Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Isnin, April 30, 2012

Makluman: Tiada fanpage FB rasmi bagi Fan Dj Lin Cinta Mania

Dimaklumkan kepada semua Kelab Peminat DJ Lin Suria Cinta Suria FM, Fan Dj Lin Cinta Mania tiada sebarang fanpage FB, twitter,atau laman sosial lain selain Blog Rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania
Hanya satu-satunya Blog Rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania ini yang menjadi wadah penghubung semua ahli kelab peminat Dj Lin yang memaparkan aktiviti terkini Dj Lin bersama para peminat selain di fanpage utama Dj Lin sendiri iaitu di FB Dj Lin Suria Cinta Suria FM ,twitter peribadi beliau di @djlinsuriacinta dan Facebook peribadi beliau di Lin Suria Cinta.
Kami amat mengharapkan agar para peminat Dj Lin tidak terkeliru dengan sebarang fanpage FB,group,atau mana-mana laman sosial yang menggunakan nama Dj Lin atau Kelab Peminat Dj Lin selain fanpage rasmi Dj Lin sendiri di Dj Lin Suria Cinta Suria FM atau Blog Rasmi Fan Dj Lin Cinta Mania

"Niat anda untuk mempromosi Dj Lin dan Fan Dj Lin Cinta Mania kami hargai namun jika terdapat kesilapan atau kesalahan akibat kecuaian ia boleh mengakibatkan kekeliruan"..

Di sini dimaklumkan fanpage fans club dj lin suria cinta BUKAN fanpage rasmi kami..harap maklum.

Kerjasama dari semua amat kami hargai.. -FAN DJ LIN CINTA MANIA



KOMEN ANDA

Dj Lin bersama Kembara Media Fotografi @ Langkawi

Pada 27-29hb April 2012 Dj Lin bersama Kembara Media Fotografi anjuran bersama majalah Santai, Tourism Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia ke Langkawi..let's view video gambar percutian Dj Lin semasa di Langkawi..

Rabu, April 25, 2012

Bowling Piala Dj Lin ditunda ke 5hb Mei 2012

Dimaklumkan kepada semua fans khasnya yang telah mendaftar untuk menyertai event Bowling bersama Dj Lin dan Fan Dj Lin Cinta Mania, event ini akan ditunda ke tarikh 5hb Mei 2012 pada hari Sabtu. Tempat dan bayaran adalah sama. Diharapkan agar fans yang ingin menyertai dapat membuat pembayaran dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 30hb April 2012. Memandangkan penyertaan setakat ini amat menggalakkan, pihak Fan Dj Lin Cinta Mania akan mengutamakan fans yang telah mendaftar dan sudah membuat pembayaran awal. Oleh itu diharapkan, rakan-rakan fans agar segera membuat pembayaran kerana tempat adalah terhad kepada 50 peserta awal. Sila hubungi/PM saudari Ieza Huri bagi tujuan pembayaran.



KOMEN ANDA

Selasa, April 24, 2012

Dj Lin di KOSMO 24hb April 2012

Artikel mengenai Dj Lin kembali lagi menghiasi ruangan akhbar KOSMO hari ini 24hb April 2012. Terima kasih kepada wartawan Aqmar Alladad yang telah menyiarkan artikel ini. Ucapan terima kasih juga pada Butik Dewi Sofea dan Designer Raffiey Nasir atas tajaan dress berwarna purple yang dipakai Dj Lin dalam gambar pada akhbar KOSMO tersebut dan pakaian yang dipakai oleh Dj Lin sebagai duta produk Nureen's Beauty. 


Petikan kata-kata Dj Lin dalam artikel beliau hari ini di KOSMO; 

" Saya tidak pernah merasa segmen cinta yang saya kendalikan ini menyusahkan. Ini kerana sejak dulu lagi saya suka menjiwai isi hati orang lain" - Dj Lin


KOMEN ANDA

Ahad, April 22, 2012

Santai AJK Fan Dj Lin Cinta Mania 1

Cuti hujung minggu yang lalu 13-15hb April, AJK Fan Dj Lin Cinta Mania meluangkan masa bersantai bersama Dj Lin. Pertemuan AJK bersama DJ Lin juga bertujuan mengadakan mesyuarat bersempena event Fan DJ Lin Cinta Mania yang akan datang dan merombak organisasi baru dalam fanclub. 

Entry kali ni nak share gambar-gambar sepanjang aktiviti hujung minggu kami bersama,
Santai dan makan-makan di rumah Dj Lin pada hari Sabtu
Bermain tenis dan renang di Tropicana pada hari Ahad




KOMEN ANDA

Sabtu, April 21, 2012

T-shirt terbaru Fan Dj Lin Cinta Mania 2012

Dapatkan t-shirt terbaru Fan Dj Lin Cinta Mania edisi terhad 2012 yang lebih cantik dan menarik. Kali ini dengan 2 warna pilihan iatu hitam dan putih. Hubungi Badrulhisham di talian 019-2347650 atau 012-2567588 untuk tempahan dan penghantaran melalui poslaju ke destinasi seluruh Malaysia. Terdapat dalam saiz S,M,L,XL, dan XXL. Dapatkan sekarang dan pakai tshirt eksklusif ini ke event Bowling Piala Dj Lin pada 5hb Mei 2012 nanti!!


Beli sekarang tshirt eksklusif Fan Dj Lin Cinta Mania sebagai tanda sokongan dan minat anda pada Dj Lin dan tanda persahabatan anda bersama Fan Dj Lin Cinta Mania!




KOMEN ANDA

Jumaat, April 20, 2012

Dj Lin di Sinar Harian 20hb April 2012

Dj Lin Suria Cinta Suria FM dalam Sinar Harian Jumaat 20 April 2012...Terima kasih kepada wartawan Marina Sahabudin dan jurufoto Nor Izzati. Lokasi penggambaran Dj Lin di Dhania Day Spa..


Anda boleh juga ke link ini untuk membaca artikel penuh DJ Lin di akhbar Sinar Harian ; Pengorbanan Dj Lin



KOMEN ANDA