Ahad, November 25, 2012

Dato' Siti, Dj Lin & Pandelela antara penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012

Tahniah diucapkan kepada ikon Wanita Muda, Dj Lin Suria Cinta Suria FM atas penerimaan Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio. Dj Lin merupakan salah seorang daripada 12 IKON Wanita Muda yang telah menerima trofi penganugerahan di pentas Dewan Tun Razak PWTC pada hari ini . Majlis penganugerahan yang bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Penganugerahan ini membuktikan kesungguhan Dj Lin dalam karier beliau sebagai salah satu wadah untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. 
Dj Lin sedang ditemubual oleh Team Astro Awani sebaik selepas menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 (Kesatria Puteri Penyiaran Radio). Terima kasih kepada Astro Awani. 


Wartawan Zuan Melodi turut menemubual Dj Lin sebaik sahaja beliau menerima Anugerah IKON Wanita Muda 2012 di PWTC sebentar tadi


Dj Lin sewaktu menerima Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio daripada YAB Dato' Sri Najib Tun Abd.Razak
 

12 IKON Wanita Muda Negara 2012

DJ Lin turut bergambar bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong yang turut menerima Anugerah Ikon Wanita Muda Negara. Dato' Siti Nurhaliza penerima anugerah dalam kategori Kesenian manakala Pandelela menerima anugerah dalam kategori Sukan. Tahniah buat mereka bertiga!



Syabas dan Tahniah Dj Lin ! dari pihak AJK dan semua kelab peminat Dj Lin di seluruh tanah air. Untuk melihat gambar-gambar lain, anda boleh ke fanpage rasmi Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Sertakan Ucapan tahniah anda untuk Dj Lin di sini...Gambar adalah HakCipta Terpelihara TebuPhotography dan Blog Rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania