Isnin, April 04, 2011

BERSANTAI DAN BERKELAH BERSAMA DJ LIN DI RIMBA JINBARA, KEMENSAH

2 April 2011 sememangnya merupakan percutian hujung minggu yang  best dan happening bagi semua FAN DJ LIN CINTA MANIA yang sama-sama join untuk habiskan cuti hujung minggu bersama Dj Lin. Tak terasa penatnya berjalan jauh kerana dah tak sabar lagi nak berendam dalam air sungai yang sejuk dan berjumpa kawan-kawan fan club serta Dj Lin.

Sebaik sahaja tiba ke destinasi, dah tentu kami 'loading' barang-barang yang dibawa. Bila dah letak semua barang di atas tikar barulah perasan betapa banyaknya makanan. Ada yang bawa KFC, kuih muih, nasi impit dan rendang, sate, cucur udang, air mineral (air pun penting tau, kalau tak tercekik nanti) dan makanan untuk dipanggang. Dj Lin juga banyak membawa makanan, antaranya makanan untuk BBQ iaitu 'chicken wing', dan udang serta makanan bermasak seperti bihun goreng dan karipap. Sedap...Photobucket
Terima kasih yang tidak terhingga pada fan yang sudi datang dan membawa potluck. 

Aktiviti bermula dengan ucapan pembuka dari Dj Lin  dan semestinya sesi perkenalan kerana ada fan yang baru pertama kali join event bersama Fan Dj Lin Cinta Mania. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan, moga sudi untuk join lagi di next event ya.. Bermulalah aktiviti berkelah kami dengan team lelaki menghidupkan bara (sampai pedih mata..) dan team wanita pula menyusun makanan dan membuat air. 

Tak seronok bercerita tanpa gambar-gambar semasa kami di sana..apa lagi jom check it out gambar-gambar keriangan kami berkelah bersama Dj Lin.

Gambar semasa 'bergotong-royong' menyiapkan BBQ, makanan dan mengemas tempat berkelah..barulah selesa nak bersantai-santai kan..
Sedang menyusun barang-barang yang dibawa

Khusyuk sungguh team ni menghidupkan api, tanpa mereka tak dapat lah merasa BBQ

Dj Lin juga tak ketinggalan sama-sama menyusun makanan, aik mana yang lain ni tak tolong kak lin????

Team wanita yang membuat air dari jus Nutrifresh yang sungguh lazat.. hmm hilang dahaga
 Jom makan-makan....
Lizawaty Liz dengan ayam KFC ..huhu dah macam duta KFC pulak

Tetap setia hingga akhir membuat BBQ

Makan-makan, Ezzad, Achai dan Kambeng Laot...

Ojan bergambar bersama Sate Ayam Kambeng Laot (",) sangat sedap sate ni, terima kasih Kambeng Laot

Yang berswimming suit kuning tu Nazreen Asyran, anak kedua Dj Lin dan kawannya di sebelah tu anak Sue Earthbaby, comel kan...=)
 Posing-posing.... 
Seronoknya mereka...

Di kanan gambar Aziz memegang ayam, Di kiri gambar Ojan makan sate..hehe

Liz dan Ojan sempat lagi ..... huhu

Ali tak ketinggalan untuk posing bersama kak lin


Dua di sebelah kanan tu lah  permata hati Dj lin, Nazreen Asyran dan Nureen Areesya

Ni pula kawan-kawan Aziz Ahmad, first time join event bersama Fan Dj Lin, Selamat Datang guys...

Izzana, Anie Haznieta dan Ujie Fauziah

Wah Ahmad Suria Cinta berposing sorang di tepi sungai.. tengah cipta lirik ke tu? =)
Ok, event kali ni tampil kelainan dari event biasa sebab buat pertama kalinya Dj Lin umumkan keahlian Fan Dj Lin secara rasmi dan berdaftar. So, fan yang hadir untuk event kali ni berpeluang untuk isi Borang Keahlian Fan Dj Lin Cinta Mania dan menjadi ahli fan yang berdaftar secara rasmi. Ahli yang mendaftar akan mendapat kad keahlian Fan Dj Lin Cinta Mania. Fan yang mendaftar juga akan  diberikan keutamaan untuk join next event serta pemberian  diskaun atas bayaran event-event tertentu. Pada fan yang belum lagi berpeluang mendaftar secara rasmi nantikan event seterusnya kerana peluang ini hanya akan dibuka semasa event. 




 Wajah-wajah keriangan...



 


Tahniah dan jutaan terima kasih pada semua fans yang telah menjayakan event Bersantai dan Berkelah bersama Dj Lin, you alls memang terbaik.. !!!!