Isnin, April 04, 2011

MAJLIS APRESIASI SURIA CINTA

Majlis Apresiasi Suria Cinta merupakan majlis kesyukuran yang dianjurkan sempena kejayaan Dj Lin merangkul dua anugerah dalam Anugerah Seri Angkasa pada bulan Februari yang lalu. Majlis santai dan meriah ini telah diadakan di Carlos Food Heaven bertempat di Kenanga International Hotel pada hari Khamis, 24 Mac 2011.

Majlis Apresiasi Suria Cinta turut mengadakan penyampaian hadiah Lagu Berduit Suria FM yang telah dianjurkan oleh stesen radio tersebut sejak 28 Februari yang lalu. Selain penghargaan atas kemenangan Dj Lin dan penyampaian hadiah, majlis tersebut bertujuan meraikan pendengar setia Suria FM terutama sekali  para pendengar Suria Cinta yang banyak menyokong kejayaan Dj Lin selama ini. 

Segmen Suria Cinta di Suria FM yang dikendalikan oleh Dj Lin merupakan antara segmen yang mempunyai hit dan rating tertinggi bagi jumlah pendengar dan mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai. TAHNIAH DJ LIN!!!
Jom view gambar-gambar yang diambil di Majlis Apresiasi Suria Cinta.. 
Moist Chocolate Cake for Dj Lin
Sewaktu acara memotong kek
 Antara fans yang hadir, sekitar awal majlis...
Antara artis-artis yang hadir dan membuat persembahan...
Best sangat persembahan mereka....
Dj Lin bersama AJK Fan Dj Lin Cinta Mania turut menyampaikan hadiah birthday pada Mr.Carlos..

Happy Birthday to Mr. Carlos Zubir
Dj Lin turut menerima hadiah dari committee berupa t-shirt eksklusif, hadiah penghargaan dari peminat dan hadiah berupa 'cek' dari Suria FM..
T-shirt eksklusif untuk Dj Lin

En Yusry (DCOO Suria FM) menyampaikan cenderahati penghargaan drpd Suria FM kpd DJ Lin kerana menggondol 2 anugerah di Anugerah Seri Angkasa 2010
Hadiah penghargaan dari Kedai Bunga Sasaran Niaga Utama
 Penyampaian hadiah Lagu Berduit Suria FM

Ni gambar fan yang simpan angan-angan menang Lagu Berduit Suria FM, takpe nanti cuba lagi ya (",)
http://www.emocutez.comGambar yang di candid semasa acara rebut kerusi, jawab teka-teki dan macam-macam lagi...
So happening....

Gambar-gambar sekitar MAJLIS APRESIASI SURIA CINTA

Kemenangan dirai, kemeriahan dirasai...milkysmile


Sebelum closing entry ni terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Carlos Zubir diatas sponsorship makanan, venue of event dan segalanya dalam menjayakan MAJLIS APRESIASI SURIA CINTA yang penuh keriangan ni..thanks Mr.Carlos

Mr.Carlos Zubir juga merupakan peminat Suria Cinta DJ Lin

SPECIAL CONGRATULATIONS to DJ LIN atas kemenangan beliau dalam Anugerah Seri Angkasa 2010, dengan terlaksananya MAJLIS APRESIASI SURIA CINTA, termakbul sudah hajat Dj Lin untuk meraikan kemenangan bersejarahnya bersama para peminat Suria Cinta.

Dj Lin Suria Cinta - Inspirasi Cinta Anda