Selasa, Jun 07, 2011

Persona Sememangnya Lebih Sempurna - Video Dj Lin Part 3

Saksikan video Dj Lin berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu tunggal. Hampir sepanjang hari Dj Lin meluangkan masa bersama ibu-ibu tunggal dari Pertubuhan Ibu Tunggal Islam sempena kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. Terdapat sesi motivasi yang disampaikan oleh Pn.Roslina Jantan, sesi pembelajaran dandanan diri untuk penampilan yang lebih anggun, pemakaian tudung, asas solekan dan sebagainya. Dj lin turut menyelami hati dan perasaan ibu-ibu tunggal yang menceritakan pahit getir perjalanan hidup mereka yang mereka lalui sepanjang bergelar ibu tunggal.



Melalui paparan video, jelas tergambar betapa sedihnya ibu-ibu tunggal tadi berkongsi pengalaman dan kisah mereka. Dj Lin dibantu oleh Pn.Roslina Jantan, Pn.Wawa dan semestinya pihak Proton  tampil memberikan galakan dan inspirasi kepada ibu-ibu tunggal ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Proton Malaysia kerana berjaya menganjurkan program murni seperti ini. Diharap para ibu tunggal yang belum lagi mengikuti program eksklusif bersama Dj Lin, anda masih belum terlepas peluang lagi. 

Ikuti Hari Memperkasakan Diri bersama Dj Lin pada 18 dan 19 Jun ini. Untuk mendaftar dan maklumat lanjut layari www.protonpersona.com.my