Dj Lin Suria Cinta Suria FM

Roslinda Abdul Majid; Dj Lin Suria Cinta Suria FM telah dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Penyampai Radio Wanita Terbaik' dan Anugerah 'Rancangan Interaktif Radio Terbaik' di Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dapatkan Jam Dinding Eksklusif Dj Lin beserta tandatangan Dj Lin hanya dari RM30!!

Jam dinding Dj Lin hanya RM30 sahaja tidak termasuk kos penghantaran

Suria Cinta

Dengarkan Suria Cinta bersama Dj Lin bermula setiap hari Ahad hingga Jumaat dari jam 11 malam hingga 2 pagi hanya di Suria FM.

Sambutan Ulangtahun Dj Lin 2011

Kemeriahan sambutan ulangtahun Dj Lin pada tahun 2011 yang diraikan bersama para peminat

Dapatkan Album Persona Cinta Dj Lin

Dapatkan album kompilasi Persona Cinta Dj Lin di pasaran sekarang.

Koleksi Mug eksklusif Dj Lin

Dapatkan mug eksklusif Suria Cinta ini hasil sentuhan dj Lin sendiri.


Ahad, Februari 06, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN DJ LIN & SESI KARAOKE

30hb DISEMBER 2010 telah berlangsungnya satu event yang takkan dilupakan oleh Dj Lin dan fans iaitu SAMBUTAN ULANGTAHUN DAN SESI KARAOKE BERSAMA DJ LIN . Event ni telah diadakan di Redbox Ria Sogo Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bermula jam 8 malam hinggalah ke jam hampir 2 pagi. Beberapa artis jemputan dan wartawan dari pelbagai pihak media turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan ulangtahun ini yang julung-julung kalinya disambut oleh Dj Lin bersama para peminat. 

Antara peminat setia Dj Lin yang hadir pada 30/12/2010

Artis jemputan yang hadir dan turut membuat persembahan nyanyian..vokal yang sangat MANTAP!!! TERBAIK!!!
Rakan wartawan Dj Lin yang turut sama hadir memeriahkan majlis, THANK YOU SO MUCH :)

Tetamu VIP yang hadir, Dato' Ishak dan anaknya

Pengacara pada malam bersejarah itu ialah Dj JJ dari Suria FM dan Dj Lin sendiri. Semua yang hadir sangat terhibur dengan persembahan nyanyian dari artis jemputan, pelbagai game dan pertandingan karaoke yang turut diadakan sepanjang malam itu.


Dj JJ dan Dj LIN, Gabungan mantap..TERBAIK!!!

Next..peserta pertandingan karaoke, semua menyanyi penuh 'feeling' dan jiwang habis.... Tak kurang juga yang vokal ke LAUT :) Apapun tahniah pada you all!

Aziz, 'JUARA KARAOKE' dengan lagunya TIARA

Stephen Apeq, cukup berbakat bawa lagu jiwang..penuh penghayatan lagi

Pasangan DUET.. Enie dan Arjuna

Rizal, kalo tak nyanyi satu lagu bukanlah Rizal lalats namanya.. :)

Sue Earth pun tak kurang hebatnya..cayalah

BAD aka "ZAMANI" bersama peminat setianya (hehe..)

Abang Razak aka "BROERY MALAYSIA" turut menghiburkan

Persembahan mantap dari RAY
Pelbagai aktiviti lain lagi yang sangat menghiburkan. Pendek kata setiap saat ada sahaja programnya..Thanks to abg JJ yang jadi MC pada malam tu, semua yang hadir asyik ketawa dengan lawak selamba  abg JJ dan  beliau COOL je mengacarakan majlis.

Check it out gambar CANDID kat bawah ni masa tengah main game.
Kekenyangan dipaksa makan, malu pun ada sebab kena minum guna botol susu, takpe ek sekali sekala apa salahnya :)

Masa kami busy di dalam dengan game dan aktiviti yang telah disusun, Dj Lin pun busy juga kerana ditemuramah rakan wartawan dan pihak media yang datang. Check it out beberapa pic yang sempat kami ambil sewaktu Dj Lin ditemuramah oleh wartawan.



Ok, next entry akan bersambung dengan gambar-gambar lain yang tentunya akan buat korang teringat kembali saat manis sewaktu sambutan ulangtahun Dj Lin. Harap stay tuned with us ya, CHAIYOK!!



MAJLIS MAKAN MALAM 1st GATHERING

Continue dari entry yang lepas (1st Gathering @ Port Dickson)..acara kemuncak gathering di PD adalah makan malam bersama Dj Lin. Dinner adalah bertemakan Warna-warni Kehidupan. Pihak penganjur turut menjemput wakil dari Glory Beach Resort untuk bersama-sama memeriahkan majlis pada malam tersebut. Makan malam 'special' tersebut turut diserikan dengan beberapa pertandingan dan acara seperti KING & QUEEN, Best Dress, cabutan nombor bertuah, Tiru Gaya Dj Lin, cipta pantun cinta,kotak beracun ,penyampaian hadiah telematch (game petang) dan acara penutup adalah exchange gift. Check it out gambar-gambar yang dah diambil oleh best camerawoman kami..

Niza selaku MC pada malam itu

Dj Lin bergambar dengan Pn.,wakil dari Glory Beach Resort
haaa jangan tak percaya adik handsome dua orang ni peminat Suria Cinta juga
wajah riang ria fans Dj Lin
slot yang paling funny sekali malam tu adalah Tiru Gaya Dj Lin.. volunteer dikehendaki tiru gaya Dj Lin on air. Macam-macam gaya yang ada..ada juga yang tak habis-habis ambil 'feel'..(sapelah tu ek?..teeettt). Yang tersalah sebut pun ada (Megahertz plak daaa..) Yang macam baca berita pun ada juga.. :)
 Hmm apa-apa pun semua yang take part memang sporting!! sebab fan Dj Lin adalah yang terbaik!! Cayalah..
Menarik tau hadiah yang Dj Lin nak bagi untuk game yang beliau aturkan. Hadiahnya adalah barang-barang milik peribadi kak lin sendiri. Sure kak lin sayang barang-barang tu kan, tapi beliau nak bagi barang-barang tersebut kepada para peminatnya!TAPI dengan syarat..kenalah jadi pemenang dulu :)

Inilah antara barang-barang yang jadi rebutan pada malam tersebut
Para Peserta tiru gaya Dj Lin
Ni wajah-wajah ceria para pemenang...


Best kan?? Semua happy.. yang penting bukan rebutkan hadiah semata-mata tetapi nilai persahabatan yang terjalin sesama ahli fan club yang lebih utama. Itulah yang buatkan event ni jadi happening sangat dan jadi kenangan yang terindah.

Selesai dinner, no more activity lagi..nanti takut pula menganggu penghuni hotel yang lain..masing-masing pun dah keletihan. Next morning sebelum check out hotel kami sempat  lagi bergambar beramai-ramai..hmm rasa tak nak balik je tapi masing-masing ada tugas dan kerja keesokan harinya. Jumpa lagi next event ya!!!


1st GATHERING @ PORT DICKSON

Planning untuk mengadakan 1st Gathering antara Dj Lin dan peminat telah mula dirancang sejak pertemuan pertama sewaktu majlis berbuka puasa di Adamson Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah berkat kerjasama dan semangat untuk berkumpul bersama rakan-rakan Suria Cinta yang lain, 1st Gathering ini dapat dijayakan sepenuhnya bertempat di Glory Beach Resort Port Dickson pada 27-28hb November 2010.

Seawal pukul 10 pagi ada antara peminat dari Perak, Penang, dan juga KL telahpun sampai di perkarangan hotel untuk bersama-sama memeriahkan 1st Gathering ini. Para peserta berkenalan dulu sesama sendiri dan seterusnya mendaftar di meja pendaftaran. Ni gambar-gambar yang di ambil sewaktu pendaftaran 1st Gathering Kelab Cinta Dj Lin; 
wajah-wajah ceria fan yang hadir ke 1st Gathering

haaa ceria kan wajah-wajah yang hadir ke 1st gathering ni? Mana tak cerianya sebab dapat banyak barang cenderahati dari Dj Lin berupa novel,voucher, CD dan macam-macam lagi. 

antara cenderahati untuk para peserta yang hadir

Next after pendaftaran, Dj Lin beramah mesra dengan fans Suria Cinta melalui sesi suai kenal (kira orientasi lah ni). Setiap peserta kak lin panggil ke pentas dan diminta perkenalkan diri...oppps mestila kena interview kan kak lin?? wajib!






Selesai sesi suai kenal, para peserta naik ke bilik masing-masing untuk refreshkan diri dan berehat sementara tunggu waktu petang untuk aktiviti seterusnya...

Its time for GAME!!!!  sesi petang kami teruskan dengan aktiviti riadah berbentuk game..game ni adalah group game. Ada macam-macam game yang memang semua enjoy antaranya..Ulat Bulu  Naik Daun dan Musang Berjanggut. After game yang happening tu semuanya dah tak sabar nak terjun swimming pool..termasuklah Dj Lin..


Pengadil terlatih yang dilantik....inilah En.Bad

Posing 'mahal' dari Ezad


Dj Lin turut mengambil bahagian

Ojan..macam merenung jauh je tu  :)

Rizal Lalats a.k.a Pengerusi 1st Gathering

mandi manda di swimming pool, Dj Lin pun turut serta

Panjang la pula entry untuk 1st Gathering ni...apa kata berehat seketika..untuk acara kemuncak 'dinner' pada sebelah malamnya akan bersambung entry yang seterusnya ya... TUNGGU ya!!

Jumaat, Februari 04, 2011

STAR SEARCH REDBOX AEON JUSCO TEBRAU

Ke mana saja Dj Lin pergi pasti Fan Dj Lin Cinta Mania nak temani kak lin..So untuk entry kali nak share rombongan kami ke JB. Dj Lin ditugaskan untuk menjadi MC satu event yang dianjurkan oleh pihak Redbox iaitu Karaoke Star Search (Pusingan Akhir) yang bertempat di Aeon Jusco Tebrau City pada 6hb November yang lalu. Commitee bersama fan Dj Lin telah bersama-sama konvoi ke JB pada 5hb dan bermalam di sana. Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke rumah Dj Lin di Larkin JB.
Ketibaan kami disambut penuh mesra oleh Dj Lin dan keluarga. Kami dijamu makan tengahari di rumah Dj Lin. Teringat pula lauk masak lemak cili api siput sedut masa lunch di rumah Dj Lin, hmmm memang syok habis fan dan commitee berlumba-lumba menyedut siput (nasib baik kak lin tak buat pertandingan sedut siput : ) ) . Memang kekenyangan kami di rumah Dj Lin, banyak makanan lagi yang dihidangkan untuk kami. Tak lengkap journey kami ke rumah Dj Lin tanpa bergambar so sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, kami bergambar beramai-ramai bersama Dj Lin dan family...

Yang duk di buaian tu Faqrul, Dj Lin dan sebelah Dj Lin adalah mak kak lin...

 Next destination is kitorang ke hotel untuk loading barang-barang, refreshkan diri dan rehat sekejap. Almaklumlah jauh perjalanan, malamnya kami dan Dj Lin bersantai di Danga Bay..memang seronok sangat ke sana, penat bermain macam-macam game tapi memang berbaloi. Ada yang sampai lebam lutut sebab main kereta langgar..(hmm sapelah tu ek? teetttt....), dan ada juga yang bertungkus lumus mengayuh beca tetapi tak lepas pulak naik jambatan + sampai tercabut pedal....alamak ai!!!! , hehe check it out gambar-gambar yang dah di snap...kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan!!

gambar "bukti" yang di snap oleh Zack, thanks Zack :)

kat belakang tu rel keretapi..AWAS..

Inilah team yang berusaha sepenuh jiwa mengayuh beca, memang terbaik!!!!




6hb November kami beramai-ramai ke AEON Jusco Tebrau City, seharian dari pagi hingga ke petang kami di sana, ada juga antara fan dan committee ambil bahagian dalam pertandingan karaoke yang dianjurkan oleh Redbox. Antara artis yang hadir adalah Lah dr kumpulan VE, Nabil, juga artis dari Singapore kumpulan DYNDA dan SLEEQ ..... serta Shamrin dari kumpulan Fotograf ( kenangan terakhir Shamrin dan peminat sebelum beliau kembali ke Rahmatullah...). 
Antara artis yang hadir di Star Search Redbox

Peminat yang juga Fans Dj Lin turut bergambar bersama artis yang hadir
 
 Dj Lin ditugaskan untuk menjadi MC dalam event yang berlangsung ni..sure ada gambar-gambar  Dj Lin yang kami snap..

Dj Lin turut panggil peminat naik ke pentas untuk mendapatkan goodie bag dari Suria FM

hohoho..kami sempat je kejar Suria wheel..haaa lelah jugak kejar diorang ni...tapi macam-macam dapat..
memang BEST!!! krew Suria wheel pula memang sporting habis....


Fan Dj Lin bergambar dengan Suria Wheeler...
Gambar-gambar ni antara Fan yang setia berkonvoi ke JB..korang memang TERBAIK!!!!!

Khamis, Februari 03, 2011

JALAN RAYA 2010

Jalan raya ke rumah kawan-kawan adalah kebiasaan bagi kita,namun hari raya tahun 2010 cipta memori indah apabila Dj Lin pun sekali turut sama memeriahkan jalan raya bersama peminat-peminatnya. Abg JJ dan Faqrul pun ikut serta sekali. Memang happening sangat jalan raya ni dan kak lin memang sangat sporting. Check it out gambar-gambar yang kitorang snap..best kan?