Selasa, Jun 19, 2012

Single Terbaru Afee Utopia Maafkan Aku


Lagu hits terbaru Maafkan Aku merupakan percubaan pertama Dj Lin dalam menghasilkan lirik lagu cinta. Jalan cerita lirik lagu ini berkait dengan kisah cinta Dj Lin suatu ketika dahulu yang memberi makna mendalam dan menusuk jiwa. Lagu ini dinyanyikan oleh Afee dengan vokal yang masih mantap meskipun usia yang telah menginjak 48 tahun. Tahniah diucapkan kepada abang Afee yang selalu menyokong Dj Lin dan tahniah juga diucapkan kepada Presiden Cinta Mania kami iaitu Dj Lin yang berjaya mengembangkan bakat menerusi lirik lagu cinta pertama beliau sendiri Maafkan Aku.. Akhbar Metro hari ini menerusi ruangan RAP ada memuatkan artikel mengenai album terbaru Afee yang turut memuatkan single terbaru beliau iaitu Maafkan Aku yang telah mendapat sentuhan daripada penulis lagu terkenal Eddie Hamid dan liriknya ditulis oleh Dj Lin sendiri.



Komen di sini;