Isnin, Disember 12, 2011

Majlis Tahlil dan Pindah Rumah Baru

Syukur Alhamdulillah, Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah selamat berpindah ke rumah baru pada bulan Disember 2011.Bersempena dengan itu, Dj Lin bersama keluarga telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat pada 11hb Disember 2011,hari Ahad. Barisan AJK Fan Dj Lin bersama peminat yang berdekatan sempat meluangkan masa memenuhi jemputan ke rumah baru Dj Lin. Majlis bacaan Yasin dan tahlil bermula selepas Isyak diketuai oleh ahli lembaga masjid di perumahan tersebut. 

Makanan yang dihidang adalah nasi beriyani beserta set lauk pauknya 100% resepi dari ibu Dj Lin sendiri. Sangat sedap sehingga menjilat jari dan kalau you alls nak tau ibu Dj Lin pakar dalam membuat rempah beriyani dan rempah beriyaninya sentiasa mendapat tempahan di Johor.




Fan Dj Lin Cinta Mania mengucapkan tahniah selamat berpindah ke rumah baru dan ucapan terima kasih atas jemputan ke majlis kesyukuran ini. Semoga rezeki Dj Lin dan anak-anak semakin bertambah dan diberkati Allah, InsyaAllah..

*Gambar-gambar adalah sentuhan eksklusif TebuPhotography Nazrul; Dj Lin's official photographer