Rabu, Februari 09, 2011

DI SEBALIK TABIR...

Apa yang ada di sebalik tabir ek? Okla entry kali ni nak kongsi dan khas didedikasikan untuk barisan AJK Fan Dj Lin Cinta Mania yang bersama-sama telah menjayakan Sambutan Ulangtahun dan Sesi Karaoke Bersama Dj Lin pada 30hb Disember 2010 yang lalu. Sekalung tahniah diucapkan buat barisan AJK kerana berjaya handle satu event khas untuk Dj Lin dan fans yang buat julung kalinya dihadiri tetamu VIP, artis jemputan, dan wartawan. Event ini juga telah banyak tersiar di akhbar dan majalah seperti Metro, Berita Harian, dan Media Hiburan.Semoga tercetusnya event ini, AJK mampu mengorak langkah lebih jauh untuk buat event yang lebih besar lagi khusus buat peminat Dj Lin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Dj Lin yang turut sama-sama 'bekerja' dengan committee dan meluangkan masa untuk membuat segala persiapan, hadir meeting serta sama-sama membeli hadiah walaupun sibuk dengan tugasan. Terima kasih yang tidak terhingga buat Dj Lin daripada semua AJK..

Sekalung penghargaan buat team Suria FM yang banyak membantu dari segi teknikal dan support terutama Abg JJ dan Faqrul. Tidak lupa juga sponsor-sponsor yang telah menaja banyak hadiah, cenderahati dan hamper khas untuk para jemputan. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Ucapan sekalung penghargaan buat para wartawan yang hadir dan telah memperkenalkan lagi Dj Lin serta mendekatkan beliau di hati pendengar menerusi artikel di akhbar dan majalah. Kami amat mengharapkan agar Dj Lin terus bertakhta di hati para pendengar Suria Cinta dan dapat menarik lebih banyak pendengar baru dari seluruh Malaysia mahupun negara jiran untuk mendengar segmen Suria Cinta di Suria FM khususnya.

Inilah gambar-gambar di sebalik tabir, walaupun 'di sebalik tabir' namun anda semuanya HEBAT!!!..walaupun =)


TERBAIK!!!


'team' meja pendaftaran

Barisan AJK Fan Dj Lin Cinta Mania bergambar bersama Dj Lin dan artis jemputan

.......TAHNIAH......