Isnin, November 28, 2011

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru

Fan Dj Lin Cinta Mania mengucapkan selamat berbahagia buat pasangan setia Suria Cinta yang telah selamat diijabkabulkan iaitu Putera Aaron Yap bersama isterinya. Dj Lin telah diundang untuk menjadi emcee pada hari persandingan Putera Aaron yang berlangsung di Pandan Lake Resort pada 28hb November 2011 bersamaan cuti umum awal Muharam pada hari Isnin. Dari gambar-gambar yang ms.blogger terima dari AJK Fan Dj Lin memang terasa meriah sangat majlis perkahwinan Putera Aaron.Thanks to kak izana yang banyak snap picture.




Di kesempatan ini, Blog Fan Dj Lin Cinta Mania mewakili team Fan Dj Lin yang tidak dapat hadir ke majlis persandingan tersebut mengucapkan selamat menempuh alam rumahtangga dan moga kekal bahagia ke anak cucu. Tahniah pada team Fan Dj Lin Cinta Mania yang sentiasa sporting dan memenuhi jemputan sekaligus korang buktikan yang Fan Dj Lin Cinta Mania memang terbaik!! Ukhwah fillah abadan abada...(ikatan ukhwah selamanya...)