beauty

Sekalung UCAPAN TAHNIAH buat DJ Lin Suria Cinta Suria FM kerana telah terpilih sebagai Duta produk Nureen's Beauty. Majlis pelantikan Dj Lin sebagai duta Nureen's Beauty telah diadakan secara eksklusif di Dewan Multaqam, Maju Junction pada 14 Mac 2012 yang lalu. 

Nureen's Beauty yang terkenal dengan produk makanan tambahan berasaskan collagen serta set penjagaan kulit buat julung kalinya menampilkan Dj Lin sebagai duta sekaligus menyaksikan penglibatan Dj Lin dalam rangka promosi produk ini di pasaran.

Majlis yang berlangsung bukan sahaja memperkenalkan Dj Lin sebagai Duta produk malah Nureen's Beauty turut memperkenalkan 3 produk baru mereka iaitu SliiMBETZ, Mirifica Gold dan juga Gluta Collagen. 



Fan Dj Lin Cinta Mania percaya pelantikan Dj Lin dijangka mampu menjadi platform terbaik bagi memperkukuhkan lagi jenama Nureen's Beauty kerana kami barisan AJK dan para peminat Dj Lin akan sentiasa menyokong dan membantu Dj Lin dalam kerjaya beliau. 

Penglibatan Dj Lin sebagai duta kereta Proton Persona turut dilihat memberi impak dan kejayaan besar. Para peminat dan penyokong Dj Lin di Facebook dan blog fanclub FAN DJ LIN CINTA MANIA semakin bertambah dari sehari ke sehari. Syabas Dj Lin!!

Untuk entry yang akan datang blog fanclub Dj Lin akan berkongsi story dan gambar di majlis pelantikan Dj Lin sebagai duta Nureen's Beauty. Nantikan  juga entry berkaitan 3 produk terbaru Nureen's Beauty yang sangat eksklusif. 

Dj Lin di mStar Online: Deejay Lin Jadi Duta Produk Kerana 'Suria Cinta'

Baca artikel penuh Dj Lin di mStar Online : Deejay Lin Jadi Duta Produk Kerana 'Suria Cinta'

Majlis Pelantikan Dj Lin sebagai Duta Nureen's Beauty

14 Mac 2012 telah berlangsungnya secara rasmi pelantikan Dj Lin Suria Cinta Suria FM sebagai duta produk Nureen's Beauty. Majlis pelancaran dan pelantikan tersebut telah berlangsung di Dewan Multaqam bertempat di Maju Junction. Entry kali ni nak berkongsi dengan semua pembaca blog fanclub Dj Lin suasana dan tentatif sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Majlis bermula sekitar jam 3 petang dimulai dengan ucapan emcee tak lain tak bukan abang JJ Suria FM

Ucapan Pengasas dan Pengarah Nureen's Beauty; En.Rafi
Dj Lin turut menyampaikan ucapan rasmi dalam majlis pelantikan beliau sebagai duta

Pelancaran dan pelantikan Dj Lin sebagai Duta Nureen's Beauty telah disempurnakan oleh Pengasas Nureen's iaitu Pn.Ina

Nureen's Beauty turut melancarkan 3 produk terbaru iaitu Sliimbeltz,Mirifica Gold dan Gluta Collagen. 
Sidang media yang berlangsung


Antara screencap dari album Pelantikan Dj Lin Sebagai Duta Nureen's Beauty
TERIMA KASIH KPD SEMUA YG TERLIBAT SCR LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG:
OFFICIAL PHOTOGRAPHER: TEBUPHOTOGRAPHY
PENGASAS DAN PENGARAH URUSAN NUREEN'S BEAUTY: PN. INA & EN.RAFI
MAKE UP ARTIST: KAK SAI
DESIGNER DAN PENAJA UTAMA BUSANA: RAFFIEY NASIR & (BUTIK DEWI SOFIEA) DATO DR HAMZAKI HJ HAMZAH
DESIGNER KOTAK, BANTING, ETC: IZMI DAN FAQRUL SURIA FM

Ahad, Mac 04, 2012

Dj Lin di SteaQ Hub

Dj Lin Suria Cinta Suria FM meluangkan masa menjamu selera di restoran SteaQ Hub (SAS Corner) bertempat di Plaza Crystal Ville, Danau Kota Kuala Lumpur pada 1 Mac hari Khamis yang lalu. SteaQ Hub menyajikan western food dan steaq yang terbaik. Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini anda boleh melayari website SteaQ Hub http://steaqhub.com/ dan ke blog rasmi SteaQ Hub http://steaqhub.blogspot.com/ atau anda boleh juga ke fanpage Facebook SteaQ Hub 


SteaQ Hub membekalkan makanan ala barat sejuk beku yang halal dan berkualiti..jom view gambar Dj Lin ketika berada di Restoran SteaQ Hub.




Nak rasa SteaQ terbaik, kunjungilah SteaQ Hub.. lebih menarik lagi SteaQ Hub juga merupakan pendengar setia Suria FM especially Suria Cinta..terbaik!!