33. SESUNGGUHNYA KATA KATA YANG DILAFAZ MENERUSI BICARA MAHUPUN CORETAN TINTA MENGGAMBARKAN KEPERIBADIAN KITA SEBENARNYA. KADANGKALA KITA ALPA DEK TERLALU SERONOK MELONTAR BICARA HINGGA KITA TERLUPA INSAN DI SEKELILING SEDANG MEMERHATIKAN SERTA MENILAI KEPERIBADIAN KITA SEBAGAI SEORANG MANUSIA....
34. MOGA DI KALA INI, NASIB DAN TUAH SENTIASA MENYEBELAHI KALIAN, MOGA BERADA DIBAWAH LINDUNGAN YANG MAHA ESA, DIPERMUDAHKAN LALUAN DALAM KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN RANJAU DAN DURI. MOGA KITA JUGA SENTIASA DIMAAFI DAN DIKASIHI OLEH MEREKA YANG MENGASIHI JUA DIKALANGAN MEREKA YANG TURUT MEMBENCI. TERIMA HAKIKAT DALAM HIDUP INI, TAK SEMUA INSAN DAPAT TERIMA KITA APA ADANYA KERANA KITA HANYA MANUSIA BIASA NAMUN YANG BISA DILAKUKAN ADALAH SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAIKI KUALITI DIRI, PERBETULKAN NIAT DIHATI, JAGA TIAP BICARA YANG INGIN DILONTARKAN KERANA ITU MENCERMINKAN KEPERIBADIAN DIRI. JUGA HARUS SENTIASA BERWASPADA DENGAN SEGALA TINGKAH, GERAK DAN GERI AGAR KITA TAK TERSESAT NANTI DALAM MENUJU KE LANDASAN YANG PASTI. BERSIHKAN HATI, INSAFI DIRI MOGA ADA CAHAYA BAHAGIA YANG MENANTI....
35. PABILA CINTA UNTUKNYA ADALAH CINTA YANG DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T KEPADA KITA...KESANNYA CUKUP MENDALAM SEKALI MESKIPUN PERPISAHAN TERJADI...MULUT KATA 'PERGI' TAPI HATI KITA TETAP KATA 'KEMBALI'...RENUNGKANLAH...
36. SEANDAINYA KAMU INGIN MENCINTAI ATAU MEMILIKI HATI SESEORANG, IBARATKANLAH SEPERTI MENYUNTING SEKUNTUM MAWAR MERAH. KADANGKALA KAMU MENCIUM HARUM MAWAR TERSEBUT TETAPI KADANGKALA KAMU TERASA BISA DURI MAWAR ITU MENUSUK JARI....
37. Duhai angin sampaikan slm rinduku padanya biarpn tdkku tahu dimana dia brd walau apa jua keadaannya cuma yg kutahu dia jg punya rasa yg sama
38. Sangat perit tika bergelut dgn kenyataan. Amat pahit mengenangkan detik tika ditinggalkan. Terlalu payah tuk menutup pintu kenangan...
39. Semalam adalah memori hari ini adalah realiti dan esok yang bakal dilalui umpama fantasi mimpi yang penuh dgn illusi
40. Cintakan dtg n pergi namun cinta nan sejati kn sentiasa bersemi d lubuk hati n takkan pnh pergi biar apa cara jua tuk diusir ia tetap disisi
41. ANDAI DIBERI KESEMPATAN INGIN KUTEMUI INSAN YANG BISA MENJADI PELENGKAP KEPADA TIAP KEKURANGAN SERTA KELEMAHAN YANG ADA PADA DIRIKU INI. MENERIMA AKU APA ADANYA, MENGHARGAI CINTAKU, MENGHORMATI HAKKU SEBAGAI SEORANG WANITA. INSAN YANG HADIRNYA IBARAT CERMIN MEMBANTU MENCORAKKAN PERJALANAN HIDUPKU KE LANDASAN NAN TEGUH DALAM MENCAPAI KEREDHAANMU BUKAN SAJA DIDUNIA MALAH YANG LEBIH UTAMA DI AKHIRAT. MOGA KAU TEMUKAN AKU DENGAN DIA YANG MENCINTAI AKU SEIKHLAS HATINYA SEJAK DARI PERTEMUAN PERTAMA HINGGA KE SAAT AKU MENUTUP MATA.
42. BIARPUN TERSERLAH KERIANGAN DI PANDANGAN NAMUN JAUH DILUBUK HATI, TERSIMPAN PELBAGAI CERITA SEDIH DAN SENGSARA SEPANJANG KU MENITI ARUS HIDUP INI. BIARPUN TIDAK KU LUAH, NAMUN HANYA DIRI YANG MENGERTI SEGALA YANG TERJADI. BIAR KU SIMPAN KISAH SEDIH INI SENDIRI TANPA SIAPA MENGETAHUI KERNA KU TAHU ALLAH SENTIASA MENYAKSIKAN APA JUA YANG TERJADI DAN DI ATAS REDHANYA JUALAH KU MASIH DISINI BERDIRI BERJUANG UNTUK MEMBELA NASIB DIRI. MOGA CAHAYA CINTA KAN MENYINARI RUANG HIDUPKU YANG SUNYI DAN SEPI...DUHAI CINTA! HADIRKANLAH DIA INSAN YANG KAU UTUSKAN UNTUK MEMBERIKU BAHAGIA MELENYAPKAN TIAP SENGSARA
43. TERIMA KASIH DI ATAS KELUKAAN YG DICIPTAKAN. BIARPUN SUKAR KUUSIR DIRIMU DARI TAMAN HATIKU NAMUN KAU TETAP KUINGATI DALAM DOAKU
44. Lelaki yang HANDSOME adalah lelaki yang menghormati wanita sama seperti dia menghormati ibunya...
45. Cinta yang tidak berbalas umpama layang-layang yang putus talinya...
46. Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya...
Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya...
47. PANDANGAN PERTAMA MENGUNTUM CINTA
KASIH BERBUNGA BERSERI SUASANAKAU HULUR SAYANG KU SAMBUT MESRA
KIAN BERSEMI MENITI BATAS MASA
TULUS CINTAMU SEMARAK DI KALBU
AKU TERLENA DALAM DAKAPAN RINDU
HILANG SEGALA SEPI DAN DUKA LALU
UMPAMA SURIA MENERANGI JIWAKU
KAULAH CURAHANKU LUAH SEGALA
PAHIT DAN MANIS TAWA JUA SENGSARA
TAK KU TERGAMBAR SEANDAI KAU TIADA
HILANG BERSAMA SEMANGAT CINTA KITA
ANDAINYA NANTI KU HARUS PERGI
TINGGAL DIRIKU BERSAMA MIMPI SEDIH
KENANGLAH AKU TEMPATKAN KU DISITU
TAMAN TERINDAH DI SUDUT KAMAR HATIMU
BIAR TERPISAH DEK JASAD DAN WAKTU
NAMUN KASIHMU KAN SUBUR SELALU
YANG TINGGAL KINI HANYALAH FANTASI
YANG TERPAHAT ABADI HANYALAH MEMORI.....
48. CNTA SEJATI HADIRNYA CUMA SEKALI
CINTA SEJATI ANUGERAH TERINDAH DARI ILLAHICINTA SEJATI TAK PERNAH KENAL ERTI BENCI
CINTA SEJATI MENGAJAR ERTI SETIA, PERCAYA DAN IKHLAS PADA DIRI
CINTA SEJATI TAKKAN PERNAH MEMUNGKIRI
CINTA SEJATI TAKKAN PERNAH PERGI WALAU DIUSIR BERIBU KALI
CINTA SEJATI SENTIASA MENGHARUM BAK WANGIAN KASTURI
CINTA SEJATI AKAN KEKAL DI HATI HINGGA AKHIR HAYAT NANTI
CINTA SEJATI MENCETUS INSPIRASI
CINTA SEJATI TAK PERNAH GOYAH DEK GODAAN DUNIAWI
CINTA SEJATI INDAH TAK TERPERI
CINTA SEJATI TAKKAN MUNGKIN DAPAT DICARI GANTI
49. SEPANJANG MENITI BATAS CINTA, PASTI PERASAAN TERTUMPAH & TERTUMPU HANYA KEPADA DIA SEORANG SAJA BIARPUN INSAN YG MENGHIASI TAMAN HATI SILIH BERGANTI.
50. PELBAGAI PENGORBANAN TELAH PUN KU LAKUKAN DEMI MELIHAT KEBAHAGIAAN TIAP INSAN DI SEKELILINGKU MESKIPUN JAUH DISUDUT HATI, TERSIMPAN RASA TERKILAN YANG TAK MAMPU UNTUK KU GAMBARKAN. KULEPASKAN BAHAGIA YANG DAH ADA DIGENGGAMAN DEMI UNTUK INSAN YANG AMAT MENCINTAINYA. TAK RELA KU MENCIPTA BAHAGIA DIBALIK DERAIAN AIRMATA. MOGA TETAP ADA RUANG UNTUK KU KECAPI BAHAGIA MESKIPUN BUKAN DENGAN DIA
51. PABILA MENDENGARKAN PUTARAN LAGU CINTA, FIKIRANKU MELAYANG DI AWANGAN TERIMBAU KEMBALI MEMORI SEWAKTU DENGANMU BERMULA DARI SAAT PERKENALAN, KITA SUSURI ARUS PERASAAN HINGGA TERBIT CAHAYA CINTA DI PUNCAK HATI KITA. MASIH JELAS KENANGAN SEWAKTU BERSAMAMU...SAAT DIKASIHI, DISAYANGI, DILUKAI, DAN DITINGGAL PERGI SEGALANYA MENJADI MEMORI ABADI DAN KAN KU BAWA HINGGA KE MATI. TERIMA KASIH SAYANG ATAS PERBUATANMU....MOGA KAU BAHAGIA BIARPUN DIATAS LINANGAN AIRMATAKU
52. TERKADANG KU TERTANYA, MENGAPA KAU PERGI BERLALU TINGGALKAN AKU DIDALAM SENDU. SEJAK KEPERGIANMU, AKU TERUS DIHAMBAT RINDU , TERKUNCIKU DALAM SENGSARA TAK SIAPA PUN YANG TAHU. OMBAK RESAH KIAN MENGHEMPASKU DI PANTAI SAYU. KENANGAN LALU TERUS MENGHERETKU MELEWATI BATAS WAKTU.SESUNGGUHNYA AKU SUNYI BERSENDIRI DI SINI. ENTAHKAN BILA KESURAMAN HATI KAN BERGANTI. DUHAI MENDUNG! BERARAKLAH...BERLALULAH ...HADIAHKANLAH PELANGI INDAH
53. ADA KETIKA KITA TERLEKA DEK KESELESAAN DI BATAS HUBUNGAN YANG TERCIPTA HINGGA KITA LUPA KITA MENCIPTA LUKA DI HATI SIDIA TANPA MERAWATNYA SEMULA. KETERBIASAAN YANG KITA RASAKAN TIDAK MEMBERI KESAN KADANGKALA MEMERCIKKAN LUKA HAMPA DI JIWA LANTAS MENGHADIAHKAN PERPISAHAN DI SAAT HILANGNYA RASA CINTA. HARGAILAH SIDIA KETIKA MASIH BERSAMA KERANA PABILA TIBA MASA, SIDIA PASTI MELANGKAH PERGI MEMBAWA SEKEPING HATI YANG LARA TANPA BERPALING LAGI BUAT KALI KE-2. DI SAAT ITU, HAMPA KAN TERASA, TERKILAN PASTI MENYELUBUNGI JIWA DAN PENYESALAN ITU SUDAH TIADA GUNANYA.
54. KU TAKKAN BERSUARA KERANA ITU HANYA AKAN MENAMBAH LUKA DI DADA. BIARPUN TERCALIT RASA TERKILAN, TERPERCIK KEPEDIHAN NAMUN BIARLAH SEGALANYA KU SIMPAN MENJADI RAHSIA ABADI DAN KAN KUBAWA HINGGA KE MATI. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI TIAP APA YANG TERDETIK DIHATI KECIL INI BIAR TAK TERLUAH NAMUN KU PERCAYA PASTI ADA ANUGERAH TERINDAH YANG BAKAL DIBERI DI SEPANJANG LANGKAH KAKI MENGHABISKAN SISA SISA HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI....
55. KESEPIAN MENCENGKAM MENGHIMPIT JIWA DAN MINDA. ENTAHKAN SAMPAI BILA HARUS KU ATUR LANGKAH KAKIKU SENDIRIAN TANPA BERTEMAN. JELMALAH DIKAU PUTERA SYURGA. BERTAMULAH DITAMAN HATI YANG TELAH LAMA SUNYI SEAKAN TIADA BERNADI.HADIRMU TETAP KU NANTI KERANA KU PERCAYA HANYA DIKAU UTUSAN YANG MAHA ESA DAN PASTINYA TIBAMU KAN MELENGKAPI TIAP KEKURANGANKU YANG ADA...
56. BILA CINTA HADIR...TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA. TEMPATKAN IA DISUDUT TERINDAH DALAM HATI KITA. TULUS MENERIMANYA DENGAN PENUH RELA TANPA RASA CURIGA. HINDARI DARI RACUN NAN BERBISA YANG BISA MENCIPTA LUKA KERNA SAKITNYA TERLALU PEDIH UMPAMA DIHIRIS BELATI TANPA RASA SIMPATI. CINTA ITU ANUGERAH CINTA ITU IBARAT CERMIN KERNA DI SATU KETIKA KITA PASTI KAN KENAL SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA