Sabtu, Disember 31, 2011

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Dj Lin bersama kelab peminat menerusi Fan Dj Lin Cinta Mania telah meraikan sambutan ulangtahun kelahiran beliau yang ke-36 pada 30hb Disember 2011 yang lalu,hari Jumaat bertempat di Redbox Ria Sogo Kuala Lumpur. Sambutan meriah ini telah dihadiri oleh rakan media,artis dan juga peminat-peminat Dj Lin. Antara artis yang hadir dan membuat persembahan ialah vokalis kumpulan Olan; abang Dwan, Vokalis kumpulan AXL, Ally, vokalis kumpulan U-Topia iaitu Abang Afee serta komposer Eddie Hamid. 
Seperti sambutan ulangtahun 2010, tak lengkap majlis Dj Lin tanpa kehadiran rakan media. Terima kasih yang tidak terhingga kepada wartawan dari Berita Harian iaitu Hartina dan editor ruangan hiburan;abang Zainuri Misfar. Juga tidak lupa, wartawan Utusan Malaysia iaitu Kak Jah yang sporting habis, Budiey dari Budiey.com dan juga Zyzamani,Z dari Murai.com

Acara bermula jam 9 malam menampilkan abg JJ eksklusif dari Suria FM sebagai pengacara tetap majlis. Tampil dengan tema bertopi, abg JJ yang memang sporting mengacarakan majlis tersebut, meriah dengan pelbagai game,cabutan bertuah serta pertandingan karaoke. 
Terima kasih diucapkan kepada para penaja yang telah menyumbangkan banyak hadiah sempena meraikan majlis ulangtahun Dj Lin pada 2011. Antara penaja-penaja tersebut adalah Skechers, Hot Perfume,Adabi, Jamu Mak Dara, MVM Production ,FMC dan penaja kek birthday Dj Lin MyMiniMuffin. 
Antara hadiah dan hamper tajaan para penaja;
Ni pula gambar peminat yang memenangi cabutan bertuah berupa voucher eksklusif dari Skechers. Tahniah!!!


Acara kemuncak majlis ini tentunya saat kami menyanyikan lagu Happy Birthday buat Dj Lin dan beliau meniup lilin serta memotong kek birthdaynya. Peminat juga tidak melepaskan peluang untuk menyuapkan kek birthday ke mulut Dj Lin sendiri. So sweet...


Ada kelainan dalam majlis sambutan ulangtahun Dj Lin pada kali ni yang mana Dj Lin telah menampilkan single pertamanya berjudul Ranting Kenangan. Lagu ini telah mendapat sentuhan dari komposer Eddy Hamid dan liriknya oleh Ku Seman Ku Hussin;menceritakan serba sedikit berkaitan perjalanan hidup Dj Lin sendiri. Kata Dj Lin lagi, lagu ini juga merupakan hadiah kepada para peminat beliau sendiri yang telah meminta beliau merakamkan album pada sambutan ulangtahun 2010.
Haa, if u alls nak tengok sendiri kemeriahan suasana sambutan ulang tahun Dj Lin 2011, boleh view screen capture gambar-gambar di bawah. 


Terlalu banyak gambar untuk diupload di blog ni. Terima kasih kepada official photographer Dj Lin iaitu TebuPhotography Nazrul atas ratusan gambar yang diupload secara rasmi di wall facebook Dj Lin. Pada fans yang ingin melihat koleksi gambar-gambar di atas secara full view anda bolehlah ke facebook rasmi Dj Lin Suria Cinta Suria FM. Ada 3 album yang memuatkan gambar-gambar sekitar sambutan ulangtahun Dj Lin. 
So,entry kali ni adalah penutup entry tirai 2011. Di kesempatan ini, Fan Dj Lin Cinta Mania ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dj Lin, doa kami dari barisan AJK dan Fans moga Dj Lin dikurniakan kesihatan yang baik, kecemerlangan karier dan dimurahkan rezeki. 

Buat pembaca blog ini, Selamat menempuh 2012 dengan azam yang baru serta lebih bersemangat!! aja-aja quaitin!!




JOM KOMEN-KOMEN KAT SINI :)