Isnin, Ogos 22, 2011

Majlis Iftar Fan Dj Lin Cinta Mania bersama anak-anak Rumah An-Najah

Bersempena Ramadan al-Mubarak, Dj Lin bersama Fan Dj Lin Cinta Mania tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berbuka puasa dan merapatkan silaturahim dalam satu majlis Iftar yang telah diadakan di Sawarabina Cafe pada 20hb Ogos 2011. Lokasi majlis diadakan disebuah restoran Arab terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Dalam majlis tersebut Dj Lin turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak-anak rumah An-Najah selain sumbangan barangan eksklusif daripada Suria FM. Majlis tersebut turut dihadiri rakan media dan tentunya para peminat Dj Lin menerusi Fan Dj Lin Cinta Mania.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Iftar ini.