Ahad, Februari 06, 2011

1st GATHERING @ PORT DICKSON

Planning untuk mengadakan 1st Gathering antara Dj Lin dan peminat telah mula dirancang sejak pertemuan pertama sewaktu majlis berbuka puasa di Adamson Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah berkat kerjasama dan semangat untuk berkumpul bersama rakan-rakan Suria Cinta yang lain, 1st Gathering ini dapat dijayakan sepenuhnya bertempat di Glory Beach Resort Port Dickson pada 27-28hb November 2010.

Seawal pukul 10 pagi ada antara peminat dari Perak, Penang, dan juga KL telahpun sampai di perkarangan hotel untuk bersama-sama memeriahkan 1st Gathering ini. Para peserta berkenalan dulu sesama sendiri dan seterusnya mendaftar di meja pendaftaran. Ni gambar-gambar yang di ambil sewaktu pendaftaran 1st Gathering Kelab Cinta Dj Lin; 
wajah-wajah ceria fan yang hadir ke 1st Gathering

haaa ceria kan wajah-wajah yang hadir ke 1st gathering ni? Mana tak cerianya sebab dapat banyak barang cenderahati dari Dj Lin berupa novel,voucher, CD dan macam-macam lagi. 

antara cenderahati untuk para peserta yang hadir

Next after pendaftaran, Dj Lin beramah mesra dengan fans Suria Cinta melalui sesi suai kenal (kira orientasi lah ni). Setiap peserta kak lin panggil ke pentas dan diminta perkenalkan diri...oppps mestila kena interview kan kak lin?? wajib!






Selesai sesi suai kenal, para peserta naik ke bilik masing-masing untuk refreshkan diri dan berehat sementara tunggu waktu petang untuk aktiviti seterusnya...

Its time for GAME!!!!  sesi petang kami teruskan dengan aktiviti riadah berbentuk game..game ni adalah group game. Ada macam-macam game yang memang semua enjoy antaranya..Ulat Bulu  Naik Daun dan Musang Berjanggut. After game yang happening tu semuanya dah tak sabar nak terjun swimming pool..termasuklah Dj Lin..


Pengadil terlatih yang dilantik....inilah En.Bad

Posing 'mahal' dari Ezad


Dj Lin turut mengambil bahagian

Ojan..macam merenung jauh je tu  :)

Rizal Lalats a.k.a Pengerusi 1st Gathering

mandi manda di swimming pool, Dj Lin pun turut serta

Panjang la pula entry untuk 1st Gathering ni...apa kata berehat seketika..untuk acara kemuncak 'dinner' pada sebelah malamnya akan bersambung entry yang seterusnya ya... TUNGGU ya!!