Jumaat, Februari 04, 2011

STAR SEARCH REDBOX AEON JUSCO TEBRAU

Ke mana saja Dj Lin pergi pasti Fan Dj Lin Cinta Mania nak temani kak lin..So untuk entry kali nak share rombongan kami ke JB. Dj Lin ditugaskan untuk menjadi MC satu event yang dianjurkan oleh pihak Redbox iaitu Karaoke Star Search (Pusingan Akhir) yang bertempat di Aeon Jusco Tebrau City pada 6hb November yang lalu. Commitee bersama fan Dj Lin telah bersama-sama konvoi ke JB pada 5hb dan bermalam di sana. Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke rumah Dj Lin di Larkin JB.
Ketibaan kami disambut penuh mesra oleh Dj Lin dan keluarga. Kami dijamu makan tengahari di rumah Dj Lin. Teringat pula lauk masak lemak cili api siput sedut masa lunch di rumah Dj Lin, hmmm memang syok habis fan dan commitee berlumba-lumba menyedut siput (nasib baik kak lin tak buat pertandingan sedut siput : ) ) . Memang kekenyangan kami di rumah Dj Lin, banyak makanan lagi yang dihidangkan untuk kami. Tak lengkap journey kami ke rumah Dj Lin tanpa bergambar so sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, kami bergambar beramai-ramai bersama Dj Lin dan family...

Yang duk di buaian tu Faqrul, Dj Lin dan sebelah Dj Lin adalah mak kak lin...

 Next destination is kitorang ke hotel untuk loading barang-barang, refreshkan diri dan rehat sekejap. Almaklumlah jauh perjalanan, malamnya kami dan Dj Lin bersantai di Danga Bay..memang seronok sangat ke sana, penat bermain macam-macam game tapi memang berbaloi. Ada yang sampai lebam lutut sebab main kereta langgar..(hmm sapelah tu ek? teetttt....), dan ada juga yang bertungkus lumus mengayuh beca tetapi tak lepas pulak naik jambatan + sampai tercabut pedal....alamak ai!!!! , hehe check it out gambar-gambar yang dah di snap...kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan!!

gambar "bukti" yang di snap oleh Zack, thanks Zack :)

kat belakang tu rel keretapi..AWAS..

Inilah team yang berusaha sepenuh jiwa mengayuh beca, memang terbaik!!!!




6hb November kami beramai-ramai ke AEON Jusco Tebrau City, seharian dari pagi hingga ke petang kami di sana, ada juga antara fan dan committee ambil bahagian dalam pertandingan karaoke yang dianjurkan oleh Redbox. Antara artis yang hadir adalah Lah dr kumpulan VE, Nabil, juga artis dari Singapore kumpulan DYNDA dan SLEEQ ..... serta Shamrin dari kumpulan Fotograf ( kenangan terakhir Shamrin dan peminat sebelum beliau kembali ke Rahmatullah...). 
Antara artis yang hadir di Star Search Redbox

Peminat yang juga Fans Dj Lin turut bergambar bersama artis yang hadir
 
 Dj Lin ditugaskan untuk menjadi MC dalam event yang berlangsung ni..sure ada gambar-gambar  Dj Lin yang kami snap..

Dj Lin turut panggil peminat naik ke pentas untuk mendapatkan goodie bag dari Suria FM

hohoho..kami sempat je kejar Suria wheel..haaa lelah jugak kejar diorang ni...tapi macam-macam dapat..
memang BEST!!! krew Suria wheel pula memang sporting habis....


Fan Dj Lin bergambar dengan Suria Wheeler...
Gambar-gambar ni antara Fan yang setia berkonvoi ke JB..korang memang TERBAIK!!!!!