Sabtu, Januari 14, 2012

Azura Movie Promo Tour 14/1/2012

Azura 2012 merupakan sebuah filem arahan Aziz M.Osman yang bakal ditayangkan di pawagam pada 2hb Februari 2012. Suria FM sebagai radio rasmi filem ini telah mengadakan promo tour di beberapa lokasi pilihan di seluruh negara. So, pada 14hb dan 15hb Januari yang lalu Dj Lin dan abg JJ Suria FM telah menjayakan Azura Movie Promo Tour bersama barisan artis Luncai Emas dan penaja-penaja lain di Plaza Angsana Johor Bahru.
Antara aktiviti yang berlangsung di sana ialah pertandingan karaoke,persembahan artis Luncai Emas, pameran dan jualan di booth penaja, cabutan bertuah, juga mini game yang dikendalikan oleh Dj Lin dan abang JJ sendiri. Ok,gambar2 kat bawah ni pada hari ni 14hb Januari 2012.
 Dj Lin dan abg JJ
 Persembahan artis-artis Luncai Emas antaranya Qaleesya, Pita Hati, Ikhsan Ace (penyanyi lagu Azura), Mimi Sham, Heela, Kugiran di Tepi Pantai, Aryan Band dll.
Qaleesya
 Pita Hati
 hehe..tak ingat ni band ape..
 Ikhsan Ace
 Mimi Sham
Kugiran di Tepi Pantai
Boleh tahan juga vokal dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis-artis Luncai Emas ni. So bolehla dapatkan CD Soundtrack Filem Azura di promo tour movie yang akan datang ya..
 Antara game dan aktiviti yang dikendalikan oleh Dj Lin dan abg JJ selaku mc.



Fans Dj Lin yang turut hadir dan membeli T-shirt dan mug esklusif. Thanks a lot atas sokongan anda!!
Abg JJ, AK SuriaWheels Crew dan cousin Linda Onn (yg baju hijau tu) juga peminat setia Suria Cinta. Cousin Linda Onn siap beli 2 helai lagi baju t-shirt love Suria Cinta, satu warna pink dan satu lagi biru..cayalah bang!! terima kasih. 



JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)