Isnin, April 04, 2011

FAN DJ LIN CINTA MANIA MERIAHKAN SAMBUTAN 20 TAHUN HARIAN METRO

Siapa yang tak kenal dengan akhbar popular Harian Metro yang dah pun menyambut sambutan ulangtahunnya yang ke-20 baru-baru ini. Pelbagai acara telah berlangsung bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 26 dan 27hb Mac 2011.  

Selain Suria FM, empat lagi stesen radio popular iaitu Era FM, Hot FM, Sinar FM dan KL FM  turut serta dengan membawa team masing-masing untuk memeriahkan acara. Tarian senamrobik poco-poco antara acara menarik mengisi perjalanan Sambutan 20 tahun Harian Metro bermula jam 9 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tidak terbatas pada senam robik poco-poco bersama selebriti, Program Karnival/Konsert Terima Kasih Harian Metro 2011 telah berlangsung selama dua hari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 dan 27hb Mac 2011 (Sabtu dan Ahad) , turut menyenaraikan pelbagai aktiviti yang hebat. 

Fan Dj Lin Cinta Mania  turut hadir sama memeriahkan Sambutan 20 tahun Harian Metro, team kami memang sporting, dengan pakaian yang serba oren ber t-shirt Suria FM menunjukkan Fan Dj Lin Cinta Mania juga merupakan supporter kuat Suria FM. Syabas Fan Dj Lin Cinta Mania!!!
milkysmile