Rabu, Jun 08, 2011

Persona Sememangnya Lebih Sempurna - Video Dj Lin Part 4

Tersentuh hati mendengar keluh-kesah ibu-ibu tunggal dalam siri kedua Dj lin bersama mereka sempena kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna. Walaupun tidak bersama-sama Dj Lin dan ibu-ibu tunggal ini tetapi dapat dirasakan dari riak muka dan titis air mata jelas tergambar kepiluan hati mereka..(hmm tengok video ni pun dah menangis..). Part yang membuatkan hati ni jadi 'touching' dan sebak bila mendengar luahan hati Kak Sara yang rindukan anak-anaknya. Ni antara petikan ucapan beliau; " Pada anak-anak yang dengar keluhan hati ibu ni, tolonglah jaga hati ibu, jangan bagi sedih..Anak-anak janganlah buang mak ke tepi.."



Selesai sahaja menonton siri video Dj Lin yang keempat ni, teringat satu lagu Wanita yang pernah dinyanyikan oleh Salamiah Hassan. Lirik lagu ni ditujukan untuk semua wanita terutamanya ibu-ibu tunggal kerana mereka adalah wanita TERHEBAT...

Bagai pohon tegak berdiri
Terbukti kau tahan diuji

Cabaran datang cabaran pergi
Segalanya tabah kau hadapi

Semenjak lahir ke dunia
Sehingga menutupi mata
Bagai sungai yang terus mengalir
Bebanan tugas tak pernah berakhir


c/o Wanita

Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu


Kerana langkah sering terbatas
Adakalanya engkau tertewas
Namun begitu engkau tetap gagah
Tiada pernah berputus asa
 

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor

Dengarkan lagu Wanita; nyanyian Salamiah Hassan

Khusus kepada para ibu tunggal, sertailah kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna bersama Dj Lin dalam Hari Memperkasakan Diri pada 18 Jun. Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka antaranya sesi motivasi, sesi penampilan dan imej, sesi uji pandu Proton Persona dan pelbagai lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memperkasakan diri dengan program terbaik ini dibawakan khas oleh Proton Persona Sememangnya Lebih Sempurna...